Ahad, 6 Januari 2008

K-Eight & Opera Angkasa

K-Eight
Satu lagi buku keluaran Sol-Jah. Damn! Cemburu aku semakin bertambah dengan pengeluaran buku mereka.

Tambahan pula, gabungan penulis-penulis hebat - Mat Jan, Vovin, Naga, Tok Rimau, Jigo, Op dan Samurai menjadikan K8 sukar dilepaskan.

K-8. Tentang pelbagai kisah di satu flat bernama K-8. Tempat yang sama tetapi dari pandangan dan watak yang berbeza-beza dari penulis yang berbeza.

K-8 berbeza kerana, kau tidak dapat menilai si penulis, tetapi watak yang ditulis. Sebenarnya kau mencari watak mana yang ada dalam diri kau sendiri. Mungkin tiada kena-mengena dengan kau, tetapi, ada kena-mengena dengan kau.

Unik. Cerita macam bersambung, tetapi berbeza. Dan punya pengakhiran yang sama. Aku paling suka cerita Biawak Cecah Coklat dan Dia Buang Piano? karya Mat Jan.

Watak yang aku suka, Uncle Nyamuk, Is dan Budak-budak UiTM.

Aku juga suka Prolog dan Penutup oleh Sharpi The Cat.

Opera Angkasa
Kalau kau suka membaca Aliya Elyana. Jangan lupa dapatkan Opera Angkasa. Satu lagi fiksi sains karya Nazri M Annuar a.k.a Vovin.

OA sudah tamat aku baca. Aku baca OA di kolej, di kelas - waktu menunggu pensyarah datang dan waktu menunggu giliran di Bank. Ramai pelajar lain pandang aku dengan pandangan, Peh! Rajinnya dia layan novel. Sekurang-kurangnya aku bukan layan novel cinta semata-mata.

Setiap ayat-ayat sarkastik di dalam OA buat aku tertawa. Jalan ceritanya turun naik buat aku tak sabar untuk hadamkan bab demi bab seterusnya untuk tahu kesudahan cerita. Olahan yang menarik dan ringkas. Tidak terlalu payah untuk aku - yang buta fiksi sains ini - untuk faham.

Oleh kerana diterangkan sendiri oleh penulis yang OA ini ada sambungannya, maka aku tidak mempersoalkan cerita-cerita yang tergantung seperti;
1. Kisah Arman dan Ilyana
2. Kisah Arman dan ibunya
3. Kisah 4 Pewaris Pemusnah - asal-usul atau sejarah sebenarnya. Ada diterangkan di dalam OA, tetapi cuma sedikit - mungkin OA seterusnya akan bercerita tentang 4 Pewaris Pemusnah secara detail.

OA membawa kita untuk berimaginasi yang manusia boleh survive di angkasa 2-3 ribu tahun akan datang.

Dalam pada itu, aku fikir tidak mustahil sejarah akan ditukar/dipesong/dipadam demi menjaga kepentingan orang perseorangan, seperti mana sejarah Malaysia di dalam OA.

Peristiwa akan menjadi sejarah. Lama-lama sejarah akan menjadi mitos/dongeng.

Sekarang, aku akan mula membaca Asain karya Fadli Al-Akiti pula. ;-)

4 comments:

A t i Q a h 9 Januari 2008 12:38 PG  

mana mau dapat opera angkasa ye?
aliya elyana dulu saya dapat di karnival komik..

Amy Z! 11 Januari 2008 1:33 PTG  

atiqah : boleh dapatkan di MPH dan mana-mana kedai buku.
Takpun berhubung terus dengan penulis di www.dunia-vovin.com

;-)

ayobkelubi 11 Januari 2008 3:12 PTG  

chehhh,mati-mati aku ingat ko baca subjek Office Automation!. hahahaa.

Amy Z! 14 Januari 2008 10:55 PG  

ayob : office automation? hahaha.. tak yah baca la buku tu.. hahaha. riak betul aku~

Cerita Lama Amyz