Jumaat, 8 Februari 2008

Loser

Loser Ini emoticon Loser di dalam Yahoo Messenger.

Perkara yang aku paling menyampah sekali waktu memandu ialah, kebodohan pemandu lain. Ya. Ya. Aku tahu kadang orang lain pun menyampah dengan cara pemanduan aku juga. Terutama penumpang sebelah yang tensi separuh mati dengan baran dan french aku. (Sorry eh? *buat muka comel*)

Kita lupakan cara pemanduan aku sebentar di sini. Kerana kita mahu cerita tentang cara pemanduan orang lain yang memaksa kau mencarut, meng-hon dan menunjuk jari tengah. Seperti masuk lane kau tak bagi isyarat. Atau cucuh kau dari belakang rapat-rapat, sebab kereta kau tak boleh memecut hebat (sebab kereta kancil la katakan). Atau kereta di hadapan brek tanpa sebab (kereta auto la tu).

Nak mencarut atau hon atau tunjuk-jari-tengah, terlalu kurang ajar (Walaupun mereka kurang ajar dengan kau, tetapi tak apalah). Tak berbudi bahasa dan tidak menjadi idaman mak mertua.

Jadi. Aku buat isyarat Loser pada mereka yang membuat aku tensi di jalan raya. Sebab mereka tu loser. Loser adalah mereka suka sangat nak tunjuk hebat, tapi tak kena tempat.

Kau pun boleh buat isyarat Loser juga, jika suka.

6 comments:

nizamsani 10 Februari 2008 5:03 PTG  

di jalanraya
semua orang betul
haha..

A t i Q a h 10 Februari 2008 5:26 PTG  

aku selalu meminta ampun dari dalam kereta kalau tersalah dengan tidak sengaja. seperti terlupa ber'signal' untuk menukar lorong. 'ampun ye pak cik vios'. contohnya

bayan 11 Februari 2008 11:51 PG  

lain kali letak jari telunjuk kat otak bila berselisih dengan kenderaan yang buat silkap pada kita....hahahha maknanya : lu tak der otak ke?

Amy Z! 11 Februari 2008 12:42 PTG  

neezie : hahahaha. termasuk aku. haha.

atiqah : waah! sungguh berbudi bahasa~ ;-) hihihi.

zalila : hahaha. tunjuk loser pun best gak~ haha.

The Miruxx 11 Februari 2008 1:30 PTG  

Aku perempuan kewl yang tak pernah bg isyarat lucah kepada org lain.


Wow! Kau brutal laaaaaaaaaaaa...

Amy Z! 11 Februari 2008 3:11 PTG  

taf teh : aku tak tunjuk isyarat lucah. tapi penumpang sebelah kena tahan telingar mendengar maki2 aku la kot? ahahaha.

aku brutal, kadang2. tapi aku tak akan angkat steering lock dan pukul orang.

Cerita Lama Amyz