
Dalam post ini saya bagitahu PS I Love You akan keluar di sinema. Tapi, tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar (Maksud saya, keluar di sinema di Malaysia - lebih tepat). Saya sudah sedikit hampa. Apatah lagi, cik Ain TuanTanah sudahpun menonton filem ini di Ireland. Sedihnya rasa~ Huhu..
Oleh kerana, saya ini seorang yang kurang sabar dan tidak tahu apa yang harus saya buat waktu cuti-cuti ini. Jadi saya dengan senang hati memuat turun filem tersebut di torrent. (Terima kasih torrent! You're the best! Haha)
Jika baca buku pun saya sudah menangis-nangis. Apatah lagi menonton filem? Walaupun terdapat perbedaan yang besar antara buku dan filem, tetapi saya terpaksa berpuas hati bagaimana PS I Love You menjadi filem. Buku setebal 512 muka surat dikompakkan menjadi 126 minit, pasti banyak adegan-adegan di dalam buku terpaksa tidak dimasukkan di dalam filem. Oh, banyak~ Sayang sekali..
Ada satu babak dalam filem ini, di mana Holly menyanyi karaoke dengan air mata yang bergenang di matanya kerana menujukan lagu itu buat suaminya (ya, babak ini buat saya bergenang air mata juga. Hihi). Sedangkan di dalam novel menceritakan Holly tidak pandai menyanyi langsung. Tetapi terpaksa menyanyi di khalayak ramai atas permintaan suaminya. Hihi.
Saya sukakan filem ini. Hillary Swank dapat membawa watak Holly Kennedy dengan baik - walaupun pada pendapat saya Hillary Swank tidak berapa cantik. :-)
Gerry Kennedy lakonan Gerard Butler (yang seksi!), saya rasa sangat sweet kerana, bagaimana dia bersabar dengan Holly, dan setiap kiriman surat-suratnya selepas mati untuk Holly. Sweet, tapi sedih sangat! Sebab setiap surat yang dia kirim, ada PS: I love you.
Ada satu lagi watak yang saya suka dalam filem; Jeffrey Dean Morgan happen to be Gerry's best-friend, William. Dalam filem ini Willam berjumpa dengan Holly Kennedy sewaktu bercuti di Ireland. Kebetulan pula William menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan oleh Gerry kepada Holly. Sweet!! Dan menyentuh hati. Huhu.
(Oleh sebab saya juga menonton Grey's Anatomy secara marathon sejak cuti sekolah ini, Jeffrey Dean Morgan merupakan Denny Duquette yang menjadi pesakit dan boy-friend Izzie Steven (Katherin Heigl), yang mati pada akhir musim kedua Grey's Anatomy. Menyebabkan Izzie menangis-nangis dan buatkan saya menangis-nangis juga. Sedih tau!! Owh.. suka sangat dengan lesung pipitnya tiapkali Jeffrey Dean Morgan ini tersenyum..)
Seperti yang saya beritahu, saya sukakan filem ini. Tetapi saya lebih sukakan novelnya yang mampu menyentuh emosi saya. Nyata filem ini tidak dapat menyentuh emosi saya yang paling dalam. Begitupun saya terpaksa berpuas hati dengan filem ini secara keseluruhan. Walaubagaimanapun, soundtrack filem yang banyak membantu penonton lebih menghayati filem ini.
Saya prefer baca novel PS I Love You untuk lebih emo-emo. :-) Hihi.