Selasa, 17 Jun 2008

My Best Friend's Wedding

Amaran : Entri ini mungkin panjang.

Macam tajuk filem Julia Robert. Kecuali 'best friend' saya adalah perempuan. Mungkin nanti orang ingat saya lesbi*an pula. Huhu. Tapi tak, saya masih suka pada lelaki. Jangan risau. ;-)

Dua orang kawan baik yang saya sayang dan adore ini sudah selamat menjadi isteri orang. Percayalah saya sangat gembira dengan kebahagiaan mereka. Sangat gembira.

Mereka ini sangat faham saya yang terlebih hormon estrogen. (Its not me, really. Its just a stupid hormon inside me.) Justeru itu, entri ini dari hati saya yang penuh emosi ini, tentang mereka dan majlis perkahwinan mereka. Kak Fatma dan Cik Daun.

Dan sebenar-benarnya, menghadiri majlis perkahwinan kawan. Lebih-lebih lagi kawan baik, emosi dan perasaannya lain. Bukan sebab saya belum kahwin lagi. Tetapi satu rasa lain, gembira dan pilu berpadu. Rasa kehilangan pun iya juga. Tetapi perkahwinan adalah suatu perkara yang indah. Saya seharusnya rasa gembira untuk kawan saya. Kan?

Sabtu 13hb. Kak Fatma's Wedding.
Saya sanggup memandu ke Kuantan. Ditemani Awin. Walaupun saya tahu saya boleh memandu tanpa henti dari KL ke Kuantan secara solo once before. Tetapi ini satu perkahwinan. Perkahwinan kawan baik saya. Saya tahu, saya emosi. Saya perlukan teman untuk saya lawan rasa emosi ini. Jadi saya minta Awin temankan saya. Terima kasih dearest Awin.



Lama benar saya tidak berjumpa Kak Fatma. Dia baru balik dari Korea. Ambil master. Kali terakhir jumpa, waktu perkahwinan adiknya. Di mana saya sanggup memandu sendirian dari KL ke Kuantan, semata-mata mahu bertemu dia. Saya sanggup, demi kawan yang baik pada saya.

Dari KL pukul 9:30 pagi, selamat sampai di Kuantan 12:30 tengahari.

Sejujurnya saya gementar. Takut emosi saya terlihat oleh Kak Fat. Demi bilik pengantin saya jejak. Kak Fat sedang duduk, sedang diperkemaskan lagi veil-nya oleh Kak Andam. Cantik. Sangat cantik. Saya hampir menangis. Saya gembira sebenarnya.



Kalau tidak kerana solekan, tiara di atas kepala dan veil yang mengurai, pasti saya dan Kak Fatma, terlompat-lompat dan ketawa dengan penuh excited. Saya excited, dia juga. Tapi kami hanya gelak-gelak dan borak-borak. Sehingga pihak pengantin lelaki hampir sampai.



Saya doakan kebahagiaan Kak Fatma dan Encik Zul sehingga ke akhir hayat mereka. Saya sangat gembira untuk Kak Fatma. Sangat gembira. :-) Tahniah, Kak Fatma.

Ahad, 15hb. Daun & Nuar's Wedding.
Kawan saya yang seorang ini, sentiasa ada energy. Aura ceria dia saja boleh ceriakan orang lain. Kalau lepak dengan dia, memang tak kering idea nak berborak, berlawak dan ketawa. Cik Daun yang cheerful, drama queen sket-sket, yang saya adore ini telah berkahwin...!!



Bersama Awin (again) dan Lin. Berkonvoi bersama Rudy, Kak Dayah dan Hiro. Serta bertemu Hata selepas exit Klang/Banting KESAS. Laluan lebih mudah berbanding ikut Dengkil. Sampai rumah Cik Daun, lebih kurang pukul 12.

Disambut oleh abangnya, Cik Easy yang peramah. Tak habis-habis nak usik saya, dengan status "Pelajar UTM". Haha. Keji sungguh.



Kami makan. Sebelum naik atas dan berjumpa Daun, Nida, Ika dan Sal. Huhu. Sebak dada saya tengok Daun yang cantik, berseri-seri, dengan senyum, dengan buat lawak, dengan gelak-gelak. Nasib baik ada ramai orang, boleh kawal sikit emosi gila ni.



Tak dapat nak borak-borak sangat sebab masa tak izinkan. Biasalah majlis perkahwinan. Mana boleh nak borak-borak macam borak masa lepak-lepak. Masa balik saya masih rasa sebak. Kalau saya diam saja dalam kereta, maafkan saya. Saya rasa sebak.



Apa-apa pun saya doakan mereka berkekalan dan berbahagia sehingga akhir hayat. Saya gembira untuk mereka. Kawan baik yang saya sayang dan adore. Tahniah, bebeh! ;-)

Mungkin satu hari yang senang, kita boleh lepak sama-sama macam dulu. Tapi tak boleh nak overnight atau slumber-party la kan? Mana nak taruh si Nuar?

7 comments:

Anonymous 18 Jun 2008 9:19 PG  

menitik air hingus aku tatkala membaca entri ini.

apa?

tak macho?

oii..

masa Mawi menitik air hingus dulu masa menang Akademi...ko jugak yang puja-puja!

double standard.

Tok Rimau 18 Jun 2008 4:53 PTG  

apa la rasa cam putus hubungan bila kawan kawin. patutnya rasa tambah kawan.

sekali-sekala ada la ladies nite out.

Amy Z! 18 Jun 2008 5:10 PTG  

Po : Nah. Ambil tisu ni.. :-p

TokR : Eh.. Tak pernah rasa putus hubungan macam tu. Cuma rasa hiba sebab kawan dah kahwin. Nak manja-manja dengan kawan, tak boleh macam dulu. :-p

ayobkelubi 19 Jun 2008 9:55 PG  

sebenarnya apa yang ko rasa bila kawan2 yg baik dgn ko kawin tu tak salah.aku pun rasa sedemikian rupa hatta walaupun aku dah kawin dan beranak pinak...mana2 kawan baik aku yg akan berkahwin, nak2 rakan2 sepejuangan semasa belajar dulu,susah senang bersama,mmg kami akan beremosi sebelum meninggalkan majlis. peluk-peluk,jabat tangan sampai naik lenguh dan paling syahdu bila masa semua bergerak ke kereta masing2,semua diam seribu bahasa seolah mengerti bila lagik nk bertemu semeriah beginikan?....

mmg emosi bila lihat kawan-kawan baik kita kawin kerana kita tahu bahawa mereka akan terus-terusan bahagia. amin kan yang baik2 utk mereka... :D

Amy Z! 19 Jun 2008 3:03 PTG  

ayob : ya. doakan mereka yang baik-baik saja. apa pun emosi, asalkan persahabatan tidak putus sama sekali. :-)

cik puan daun 19 Jun 2008 11:34 PTG  

Amyzzz.. lu buat gua terharu... Thanks bebeh.. for coming and be a sweetest friend of mine.. muahhssss..

Masih boleh ber GNO ( Girls Nite Out ).. ahahaha

Amy Z! 20 Jun 2008 12:24 PTG  

puan daun : you deserve the best, bebeh.

orait.. boleh GNO.. Yeayyy!!

Cerita Lama Amyz