Rabu, 7 Mei 2008

Macam-Macam

Rosak
USB External Hard Disk bersaiz 80GB memuatkan koleksi gambar dari tahun 2004 dan koleksi lagu-lagu sepanjang zaman, telah corrupt. Tidak dapat di baca. Setiap kali di double-click, satu pop-up window keluar memberi amaran;

Tidak dapat dibaca!!
Rosak!!

Tak paham?? Berapa kali mahu klik?? (Kalau laptop boleh marah-marah sebegitu, sebab aku banyak kali klik)

Rosak? Tidak dapat dibaca? Hampir luruh jantung aku dengan satu rasa hampa kerana apa yang aku mahu hanyalah mengambil gambar untuk di upload ke flickr dan mahu menukar lagu di dalam pendrive untuk didengar waktu memandu kelak.

Sekarang, sedang berusaha mencari dan mencari seberapa banyak software untuk recover semula fail-fail di dalam hard disk yang rosak itu. :-(

Atiya
Atiya

Atiya cemburu dengan kehadiran adik barunya. Satu malam setelah Kak Long pulang ke rumah. Dia menangis-nangis mahukan perhatian dan dia cakap, "Ibu tak sayang Tiya. Ibu sayang adik" bila dia lihat ibunya memangku adiknya untuk diberi susu. Aduh. Sedihnya aku dengar. Kasihan dia.

Tapi nakalnya si Atiya ni... adeh~ Sabar sajalah.

Aku
Menahan Matahari

Dan aku, rasa seperti tidak mampu untuk bernafas di bumi KL ini lagi.. Mahu saja aku terbang ke selatan kembali. Hati aku tertinggal di sana. Tertinggal di sana~

2 comments:

Tok Rimau 8 Mei 2008 5:47 PTG  

Kak Long x sayang tok.. huaaaa huaaa huaaa sob sob.

Cak! Lama mewncari baru sekarang jumpa blog ni. ahak.

Amy Z! 8 Mei 2008 5:48 PTG  

Tok : Hahaha. Tok ni comellah!! ;-)

Cerita Lama Amyz