Jumaat, 21 Mac 2008

Jalan-Jalan Cari Ketenangan (Konon..)

Air Terjun Kota Tinggi II

Betul. Di sini tidak banyak shopping complex yang mewah untuk aku habiskan waktu hujung minggu. Tetapi di sini banyak tempat so-called tempat mencari ketenangan. Ada Desaru, ada air terjun Kota Tinggi, ada Tanjung Balau (Kak Nett, ingat tak Tg Balau dan Kota Tinggi?).

Pergi pun bukan sebab nak bermandi-manda. Saja-saja pergi. Melihat keindahan alam. (Thanks to my dear tourist guide.) Yang buat aku kata dalam hati, Thank God, ada lagi tempat yang indah di sini, selain hutan batu yang celaru.

Aku tidak kisah untuk lepak-lepak di tepi pantai melihat ombak atau merenung air menderu terjun dari atas. :-)

Tempat-tempat seperti ini boleh memberi aku ketenangan dan sekurang-kurangnya selamat duit aku dari membeli sepasang kasut lagi. :-p

6 comments:

hanakirana 21 Mac 2008 2:41 PTG  

Amy, atau kau boleh pergi ke tempat aku praktikal dulu: Taman Negara Endau-Rompin di Kahang, Mersing. Cantik gila babi tempat tu. Kalau kau berduit sikit, try explore sampai ke Tasik Air Biru dan Air Terjun Buaya Sangkut.

En. Hamzah mungkin masih bekerja di sana. Orangnya kachak juga (mungkin masih single) tapi suka memakai aksesori yang pelik2.

azie 22 Mac 2008 7:22 PG  

~ngeeeee kak amyz!~(smile widely)

bestnya g air terjun..busan le g shoping komplek je..nak ikut..lalalalala

ayobkelubi 24 Mac 2008 9:28 PG  

jauh sangat ko pergi, lepak tepi pantai lido pun ok,sambil hirup teh o suam nampak singapore menyaksikan kelip2 neon dari kota singa.oh ya!,pastikan ko berseorangan, kalau berdua nanti JAIJ dtg ketuk tingkap keter. hahaha.

Tok Rimau 24 Mac 2008 11:16 PG  

Sidang akhbar.
Tok Rimau tidak terlibat dalam ini gambar. Ha ha ha.

Sekian.

The Miruxx 24 Mac 2008 12:05 PTG  

Tempat sebegini buatkan jiwa perempuan melankolik. Huarrrr.

Amy Z! 24 Mac 2008 12:31 PTG  

Hana : Aku mahu pergi, tetapi aku mahu lama-lama. 2 hari pergi tak cukup. Seminggu ke. Mungkin tunggu cuti semester. ;-) Terima kasih atas info yg best ini. Hehe.

Azie : Hahaha. Nanti kita buat rombongan. Gadis-gadis kiyot dari UTM.

Ayob : Hahaha. Mana berdua-duaan. Bertiga-tigaan je. Haha.

TokR : Usah risau. Nama Tok, off record.

TafTeh : Kadang-kadang melankolik. Kadang-kadang berfikir untuk masa depan. :-) Hehe.

Cerita Lama Amyz