Sabtu, 5 Januari 2008

De Ja Vu

Universiti Selatan ini bagaikan De ja vu. Membawa aku ke satu kenangan lepas dan dalam masa yang sama, membawa aku ke masa depan.

Sedari kecil, aku impi-impi untuk menjadi pelajar di sini. Aku pernah kecewa tidak diterima di sini selepas tamat tingkatan 5. Ironinya, aku telahpun menjadi pelajar di sini pada umur sebegini.

Bila kawan-kawan bercerita tentang tempat ini pada aku, aku seolah-olah dapat menyelurusi ceritanya dengan merasakan aku berada di tempat yang sama. Yang selalu bercerita tentang universiti ini pada aku tentulah si Effa dan Fariz.

Aku jejakkan kaki di universiti ini pertama kalinya tika aku konvo. Waktu itu aku rasakan de ja vu - macam pernah pergi di sini. Tapi bila?

Kali ke dua, waktu mengikut GengKerdil ke Johor. Jumpa TokR buat kali pertamanya.

Kali ke tiga, temankan Nett mendaftar sebagai pelajar angkasalepas.

Kali ke empat, hari mendaftar sebagai pelajar. Minggu lepas. Rasa macam de-ja-vu. Benda yang pernah aku lalui, aku lalui sekali lagi. Berkali-kali. Tempat ini serasa familiar.

Itu sebab aku tidak terasa apa-apa emosi waktu aku ditinggalkan mak dan ayah di sini. (Of course, sedihlah sedikit. Aku bukan perempuan tanpa perasaan) Itu sebab aku rasa aku akan oke kat sini. Aku fikir, I'll be oke here. Sebab tempat ini sangat familiar.

Kalau kita ini percaya pada kelahiran semula, mungkin di kelahiran lalu, aku pernah belajar di sini, tetapi kantoi sebab mati. Lepas itu dilahirkan semula dan dapat belajar di sini untuk melengkapkan hidup aku yang tak lengkap pada kelahiran yang lepas. Kalau kita percayalah. Tetapi kita tak percaya perkara seperti itu. Maka, aku dapat putuskan apa yang aku rasakan ini hanya de ja vu.

10 comments:

sinaganaga 6 Januari 2008 1:05 PTG  

Deja Moss tu kakak Deja Vu ek?

Amy Z! 6 Januari 2008 1:14 PTG  

naga : HAHAHA. Keji!!

zizie ali 6 Januari 2008 4:04 PTG  

de ja vu... bila sebut kena muncung-muncung mulot.

Amy Z! 6 Januari 2008 4:22 PTG  

Zizie : Bukan muncung2 macam Kak Nita kita tu kan?? Haha.

fajar 6 Januari 2008 10:11 PTG  

miss that place!

The Miruxx 7 Januari 2008 11:55 PG  

Oh, lu ni Amyz versi kedua, selepas kelahiran semula?

Hai Amyz...

spyz 7 Januari 2008 3:19 PTG  

familiar kononnnn..

apsal bleh sesat??

ha ha..

Amy Z! 8 Januari 2008 10:19 PG  

Taf Teh : Amyz versi kedua lebih smarvo. Haha.

Spyz : Familiar tak semestinya hafal setiap ceruk universiti niehhh. :-p

Nanti lawat2 aku tau!

ayobkelubi 11 Januari 2008 3:11 PTG  

ohhh,aku konvo nanti,leh ah ko tunggu di pintu utama untuk hulurkan bunga.

eh,eh, bukan aku konvo, nett konvo dulu seehhh.... ;P

Amy Z! 14 Januari 2008 10:58 PG  

ayob : hahaha. aku kan setia tunggu korang utk konvo di sini oke. haha.

Cerita Lama Amyz