Selasa, 22 Julai 2008

Hari ini Dalam Sejarah

Hari ini dalam sejarah~

Sebaik-baik aku ini yang selalunya menurut peraturan universiti ini. Contohnya : Tampal stiker U. Tampal stiker kolej. Bayar duit barang elektrik (Ramai tak bayar tau..). Balik sebelum pukul 12. Letak kereta di tempat parkir pelajar. Pakai kad matrik. Pakai kemas pada "Smart Day". Hantar borang add/delete subjek pada waktu ditetapkan. Etc. Etc.

Pendek kata. Seboleh-bolehnya aku elak dari kena denda lewat, denda itu, denda ini yang dikenakan kepada pelajar. Macam-macam rules. But, aren't rules mean to be break? Haha.

As pelajar yang mengikut peraturan. Aku terpaksa akui aku imperfect. Kecuaian yang sedikit mengundang keburukan.

Tadi. Ada road-block.

"Adik, mana boleh lalu sini. Bak kad matrik"

Dan sehelai surat saman atas kesalahan lalulintas mencacatkan rekod bersihku. Huhu.

15 comments:

Tok Rimau 22 Julai 2008 1:05 PTG  

At least dia panggil adik. Bukan akak.

julianne 22 Julai 2008 6:22 PTG  

itulah kerja yang paling diminati oleh pak gad u tu... tak koser.

i ada satu saman. tak bayar2. errr jangan bagitahu pak gad okey. nanti takleh naik pentas

kemat 22 Julai 2008 6:40 PTG  

kamu tak senyum kat pak guard tu ker...

Amy Z! 22 Julai 2008 6:59 PTG  

Tok R : Adik pun tak sesuai. Panggil anak lagi sesuai kot. Uhuhu.

Kayusakti : Hahaha. Kalau dia tahu, jangan kata naik pentas, amik jubah pun tak dapat. Haha.

Kemat : Tak boleh senyum masa nervous kena tahan pak guard. Huhuhu.

juelee 22 Julai 2008 7:09 PTG  

teringat zaman blaja dulu, selalu gak kene..
'adik, kad matrik mana?'
hahaha.. dah nak exam baru kelam kabut bayor saman, takot slip result kene tahan..

A t i Q a h 23 Julai 2008 2:23 PG  

Akak, cepat2 buat surat rayuan untuk dapat diskaun. Hehehehe.

nizamsani 23 Julai 2008 10:58 PG  

Tahniah.hehe.

Amy Z! 23 Julai 2008 5:28 PTG  

Juelee : Hihi. Dah student. Kenalah ikut rules.

Atiqah : Hiii.. Malasnya nak buat surat-surat. Hahaha.

Neezie : Hampeh! :-p

ayobkelubi 24 Julai 2008 10:53 PG  

nett : aha. aku report kat pak gad,aku report, biau ko sekelas ngan aku balik..hahahahha

amyz : kesian u eh?. :D

aku pun ada satu saman kat U tu gak..koser mak nyah nak bayar..

Amy Z! 24 Julai 2008 1:17 PTG  

ayob : ceh! Boleh ke tak bayar camtu2 je? Karang result aku kena tahan pulak.. Huhu

*aku seorang pelajar yang mengikut peraturan.*

Idzwan 24 Julai 2008 2:20 PTG  

amyz: ko skema macam aku. bagus2 :D

Megat 24 Julai 2008 3:45 PTG  

tidak semua yang dirancang menjadi koleksi hidup paling indah.

tidak semua yang dirancang menjadi kenangan terindah.

perancangan dibuat bergantung juga pada keadaan dan orang lain uhuhu.

Amy Z! 24 Julai 2008 4:23 PTG  

idzwan : hahaha. betul. nak datang kelas lambat pun takut sehh.. haha.

megat : :-) kita rancang, Tuhan tentukan. :-)

pHu YinG 24 Julai 2008 5:35 PTG  

Owh, hair dryer blom daftar lagi.. Huhu.

Amy Z! 24 Julai 2008 5:58 PTG  

PY : Hehe. Sorok dalam almari. ;-)

Cerita Lama Amyz