Rabu, 16 Januari 2008

Satu Dua Perkara

Satu, kelas malam dengan di dewan kuliah yang berkapasiti 100++ pelajar.

Satu poin satu, pelajar bising menyebabkan aku tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas.

Satu poin dua, pelajar bising menyebabkan aku tidak dapat mendengar suara pensyarah

Satu poin tiga, pelajar bising menunjukkan mereka tidak menghormati pensyarah. (Ya, perkara ini aku paling tidak suka.)

Dua, Asrama a.k.a Kolej Kediaman. Lebih tepat K9. K9 bukan K8. (Namun aku berharap tiada orang terjun dari tingkat 4 jatuh menjunam ke atas Kancil aku satu hari kelak)

Dua poin satu, Bilik di tingkat 4. Senaman percuma 10 minit setiap hari. Wow! Boleh selim aku! (Nada sarkastik)

Dua poin dua, air tidak ada di hujung minggu. (Macam mana aku nak basuh kain!!!)

Dua poin tiga, jari-jari aku kena alergic asrama. Gatal-gatal. Deng!

Dua poin tiga, cerita-cerita tentang alam ghaib, seronok diceritakan oleh kawan-kawan. Yang mana aku rasa macam nak campak sahaja mereka keluar tingkap dari tingkat 4 kolej kediaman aku.

Tiga, Internet. Apabila wifiU*M tidak boleh diakses waktu aku sudah turun tangga membawa laptop dan bersiap untuk online di tepi koridor kolej kediaman. Terpaksa memanjat tangga ke bilik semula. Penat turun tak hilang, tambah penat naik tangga lagi. Duh!

9 comments:

Tok Rimau 17 Januari 2008 3:39 PTG  

Ada blok K-08 kat KTR. Pergi la sana dan bawak camera. Mungkin Utnah ada di sana.

Blok S07 pun ada di KTC. Tapi mereka tak tau nyanyi.

rasso 18 Januari 2008 12:56 PG  

tu lah... angkat lah satu 3G nye data plan for broadband... tak yah nak susutkan badan :p

pHu YinG 18 Januari 2008 8:10 PG  

Mungkin allergic tu berpunca dr air tangki k9. Hantu kate ludah dalam tu agaknya. Terpaksalah paip utamanya ditutup.. takle basuh baju, takle gosok gigi. eeiiooouuuu.....

Nota tumit:

PY penah duduk K08, nampak sesuatu atas bumbung K09. (Apa? Mestilah burung wak-wak! Hik hik.)

The Miruxx 18 Januari 2008 2:31 PTG  

Aha! Teruk hidup seorang pelajar U*M.

Samurai 19 Januari 2008 1:02 PTG  

Lepas ni boleh le kau buat cerita pasal K9. Aiseh, lupa. Naga dah buat cerita pasal anjing K9.

A t i Q a h 20 Januari 2008 2:11 PG  

Tapi di K9 boleh cuci2 mata tgk encik2 bermain di padang sebelah. di padang K13 ada bunyi cengkerik aja.

rudy bluehikari 20 Januari 2008 9:28 PTG  

Hahahahaha selamat menjadi pelajar paling tuaaaaaaaaa~ jalan dhobi masih seperti dahulukah? muhahahahhahaahahahaaha~

nizamsani 20 Januari 2008 10:22 PTG  

gatal??

hehe..

Amy Z! 21 Januari 2008 12:27 PTG  

tokR : tak mahu saya ambil gambar utnah. ngeri.

tak nak cuba menyanyi?

rasso : berapa rm? tunggu loan lah. haha.

PY : hantu ni main ludah2 pulak. nasib baik dia tak kencing~ iiieeeooouuu..
nampak burung wak-wak takpe. jangan benda lain~ haha.

tafteh : aku kena tukar nama lah. amyztaf. Haha.

samurai : itulaaa.. itulaa.. tak boleh keluar buku tajuk K9 la beb. Nanti naga saman aku~

atiqah : tapi.. dari bilik ni hanya boleh nampak kelapa sawit je. huhuhu. tak dapat nak cuci mata.

rudy : pelajar tua tu.. semua orang jalan tunduk respect tauuu. hahaha.

neezie : :-p bluuehh!

Cerita Lama Amyz