Khamis, 24 April 2008

Exam dan Aku

Tadi. Baru habis peperiksaan untuk subjek kedua dari enam subjek yang aku ambil semester ini. Ada 4 lagi kertas yang perlu aku hadapi sepanjang hari Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa ini. Berderet. Satu hari, satu kertas. Duh!

Tadi. Lain baca, lain yang keluar. Baca hint lecture beri, yang masuk rupanya teori, yang dikelek sepanjang malam tadi pengiraan. Aduh! Tawakal alallah sajalah.

Berusaha dan doa. Insya Allah. Insya Allah.

In other part, aku masih dalam proses renovasi blog, renovasi jiwa dan renovasi emosi. Bukan mudah nak membuat keputusan berpaling tadah dari seseorang yang pernah aku sayang dan menyayangi aku. Dan satu lagi, mencari teman hidup tidak mudah sesama-sekali. Tanyalah kawan-kawan aku yang masih mencari.

Begitupun aku tahu, pengakhiran sesuatu kisah merupakan permulaan sebuah kisah yang lain. Semoga hanya ada ceritera indah di dalam kisah baru ini.

Anyway, aku masih berkira-kira sama ada mahu tampal template seksi atau simple. Hmmm...

2 comments:

julianne 25 April 2008 11:27 PG  

satu
design yg ni lagi cun dan simple.
tak koser la design yang itam dan merah tu. buat orang yang lalu lalang kat belakang i ni penuh curiga bila bukak blog u.

dua
yang mencari jodoh tapi tak dapat lagi tu. rilex. kadang2 benda yang kita cari itulah benda yang kita takkan dapat. let it be, let it be.

tiga
gud luck exam. ahad ni pon i ada exam. ehhehe

Amy Z! 26 April 2008 8:58 PTG  

kayu : satu. hahaha. saja nak kasi orang tgk blog i cam buka blog porno. haha.

dua. :-) i ingat tu. u penah cakap kat i. huhuhu.

tiga. good luck in ur exam too. i pon ada paper hari ahad. sama2 kita score struktur data. hahaha.

Cerita Lama Amyz