Khamis, 13 Mac 2008

Tag yang Berantai dan Berjampi

Cik Bayan mengtag aku di entrinya ini. Katanya, Tok Rimau yang sebelum ini meng-tag Cik Bayan sudah sediakan jampi-jampi. Jika dia tidak tag 5 orang dalam masa 5 hari, Tok akan hantar jampi. Aku pula mangsa seterusnya. Jika aku tidak jawab, aku bimbang, aku tidak balik-balik KL lagi.

Tag yang bertajuk : Ada apa dengan beg tangan dan beg duit anda? Duh!!

Beg tangan dan wanita memang sinonim. Aku jenis suka bawa beg tangan yang paling kecil yang dapat memuatkan purse aku pun dah kira bagus. Aku jarang sekali nak guna beg tangan besar. Kalau pergi beli beg tangan, semua orang akan notice aku akan belek-belek beg tangan saiz molek.

Beg tangan aku selalu gayakan sewaktu keluar (bukan pergi kelas). Ada tiga. Dipakai ikut tempat, masa dan jenis occasion. Contohnya, tengok wayang - aku guna beg tangan yang kecil. Kalau pergi membeli-belah pula, aku akan bawa beg tangan yang besar sedikit. Jika pergi jalan-jalan jauh sedikit dari bandar, aku akan bawa beg tangan yang besar untuk memuatkan camera Canon aku yang besar tu~ Duh!! Nanti nak beli kamera nipis. Tak payah bawa beg tangan besar~

Ok. Di dalam beg tangan aku ada..

1. Purse berjenama Espirit. (Saja tulis jenama. Nak riak sikit. Haha.)

2. Kunci bilik.

3. Kunci kereta.

4. Kad Matrik - penting sebab kalau balik kolej selepas pukul 12 malam, pihak keselamatan akan periksa kad matrik. Kalau tidak, tak dapat balik kolej. Mana aku mahu tidur?

5. Lip glos - untuk disapu pada bibir yang kering. Biar nampak bibir kebasahan dan seksi. Harhar.

6. Bedak kompak - untuk touch-up wajah yang selalunya berminyak.

7. Lipstik - untuk re-apply selepas makan-makan.

8. Telefon mudah alih Sony Ericsson W810i.

9. Pen - senang nak tulis apa-apa. Kat kertas tisu misalnya, jika ada orang minta no telefon bilamana sedang menikmati McDonald seorang diri. Hikhik.

10. Notepad kecil - ada senarai barang, buku dan movie untuk dibeli. Dan catatan lain yang boleh aku buat entri blog. Haha.

11. Kamera - Optional. Hanya jika pakai beg tangan besar sahaja. Jika tidak, aku selalunya shot gambar guna Sony Ericsson aku sahaja.

Di dalam purse aku pula ada..

1. Kad pengenalan yang gambarnya senget - Aku rasa nak tukar kad pengenalan la. Yang baru, yang lebih nampak amoi sedikit ke.. Haha.

2. Photocopy kad pengenalan mak dan ayah - Sebab bila isi borang-borang, mereka suka sangat tanya nombor kad pengenalan mak dan ayah.

3. Lesen memandu kelas D dan slip pembaharuan lesen yang tamat tempoh 10.10.2008.

4. Kad Bank
- Maybank
- Bumiputra Commerce - kad lama. Belum tukar kepada kad CIMB baru yang berwarna merah macam angpau itu lagi.
- Bank Rakyat

5. Kad berhutang berjenama mastercard.

6. Kad Mesra Petronas - Guna bila isi minyak di Petronas.

7. Kad Bonuslink - Guna bila isi minyak di Shell.

8. Kad ahli Genting - Dulu (Dulu.. dulu..) aku suka pergi Genting, untuk berdating. Sejuk wooo..

9. Kad Jusco - guna untuk dapat diskaun atas diskaun di Jusco dan dapatkan parkir percuma selama 2 jam di Jusco. (Ya, wanita sukakan diskaun dan parkir percuma)

10. Kad Diskaun Rainbow - Rainbow adalah kedai alatulis yang terkenal di Tmn U dengan barang yang murah.

11. Calender 2008 - untuk tengok tarikh-tarikh penting, seperti cuti umum dan hari-jadi kawan-kawan.

12. Slip transaksi pengeluaran wang di ATM yang baru bertarikh 13 Mac. Biasanya aku akan simpan untuk tengok baki terakhir sebelum mengeluarkan wang di ATM selepas tarikh 13 Mac. Aku pelupa.

13. Resit.
- Resit pembelian kasut berharga RM47.92 selepas 20% diskaun di kedai Vad and Vid Shoes bertarikh 6 Mac.

- Resit pembelian kek keju di Secret Recipe bertarikh 6 Mac.

- Resit pembelian girl's accessory di Watson bertarikh 6 Mac.

Nota : Resit-resit ini terlupa dikeluarkan dari purse. Selalunya resit-resit pembelian, aku akan simpan di dalam purse sebelum aku keluarkan dan simpan di satu file. Ya. Penting resit-resit ni. Manalah tahu boleh guna untuk claim. (Sayang, bolehkah saya claim dengan awak kasut ini? (Sebab itu aku letak harga))

16. Kad appointment Klinik Gigi. - Penting. Gigi anda perlu diperiksa setiap 6 bulan, ok.

17. Setem 30sen 3 keping.

18. Wang tunai bernilai RM57. - Bak kata Naga, duit disusun ikut aturan. Ya. Aku susun duit kertas ikut aturan. Not 50, not 10, not 5 dan not 1 (yang paling banyak). Nampak teratur.

19. Syiling bernilai RM4.67 - Di sini, aku terpaksa kumpul syiling sebanyak RM2 setiap kali hidupkan mesin basuh. Dobi do-it-yourself. Haha.

20. Gambar berukuran passport.

Aku tag semua yang belum ditag dan baca blog aku. Haha. Aku lagi kejam.

8 comments:

sinaganaga 14 Mac 2008 2:51 PTG  

"Sayang, bolehkah saya claim dengan awak kasut tu?"

Ermmm, aku syak dia akan kata, "boleh claim, tapi nanti tolong letak semula di atas dulang hantaran!"

ayobkelubi 14 Mac 2008 4:48 PTG  

ko pun sama,giler simpan resittttt...hahahaha

Amy Z! 16 Mac 2008 2:49 PG  

Naga : Hahahaha. Choiiiiiii!!! Kedekut aahhh!!

Ayob : Untuk claim, untuk buat belanjawan dan untuk tolak bayar tax. Harhar.

bayan 17 Mac 2008 8:51 PG  

Tq sebab sudi jawab tag ini. wah...kejamnya perempuan ini, mau claim semua resit2 dia. dan, ya, dia juga narsisis!

Amy Z! 17 Mac 2008 11:55 PG  

zalila : Terima kasih sebab tag. Haha. Perempuan kejam memang macam ni. Haha (Ketawa jahat)

The Miruxx 17 Mac 2008 5:26 PTG  

Amyz dan kasut-kasutnya. Feeeeeeeeerr.

Amy Z! 17 Mac 2008 10:42 PTG  

tafteh : uuuhh! can't help myself~ haha.

rudy bluehikari 19 Mac 2008 10:12 PTG  

alamak nyesal baca entry ni.

Cerita Lama Amyz