Isnin, 28 Januari 2008

Itu Ini Lelaki.

Kenapa kan, kak. Lelaki, waktu mula-mula, waktu nak mengorat, bukan main baik? Tetapi, bila dah dapat, mulalah buat tak tahu. Tak romantik macam dulu?

Damm! Satu soalan dari adik-adik aku di sini. Bertanya pada aku - yang kononnya - sebab dah 28 tahun hidup di dunia dan sangat berpengalaman dalam cinta - kononnya, boleh memberi satu-dua nasihat.

Biasalah. Lelaki~ Memang macam tu. Once dia confirm awak dah suka kat dia, sayang kat dia. Dia bukan buat tak tahu. Cuma dia tahu awak sayang dia, dia sayang awak. Cukup bagi dia. Dia akan romantik waktu-waktu istimewa saja. Kalau tunjuk selalu, romantik itu akan jadi biasa, tak rasa special. Macam tu lah.

Ish! Buat orang confuse saja!
Adik-adik aku, dengan muncung-muncung bibirnya merungut-rungut. Hihi.

Heh! Aku pun masih deal with that problem, dear~

12 comments:

nizamsani 28 Januari 2008 2:26 PTG  

lelaki tu nak buat seprais gamaknya..

madulebah 29 Januari 2008 9:18 PG  

ahaha.. cakap kat adik-adik tu..

dunia bercinta ni hanya indah khabar dari rupa..

Anonymous 29 Januari 2008 10:13 PG  

Aku pernah buat puisi tentang perkara ini..

Dulu.

Masa bini merajuk bila kita dah sejuk.Tak lagi suam-suam kuku macam dulu.

Amy Z! 29 Januari 2008 1:02 PTG  

nezie : surprise? uh! i love surprises!! ;-)

nida : hahaha. mmg betul. :-p

uncle po : merajuk dan perempuan, seperti isi dan kuku. hihi. :-)

Tok Rimau 29 Januari 2008 1:18 PTG  

Tok baca ni. Terus rasa bersalah. Angkat telefon dan dail.

"I just call to say, I love you"

Dia jawab.

"Dah tebiat ke? Awak ada buat salah apa?"

Amy Z! 29 Januari 2008 1:30 PTG  

TokR : Hahahaha. Nanti lelaki pun akan cakap, woman is hard to please~ Haha.

sinaganaga 29 Januari 2008 9:04 PTG  

Dik,
Abang Sinaganaga itu orangnya romantis bukan temporari. HA HA.

rasso 30 Januari 2008 1:45 PTG  

katakan pada mereka ittew..

ermm....

saya pun sedang deal nie....

ikut kata naga gak :P

ayobkelubi 31 Januari 2008 9:47 PG  

amyz, ko bilang sama mereka itu semua,jika diberi pilihan untuk mempunyai lelaki yang romantis tapi tidak ditunjuk dan baik hati atau pun mahu lelaki yang sentiasa romantis tapi barannya macam singa menyebabkan romantis itu hilang bagaimana?.

ha ha ha

Amy Z! 31 Januari 2008 11:50 PTG  

Naga : Nyaris-nyaris aku jatuh. :-p

Rasso : hahahaha. :-p

Ayob : dan perempuan akan katakan, kenapa lelaki tak mahu jadi romantis semata-mata kerana cinta pada perempuan?
kenapa lelaki lain boleh, kamu tidak boleh?

Hahaha. woman, is hard to please, bebeh!

fajar 12 Februari 2008 10:28 PTG  

hik hik.
well, ada gak yg masih romantik.
;)

Amy Z! 14 Februari 2008 9:16 PG  

abg fajar : hihi. ada. tapi tak ramai~ :-)

Cerita Lama Amyz