Jumaat, 25 Julai 2008

Personaliti Dan Haiwan

Aku dapat email dari kawan. Tentang personaliti dan haiwan berdasarkan tarikh lahir kita.

Bagi aku yang lahir antara Februari 01-05, dikatakan mempunyai personaliti berdasarkan haiwan kucing.

Deskripsinya;
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Fast Fact About Me, based on description above. (Jika kamu malas baca ayat yang panjang-panjang tu..)
1. Aku seorang yang penyayang.
2. Aku suka belajar perkara baru dan bersungguh-sungguh.
3. Aku cepat mengamuk a.k.a emo (Blame the estrogen) Naa.. Actually I have to learn how to control it!
4. I'm cool, dude.
6. Aku bijak bergaya. Of course. Of course. Haha.
7. Aku bijak bersosial. Haha. Funny. Actually, I'm not very good at it.
8. Damn right. Aku sangat memilih kawan.

Yang berkongsi personaliti seperti aku adalah orang yang lahir antara Mac 24-31, Jun 25-30, Julai 27-31, September 15-27 dan November 17-30.

Aku rasa macam malas nak paste semua personaliti berdasarkan haiwan. Banyak. Tak larat kamu nak skrol ke bawah untuk membaca semuanya.

8 comments:

Tok Rimau 26 Julai 2008 7:32 PG  

Patut la. Peminat kucing suka kat kau.

nizamsani 26 Julai 2008 4:31 PTG  

kucing yang suka berak merata tempat dia ada masukkan tak dalam deskripsi personaliti tu?

ahaks.

kel@mbu 27 Julai 2008 12:28 PG  

ok.. skrang bulih jadi perempuan kucing..

pHu YinG 27 Julai 2008 11:12 PG  

Cat woman?

Meowwwwwwwwwww~~



;-p

books4sale 28 Julai 2008 2:54 PG  

haha sama rupanya

aku tak suka bergaya haha dan tak suka bersosial!

ika

Amiene Rev 28 Julai 2008 5:01 PG  

November 17-30? Oh, nampaknya kita berkongsi personalitilah!

1. Aku seorang penyayang?

2. Aku suka belajar perkara baru dan bersungguh-sungguh?

3. Aku cepat mengamuk!!! Hahaha. Ini karutlah. - Tapi kalau kata, suka berterus terang, atau tidak boleh tengok ketidakadilan berlaku atau kawan-kawan ditindas orang lain itu betul. Masa sekolah dulu, saya pernah membelasah samseng sekolah kerana membuli seorang gadis (budak kelas saya).

4. I'm cool. Yang ini ok, sebab tu saya pelik kenapa ada aku cepat mengamuk.

5. Aku bijak bergaya. Ya, ya, gaya casual, simnple dan tidak boros. Betul-betul bijak gaya seperti ini.


6. Aku bijak sosial. Hmm... okaylah. Di mana-mana tempat saya selalu dilantik sebagai ketua atau tempat kawan-kawan mengadu atau minta nasihat.

7. Aku sangat memilih kawan. Yup! Betul... saya sangat sangat memilih kawan.

Daripada 8, cuma tujuh yang betul.

madulebah 28 Julai 2008 9:11 PG  

wow rupanya aku juga wanita kucing ya

ha ha ha

Amy Z! 28 Julai 2008 10:34 PG  

TokR : Haha. Jangan kata peminat. Kucing pun suka kat saya. Haha.

Neezie : Kucing mana ada berak merata. Tu laa.. Kecik-kecik kucing tu kena ajar berak kat mana. :-p

Kelambu : Hahaha. Perempuan kucing garang tau!

Phu Ying : Hahaha. Ngiauuu.. (manja sket..) Hahaha.

Ika : Itu pun aku pelik. Bijak bersosial. I'm not very good at it. Haha.

Amiene Rev : Kadang-kadang personaliti seperti ini dikaji secara rawak dan beramai-ramai. Then yg diambil sifat-sifat yang majoriti sama. Itu sebab ada yang sama, ada yang tidak. Hihi. ;-)

MaduLebah : Patutla kau selalu, malu-malu kucing juga. Hahaha.

Cerita Lama Amyz