Rabu, 2 Januari 2008

Cerita tentang Sesat

TokR pesan. Ingat.. Kawasan Universiti ini seperti satu bulatan yang besarrrr.. (Sambil tangannya membentuk satu bulatan yang mana aku bayangkan seperti bulatan-bulatan besar yang ada di Kuala Lumpur dan mengangguk-anggukkan kepala tanda faham), waktu dia menurunkan aku yang sesat untuk ke fakulti sehari selepas menjejak kaki di sini. Selepas berkata, TokR serahkan peta lukisan tangan dia dan Dean_Sham kepada aku.

Dan masih. Hingga hari ini, sebelum menulis entri ini, aku hanya hafal jalan dari kolej ke fakulti dan dari kolej ke pintu besar. Dan hafal errr.. jalan ke Jusco. Haha.

Sebentar tadi aku sudahpun mendapatkan peta kawasan U ini. Walah!! Aku tidak akan sesat lagi selepas ini! Tinggi betul harapan aku.

Ironinya, sejurus aku membelek-belek peta, seorang wanita anggun datang kepada aku dan bertanya arah ke kedai koperasi U di sini. Hah! Kelakar. Nasib baik aku baru sahaja beredar dari koperasi untuk ke librari. Lalu aku tunjukkan jalan yang benar kepada wanita anggun itu.

Kau ingat, aku akan tunjukkan peta kepada wanita itu ke? Bluueeh!! :-p

10 comments:

A t i Q a h 3 Januari 2008 12:03 PTG  

lagi satu...
U ni byk jln sehala..
jaga-jaga cik salmah...
hihihi

fajar 3 Januari 2008 6:09 PTG  

amyz, dah berada di selatan ke? study di sana?

Amy Z! 3 Januari 2008 6:11 PTG  

atiqah : Setakat ini belum lagi bawa kereta berlawan arah. Hahaha. :)

abg fajar : studyyy.. hihihi. :D

madulebah 3 Januari 2008 7:17 PTG  

Waaaaa... Tok R tumpangkan kau??

Kau tak takut ke nanti dapat hatemail marahkan kau menumpang kereta Tok R?

Muahahaha

Tok Rimau 4 Januari 2008 9:04 PG  

Kenyataan Media:
Tok R menafikan tumpangkan Amyz. Kau tak ada bukti. Jeng Jeng Jeng. Kami hanya kawan biasa.

Amyz,
Kalau jumpa Pak Arab dan kau sesat mahu bertanya jalan, katakan "Ihdinas siratalmustaqim." Tahukan maknanya?

Nazri 4 Januari 2008 3:01 PTG  

Tok R - Siapa kata tak ada bukti? Kamera dipasang di tempat yang tidak dijangka, seperti di celah novel yang baru dibeli hujung minggu lepas.

hikhik.

madulebah 4 Januari 2008 4:00 PTG  

Nazri, aku suspek salinan videonya telah tersebar luas di sekitar Johor.

Tok R, baik Tok letak jawatan segera.

Amy Z! 4 Januari 2008 5:39 PTG  

madu : Hahaha. Aku rasa tak ada siapa nak hantar hatemail. Siapa yg minat Tok R tu? Haha.

Tok R : Ya. Ya. Mereka tiada bukti. Saya juga boleh mengada-adakan cerita. Seperti, Tok R mengajak saya minum di kafe K9. Hahaha.

Ramai student arab kat Pusat Pengajian Islam saya nampak tadi.

Nazri : Sure ke pasang cctv kat situ, atau tempat lain? Haha. :-p

Madu : VCD menteri itu aku tak jumpa pun kat Johor. Tipu la dorang nih. Haha.

deOughtred 4 Januari 2008 7:27 PTG  

make sure u explore every little corner kat kampus, jangan nanti bila dah grad, ada org tanya "kau selalu lepak kat situ tak" dah tergamam... aku macam tu laa.. huwaaaaa nak pergi balik, jauh laaa pulaaakkkk...

Amy Z! 5 Januari 2008 11:19 PTG  

deoughtred : its ok. saya ada lagi kat sini about two years. ada plenty time to explore. i even got the map. haha. thanks by the way. ;-)

Cerita Lama Amyz