Khamis, 26 Jun 2008

Orang Berbudi, Kita Berbahasa

Sejak dari kecil, aku memang dibiasakan oleh mak dan ayah dengan pepatah Melayu ini. Orang berbudi, kita berbahasa.

Sejak dari kecil, mak selalu amalkan hantar kuih-muih atau lauk-pauk untuk jiran-jiran, (jika ada lebih dan lebih-lebih lagi waktu hari raya atau apa-apalah), tanpa kisah jiran balas atau tidak. Namun bila jiran hantar lauk atau kuih, ada atau tidak, mak adakan juga untuk membalas pemberian itu.

Begitulah yang mak dan ayah ajar pada aku. Orang berbudi, kita berbahasa.

Sekarang ini pula. Laim macam sikitlah kesnya.

Apabila kawan-kawan hantar gift, hatching egg, growing flower, garfield, perfume, stikers dan macam-macam lagi di Facebook. Aku rasa serba-salah kalau tidak membalas balik pemberian kawan-kawan.

Boleh pula rasa macam tu eh?

Akan tetapi kalau aku hantar apa-apa di Facebook. Sungguh. Aku tidak kisah kamu hantar balik atau tidak. Aku tidak bersikap sinikal di sini. Sungguh. Aku tidak kisah.

It just pepatah lama yang aku amalkan semenjak kecil. Orang berbudi, kita berbahasa.

Hahaha.

13 comments:

Tok Rimau 26 Jun 2008 3:21 PTG  

Sindir tok la tu. Ish.

Tok bukan tak mahu balas. Tok nak bagi BMW, Flowers, Perfume, Ikan Paus, tetapi tok tak reti sangat dgn fesbuk ni.

Amy Z! 26 Jun 2008 7:22 PTG  

TokR : Hahaha. Tak ada niat di hati sedikitpun untuk sindir Tok. Sungguh nih!

Tak apa. Nanti lama-lama Tok pandai juga. Hahaha.

newrin 26 Jun 2008 9:47 PTG  

haaa tak aci laaa facebook tu byk sgt wey org kasi mcm2... lg pun benda2 tu semua virtually wey, bkn blh rasa apa pun, mkn xblh, pegang tak boleh

kalo jiran2 tu lain, blh jd kenyang hehehe

lgpun company aku blocked la segala benda2 "lagha" ni..so mana la ada masa :P

Amy Z! 26 Jun 2008 11:52 PTG  

newrin : hahahahaha. ye la. ye la. benda tu virtually. tak kenyang. hahahaha. adeh. sakit perut aku gelak.

kat rumah kan bleh online kan? kan? hahaha.

rudy bluehikari 27 Jun 2008 9:15 PG  

aduss pedasnyaa ciliiii...

nizamsani 27 Jun 2008 11:35 PG  

sudah addicted sama mukabuku tu ye?

ah tok 27 Jun 2008 3:26 PTG  

Apa barang hantar bunga pada pompuan. Hantarlah karipap!

Amy Z! 27 Jun 2008 8:23 PTG  

rudy : Alaaa.. tak perli pun.. sungguhh!!!!

nezie : takde lah addict sangat. oke je hantar2 gift kat org time free.. hakhak.

ahtok : Bunga boleh simpan. sampai reput2 pun takpe. karipap, makan - abis cenggitu je.

julianne 28 Jun 2008 8:41 PG  

makan ubi rebus best tauuuu

Amy Z! 28 Jun 2008 1:52 PTG  

kayusakti : hahaha. cecah kelapa campur dengan gula melaka. pehh! sedap wehhh!!

The Miruxx 29 Jun 2008 10:30 PG  

Amyz, terima kasih kerana memahami. Gua dah berapa kali fail hantar2 barang tu. FB tak user-friendly kot. (Alasan...) Hahahahaha.

books4sale 2 Julai 2008 10:29 PTG  

ha ha ha aku selalu IGNORE sahaja most of the gifts from facebook. penat weih nak balas sesatu. takde masa lagi nak ngadap. isk isk isk.

Amy Z! 2 Julai 2008 11:31 PTG  

tafteh : hahaha. wa no hal beb. wa tau fb sgt complicated. haha.

ika : hahaha. org takde masa mmg selalu ignore. aku pun masa kat kolej dulu pun buat camtu gak.

Cerita Lama Amyz