Selasa, 8 Januari 2008

Fokus! Fokus!

Mendapat pensyarah lelaki yang kacak dan comel ala pelakon cina atau korea

Atau,

Pensyarah yang kacak dan manis seperti Kemat Hasan (Series shit! Muka dia hampir serupa okee dengan Kemat Hasan!!). Ala.. Tak kenal Kemat Hassan? Dia berlakon memegang watak sebagai manager dalam filem Seniman Bujang Lapok tuuu.. Suwweett kan? Hik hik hik. ;-)


Tapi

Semua itu tidak menjamin.. sesekali tidak menjamin aku tidak mengantuk di dalam kelas!

Deng!!

11 comments:

Lazuardi 8 Januari 2008 10:58 PTG  

paras rupa dan cara penyampaian perlu seiring. hehe. bila terbayangkan manager kemat hassan mengajar rasa cam kelakar jer...dia ajar subjek it kah?

btw, congrats, menang anugerah juri hari tu.

books4sale 9 Januari 2008 1:52 PG  

yeargh!!!!! aku berjaya! berjaya! menembus segala firewall untuk membebel disini.

colleagues di lain department yang handsome2 yang menjadi motivator aku untuk datang kerja hari-hari walau hanya untuk duduk goyang kaki. haha.

aih. apsal kau tak benarkan anonymous comments?

The Miruxx 9 Januari 2008 2:55 PTG  

Apalah ada pada muka hensem?

Lu perlukan cikgu yang bercita-cita masuki pertandingan Raja Lawak. Aaaaaaaaaaaaa, matamu akan sesegar pudina.

Tok Rimau 9 Januari 2008 3:45 PTG  

Pensyarah yg dabomb dah berhenti kerja. Sekarang dia masuk sarkas belajar lompat gelung api. Kau terlewat satu sem. Rugi.

cik puan daun 9 Januari 2008 4:04 PTG  

hensem, penyampai dan lawak..

3 ciri-ciri yang perlu ada..

kadang-kadang tu.. sumer ciri takder.. dah huduh.. garang.. tak terer menyampai plak tu.. ampeh!!!

tapi nak nak tak kena lulus gaks subject tu.. tapi kalau cemerlang.. dornag igt kita ada hati dengan dia plak.. ahahaha

rasso 9 Januari 2008 5:21 PTG  

ha ha ha... tidak pernah lagi ada pensyarah gadis mengajar... lalallaa~

seru!

kemat 9 Januari 2008 6:01 PTG  

Orang2 yang ader nama KEMAT nie memang hensem-hensem...

13may 10 Januari 2008 3:19 PTG  

hensem aperr kemat hasan tuh..hehhe

btw,
Selamat Tahun Baru 1429 Hijrah...

Amy Z! 11 Januari 2008 1:15 PTG  

Lazuardi : haha. manager kemat hassan tu ajar software engineering tuu.. haha.

rafthah : ikaaa!! akhirnya! akhirnya!! Hahaha. Aku baru je dapat online hari ni.

colleague aku tak hensem. classmate aku sooooo budak2. no motivator to attend class at all. but i have to. sedih tak? Haha.

ada satu kali anonymous comment menda lucah kat blog. aku terus block komen utk anonymous. ko pun tau kan, blog ni ada unsur2 lucah yg banyak. haha.

taf teh : pensyarah aku kena belajar dengan afdlin shauki utk jadi stand-up comedian yg bagus. Haha.

tok R : adakah pensyarah yg dabomb itu mengajar di fakulti saya? jikalau demikian, oh! malangnya nasib saya. Haha.

daun : yeah!! itulah ciri2 pensyarah yg kita cari. Huhuhu. Aku dapat seorang pensyarah yg tua dan lorat negeri yg pekat. kau expect aku boleh score tak? Haha. Aku TER paksa score la bebeh!

rasso : Hmmmm... ini rupanya niat si pelajar lelaki. nanti aku update tentang niat pelajar lelaki nieh. Haha. :-p

kemat : iyalahh. orang nama Kemat ni memang hensem. :-p

13May : salam maal hijrah. Hahaha. jeles ke?? Hahaha. :-p

CIda 12 Januari 2008 3:49 PTG  

Aku pun, walopun anak murid aku hensem2, tapi kdg2 time mengajar tu, aku tetap ngantuk. haha

-cida-

Amy Z! 14 Januari 2008 10:15 PG  

cida : hahaha. ko lagi lecture yg keji. patutnya anak murid yg ngantuk. tapi ko plak yg ngantuk. hahaha. keji sungguh!

Cerita Lama Amyz