Rabu, 25 Jun 2008

Nak Berfesyen Pun..

Wah. Cik Amyz dah nak start membebel ni~

Semalam aku pergi pejabat pos nak bayar bil. Dalam akaun bank dah berapa ada duit, tak dapat nak buat MebengTuYu. Pejabat pos kat Tesko AmPunk tu punyalah ramai orang nak claim rebate. Aku malas nak claim lagi. Tunggu nak masuk sekolah esoklah. Boleh guna duit tu bayar yuran. Tak pun simpan nak buat kahwin. Ngeh he he.

OK. Bukan itu yang aku mahu ceritakan di sini. Tajuk pun pasal fashion disaster kan. Soo.. Cik Amyz yang prihatin tentang cara perempuan berfesyen ke shopping complex ni pun perhatilah orang datang dan pergi dari pejabat pos itu.

Adalah seorang perempuan ni datang dengan ayah (wa rasa ayahlah, tak kan sugar daddy kot?), nak claim rebate kat pejabat pos. Ok. Dia pakai tee dengan jeans. Pakai tudung. Sandal tinggi seinci. Yang tak tahan tu, pakai selendang tutup bahu pula. What the heck, cik adik? Malaysia dah turun salji ke?

Sejuk bebenar ke Tesko AmPunk tu? Kat luar matahari memancar-mancar indah. Tak ada tanda-tanda nak hujan pula. Aduuhh!! Mak tengok dressing minah tu, mak rasa nak hantuk kepala kat dinding.

Mak bukannya apa. Kalau nak dressing, mak tak kisah, nyah~ Tapi ikut tempat. Apa kejadahnya pergi pasar besar Tesko tu pakai jean & tee plus selendang kat bahu? Selendang ada bebola berderat di tepinya pula tu.

Malaysia nak turun salji ke? Badan gebu-gebu pun tak tahan suhu air-conditioner Tesko ke? Alahai.. Kalau boleh, mak nak pergi Tesko pakai short pants saja. Tapi tak boleh. Nanti kena cubit. Hihi.

Lagipun pergi Tesko sekadar nak claim rebate kat pejabat pos. Mungkin lepas claim rebate tu, dia pergi membeli barang-barang di Tesko. Cik adik berselendang-selendang bagai setakat nak shopping barang-barang rumah saja? Tesko pula tu. Apa barang?

Kes berselendang di bahu ni, ada sekali mak jumpa kat Alamdanda. Tengah makan-makan plus shopping. Biasalah, orang gomen Putrajaya. Mak nampak minah pakai baju kurung, bertudung, kasut tinggi, pakai selendang kat bahu. Ni fesyen apa ni? Fesyen Datin R*osmah ke? IIiee.. Tak kuasa mak! Tapi mak fikir positif. Mungkin ada majlis rasmi di pejabatnya pagi tadi, yang melibatkan isteri menteri-menteri. Jumpa isteri menteri kan. Mestila dressing like one. Duh!!

Ada juga mak jumpa berselendang di bahu. Tapi tak pakai tudung. Di Midvalley. Dalam hati mak asyik tertanya-tanya. Bila Malaysia turun salji?

Ke mak ni tak ikut perkembangan fesyen semasa? Fesyen semasa sekarang ni stail pakai selendang di bahu ke? Mak rasa datin-datin atau isteri menteri-menteri saja dressing macam tu. IIIiieee.. Tak sesuai tau!!

Serius dik, mak tak kisah kau nak berfesyen. Tapi dik, nasihat mak, satu: tengoklah tempat/masa nak berfesyen. Dua: fesyen dan dressing sesuai dengan usia.

Hii.. budak-budak zaman sekarang ni. Buat fesyen disaster saja!

11 comments:

Anonymous 25 Jun 2008 3:17 PTG  

dik..fesyen selendang di bahu telah dipelopori oleh wak Herman Tino.

lama dah.

Amy Z! 25 Jun 2008 3:39 PTG  

Po : Hahahahaha.. Ye la.. Ye la.. Terlupa pulak tang tu. Hahaha..

The Miruxx 25 Jun 2008 5:17 PTG  

Ohya! Gua baru nak start pakai selendang di bahu... Camner ni? Nanti kena marah ngan Amyz.... Oorrrr...

Amy Z! 25 Jun 2008 11:32 PTG  

tafteh : Haha. Beb. wa tak marah lah. Berfesyen ikut tempat dan masa. Haha. Ini pegi tesko pun nak pakai selendang? Adehh~~

nizamsani 26 Jun 2008 8:27 PG  

pesen selendang ikat kat pinggang ko tak jumpa ke?

Tok Rimau 26 Jun 2008 9:31 PG  

Polis saman ekor ada snap gambar sbg bukti. Next time ada entri Polis Fesyen begini sila masukkan gambar sekali.

Pejabat Peguam negara akan reject pendakwaan kerana tidak cukup bukti.

Amy Z! 26 Jun 2008 12:10 PTG  

neezie : iiieeuu... tak senonohnya. hahaha.

tokR : oooh.. jangan kata nak snap gambar. nak melihat lama-lama pun saya malas. duhh!!

newrin 26 Jun 2008 9:49 PTG  

cehhhhh itu ok lg cuba ko jawab pasal org pakai snowcap..terang2 namanya snow, ada ker snow kat sini...

aku rasa dia nk cover "loveb*te la babe" hehehe

Amy Z! 26 Jun 2008 11:51 PTG  

newrin : hahaha. snowcap tu pun buat sakit mata aku je. haha.

babe, masalahnya dia pakai tudung. pakai lagi selendang kat bahu? pekejadahnya? hahahaha.

books4sale 2 Julai 2008 10:32 PTG  

kalau masih ada cuti, kau harus lepak kat midvalla, sudah berapa kali aku jumpa fashion disaster kat sana. tanyalah syura yg selalu kena dengar aku jerit2 about what the heck these people are wearing?

1 - pakai mini skirt, stokin yang ada holes banyak2 tuh, boots AND tudung HA HA HA HA>

2 - baju berlubang2, nampak bra AND tudung!

3 - snowcap, scarf lilit leher and yes, maybe kita tak nampak salji beb, dorangggg jer yg nampak!

Amy Z! 2 Julai 2008 11:32 PTG  

ika : pehhhh!! mmg fesyen disaster. sakit mata beb...... keji betul!!

Cerita Lama Amyz