Selasa, 15 Januari 2008

Kala Malam Bulan Mengambang

Kalau kalian boring sebab aku tiada di KL untuk berhoya-hoya, pergi cinema terdekat dan beli tiket wayang untuk filem berjudul Kala Malam Bulan Mengambang.

Kalau kalian sukakan Rock. Atau cintakan Man Laksa. Atau can't get enough of Zombie Kg Pisang.

Maka. Maka. KMBM tak harus kamu lepaskan. Aku serius ni. Pergi tengok cepat ok! ;-)

Nanti, jika aku rajin. Aku akan tulis review pula. Sementara itu, baca review di blog Fadz jika ingin tahu.

Tengok tu, burung wak-wak!
Kerana kau ada yang 7 inci itu..
Mau massage ka? Hmm..?

--- versi kemaskini ---

Well, semua orang tahu synopsis cerita ini. Mengisahkan seorang wartawan, ops, ex-wartawan bernama 'Mat Piah, Salleh Mat Piah' cuba mengembalikan pekerjaannya dengan menyiasat tentang kehilangan lelaki-lelaki di Pekan Senduduk Rumpun bla.. bla.. bla.. (Which is, this synopsis you can read at any surat-khabar)

Sepanjang filem berjalan, aku asyik ketawa dengan sinisnya, dengan double-meaningnya, dengan sarkastiknya dialog-dialog atau naratif si Rosyam Nor. Kekuatan skrip yang tidak dinafikan.


Kekuatan pelakon. Rosyam Nor, Ava Vanja dan Umie Aida - punya wajah orang 'dolu-dolu'. Menjadikan filem ini berkesan.

Adegan-adegan yang aku tak boleh terima, tetapi disebabkan ianya menjadi penguat cerita, aku hadamkan dengan ketawa. Seperti, Rosyam Nor tertipu dengan, "Tengok tu, burung wak-wak!". Rosyam Nor terkejut. Rosyam Nor berlari. Rosyam Nor menggigil-gigil selepas dirogol. David Teo dengan dialog "Mau massage ka?", dengan kening diangkat-angkat. Rosyam Nor kena pukul. Mak dan ayah Ava Vanja asyik mengekori anaknya. Banyak. Terlalu banyak yang aku cintai dalam filem ini.

Ada satu dua yang scene yang aku tidak suka. Seperti waktu jembalang berlawan dengan harimau jadian. Dan adegan tarik tangan di pintu alam ghaib. Membuat aku sedikit rimas.

Kalau kalian mencari moral, atau ulasan berfaedah. Jangan baca di blog aku. Aku tak tulis tentang itu. Aku hanya suka mencari hiburan. Jadi pelajar pun tension tau!

Selain dari Fadz, TokRimau juga menulis tentang KMBM. Baca di sini. Aku tunggu Vovin mengulas. Entah bila entah~ :-|

7 comments:

de5lin 16 Januari 2008 8:52 PTG  

hahahahahahah

can't get enought le kak ngan quote
'mau massage ka??'

hehehehe

another 1,

tidur leeeeee, nape degil nye nak tidurr nieeeeeee

heheheh

rasso 17 Januari 2008 1:44 PG  

nak kene tengok ni burung wak wak!
ha ha ha :D

Tok Rimau 17 Januari 2008 8:21 PG  

Jika engkau terpukau, pandanglah ke lain.

madulebah 17 Januari 2008 8:32 PG  

Daun kata filem tu sesuai untuk aku... ha ha ha..

Dia keji pergi tengok ad-hoc sorang-sorang, aku dah sampai rumah lepas balik kerja tentu la malas nak keluar KL semula walaupun esoknya tu cuti.

Aku kata, nanti aku pergi tengok sorang-sorang juga lah. Tapi Daun tak percayakan aku.

Amy Z! 17 Januari 2008 9:56 PG  

Lin : Hahaha. Mau massage ka? Hmm.. best! best!

Rasso : tak boleh terima dia boleh tertipu 2x dengan burung wak-wak tu. Haha.

Tok R : Pergila tengok. ;-)

Nida : Daun tengok sorang aku percaya. Dia pernah buat. Kalau ko.. aku tak percaya. Ko kan baik. Mana selalu tengok wayang. Muahahahaha.

Aku suggest ko tengok juga filim ini. Kelakar nak mati~ Hahaha.

Jimadie Shah Othman 18 Januari 2008 11:50 PG  

saya ni tak suka sangat tapi kala malam bulan mengambang berjaya memikat saya ke panggung wayang dan menyibukkan kepala saya satu minggu. saya rekemen filem ni. 4 bintang setengah kan?

Amy Z! 21 Januari 2008 12:22 PTG  

jimadie : hahaha. selagi belum ketemu filem sekelakar ini, saya akan quote dialog2 kmbm ni sampai bebila. haha. 4 setengah bintang dah cukup. :)

Cerita Lama Amyz