Jumaat, 26 Disember 2008

Terima Kasih Sekalung Budi

Cik opss.. Puan Amyz tak larat nak update dan bercerita tentang majlis perkahwinannya. Cuma nak merakamkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Puan Amyz Azlie yang simple ni. Harap maafkan segala kekurangan dan kesulitan yang tuan/puan alami. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi hadir. Puan Amyz Azlie sangat-sangat menghargainya. :-) Terima kasihhh..~~

Terutama sekali kepada Cik Darwina yang sudi menjadi pengapit yang banyak sangat berusaha meyakinkan Puan Amyz nampak comel di hari persandingan tersebut. Hihi. Kesian tau pengapit I tu. :-) Thanks a lot bebeh!

Sekarang ni masih berada di Johor. Kenduri di pihak lelaki baru selesai Ahad yang sudah. Alhamdulillah. Selesai semua ni lega rasanya.

Ok. Tak mahu cerita pasal kahwin banyak-banyak. Muak pula nanti. :-)

Oh ye. Memandangkan cuti semester hampir habis. Hanya minggu depan saja kelas akan bermula. Jadi Puan Amyz Azlie sedang sibuk nak uruskan rumah sewa, pindahkan barang dan persediaan nak masuk semester baru. Macam-macam perlu dibuat.. Ferr..

Dan semester depan kena banyak berusaha~ Insya Allah. :-)

Sabtu, 13 Disember 2008

Klik!

Ini ada sedikit gambar sekitar majlis resepsi Amyz & Azlie 13/12/2008. Tema majlis adalah merah putih. Gambar dari photographer rasmi masih belum diambil. Tapi kalau gambar-gambar dari photographer rasmi, gue tak post kat blog kot. Hilang eksklusif tau.. Hikhik.

Dari Cerita Kak Pnut



Dari Nida MaduLebah



Dari De5Lin



Dari Alinawati @ Facebook



Jumaat, 12 Disember 2008

The Solemnization

Amyz & Azlie. 12/12/2008. Nikah ceremony.



Alhamdulillah.. :-)

Wooaa.. Cik Amyz sudah tukar ke status puan. Ferrrr.. OK. Kalau internet tak terlalu perlahan malam ini, Cik Amyz akan tukar status di Facebook. Hihi.

Isnin, 8 Disember 2008

Aidil Adha & Selamat Hari Lahir, Ayah

Hari ini, Aidil Adha. Hari Raya Qurban~ Selamat Hari Raya Aidil Adha. Moga-moga segala pengorbanan yang kita lakukan sentiasa diberkati. :-)

Hari ini juga, ulangtahun kelahiran Ayah. Sudah sampai umur pencen. Selamat Hari Lahir, Ayah dan Selamat berpencen. Lepas ni, ayah dah tak perlu outstation sana-sini atas nama tugas. Harap ayah tidak melepak di kedai kopi dan main dam haji seperti pakcik-pakcik lain yang sudah pencen di sini. Oh, bertuah Mak. Ayah bukan jenis orang yang suka melepak di kedai kopi.

Di hari raya yang penuh barakah ini, doa yang baik-baik saja. Semoga dipermudahkan. Amin.

Jumaat, 5 Disember 2008

Status

Kalau TokR kumpul status-status yang menarik perhatian di kalangan rakan-rakan facebook-nya. Aku pula. Rasa loya-loya bila tengok status kat YM.

: Sayang abang..!!
: Missing my dearest.. :-(
: I love you, sweetheart.

Yurk!

Rabu, 3 Disember 2008

Catalog

Kata pensyarah English aku,

One woman, monolog.
More than one woman, catalog.


Haha.

Katalog ni, bukan nampak produk dari segi real pun. Setakat gambar saja. Ambil gambar cantik-cantik sikit, dengan model lawa gile. Peh! Berderet perempuan nak beli, lelaki tumpang tengok sekaki. :-p

Masa kat office dulu, banyak jugalah katalog-katalog yang berpindah-randah dari meja ke meja, dari kubikel ke kubikel, dari tingkat bawah ke tingkat atas. Mudah sangat nak cari pelanggan hanya dengan memberi lihat katalog. Katalog yang kadang-kadang indah gambar dari rupa. Duh!

Perempuan ni... cepat sangat terpengaruh! :-p

Isnin, 1 Disember 2008

Hari Murung

Hari ini hari murung saya.


Terima kasih.

Jumaat, 28 November 2008

Kecewanya

Benci sangat bila internet slow.

Sebagai pengguna, kita berhak dapat perkhidmatan yang terbaik dari provider bila kita dah bayar every month.

Di Johor, boleh tahan laju juga broadband ni. Tapi di KL ni, ya ampunnnnn~ Kalah zaman dial-up. Katalah ramai pengguna kan. Sepatutnya mereka dapat cater la problem ni. Strimix pun slow juga. Ada masa laju. Ada masa slow. Strimix sepatutnya dapat konsistankan kelajuan internetnya. Entah apa-apa.

Frust ok!!

Ah, tak kira whatever reason pun diorang ada. I dont care. I'm customer. I've pay you every month. I deserve the best service from you guys. Ok!


note : Happy Birthday To My Superhero. :-)

Rabu, 26 November 2008

Amyz's Do

Cuti semester cuma sebulan. Jadi waktu-waktu inilah cik Amyz suka nak manja-manjakan diri. Sebab cik Amyz ni bukanlah lawa sangat. Untuk cantik, Cik Amyz suka buat perkara-perkara mencantikkan diri sendiri. Indulgence, kata orang. Hiks!

Macam facial, skrub, sauna, mask, etc etc..

Ada boleh buat di rumah saja. Jimat sikit belanja. Maklumlah. Student manalah mampu nak pergi Spa. Haha.

Sangat seronok memanjakan diri ni. Bila keluar dari bilik air dengan kulit yang lebih halus dari biasa. Rasa macam ferrrrrr.. Satu kepuasan. Ahaks!

Ada satu perkara yang Cik Amyz suka amalkan (time rajinla tapi~). Skrub badan dengan oat bercampur susu. Buat sendiri di rumah. Kalau rajin amalkan, memang boleh mencerah & menghaluskan kulit. Tapi since cik Amyz ni time rajin saja dia buat. Jadi Cik Amyz tidaklah secerah susu pun kulitnya. Ahaks.

Yang bestnya, lepas skrub badan dengan oat bercampur susu ni. Kulit akan halus serta merta. Dan bertahan jugalah untuk 2-3 hari rasa kehalusan tersebut. Ferrr...

Cik Amyz nak pinjam tempat sauna adik ipar minggu ni. Harap-harap bolehlah membakar lemak tepu dan bolehlah turunkan berat badan dalam sekilo dua. Uhuks~



Oh, selain memanja-manjakan diri. Cik Amyz perlu rajinkan diri belajar memasak ye.. (Adehh.. malasnya nak masak.. Huhuhu.)

Isnin, 24 November 2008

Mamma Mia, Here I Go Again



Aku dah terlambat (sangat) untuk bercerita tentang Mamma Mia lakonan Meryl Streep, Amanda Seyfried, Pierce Brosnan, Colin Firth etc ni.

Filem musikal ini walaupun plotnya simple, tapi menghiburkan. Lebih-lebih lagi lagu-lagu yang dinyanyikan adalah lagu-lagu ABBA. Dengar lagu-lagu ABBA terasa nak menari saja. Ia adalah sebuah filem yang menghiburkan.

Seriously, lepas tengok filem ni, kau akan rasa nak dengar semula lagu-lagu ABBA. Sempat juga download lagu ABBA lepas tengok Mamma Mia ni.

Ok saja filem ni. Menghiburkan. ;-) Antara lagu kegemaran dalam filem ni, of course, Dancing Queen. Selain dari itu, aku suka dengar lagu Chiquitita, Voulevouz Vous, Thank You For The Music dan The Winner Takes It All.

Layannnzzz.. Kata cuti kan.. ;-)


Alhamdullilah. Kak Long aku mengandung~ Tahun depan, dapat anak buah lagi. Yeay!!

Ahad, 23 November 2008

Penat

Dah sampai KL semalam. Penat memandu. Oh, betul lagu ni (Keranamu Suhaila - Ways).

"Sakit pinggang aku (memandu).
Dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru."

Tapi terbaliklah sedikit, dari Johor ke Kuala Lumpur. Hehe.

Betul. Sakit pinggang. What you expect when you're drive an old kancil? Exceed 100, dah bergegar-gegar steering. Ferrr..

But have to get used to it. Sebab akan selalu berulang alik KL - JB. Hehehe. Ye. Nanti aku tukar kereta baru. Jangan bagitau Kancil. Nanti dia meragammmm~ Ferrr.

Hari ini masih penat~

Rabu, 19 November 2008

Kemas-Kemas

Hmm. Malasnya nak mengemas. Lagi.

Pergi tengok wayang dulu. Pergi jalan-jalan dulu. Tengok-tengok kasut. Makan-makan. Itu-ini. Berlengah-lengahlah~ Nanti esok nak balik nanti, baru nak kelam-kabut.

Baik! Esok saya akan mula mengemas bilik! (Kemas bilik pun kena ambil mood~ Ntah apa-apa.)

Semua adik-adik dah selamat sampai rumah. Nasib baik jiran-jiran ramai yang belum balik lagi. Hiiii. Aku ni penakutlah! Benci betul!!

Selasa, 18 November 2008

Yeay! Exam Sudah Habis

Kertas terakhir semester ini. Kepintaran Buatan - Artificial Intelligent. Pukul 9 - 11:45am.

Alhamdulillah~ Dapat jawab semua soalan dengan baik. :-)

Lega.

OK. Nak kemas-kemas bilik. Masuk barang dalam kotak. Dan hantar baju yang belum dibasuh ke dobi (punya busy study sampai tak sempat basuh baju tu~ Huhu. My bad.)

Yeay, cuti dah start!! Bestnya!


Note Utk Fararafa : Nak email address - email : da_amyz at yahoo dot com. Ada privacy things nak cakap. ;-)

Sabtu, 15 November 2008

Amyz Yang Seteress

Tinggal satu lagi kertas peperiksaan akhir semester ini. Satu saja lagi. Fuh~


Oleh sebab tinggal satu saja lagi kertas, boleh tak saya nak bersuka-ria, enjoykan diri sehari dua ni? Hik~


Aaa.. Seteresss lah exam ni. Seteresss sangat!!! Semester lepas pun tak ada stress macam ni. Semester ni ada 4 killer paper tau. Membunuh sungguh! Huhuhu~



Nak release tension kejablah. Bukan pergi mana pun. Pergi Jusco, tengok-tengok kasut saje~ Bolehkan? Kan? ;-)


PS: Tiap kali saya update di blog, aplikasi Write Note di facebook saya juga akan automatically update dengan mengambil entri terbaru di blog. Sebab saya sudah sync kan antara dua aplikasi tersebut. :-)

Jumaat, 14 November 2008

Dah Lama Tak Buat Tag.

Kena tag dengan Wynn Yasser. Actually Wynn ni classmate waktu sekolah rendah - darjah 5 dan 6. Ke main lama lagi. Lepas sekolah, memang tak dengar apa cerita. Terjumpa fotopages dia. Tu pun melalui fotopages Marcia (Zaman rajin ambil & upload gambar dulu). Hehe. Then dia start blogging. Dari situ aku try tegur. Nasib baik masih dikenali. Kalau tidak, bikin malu saja. Hurhur.

Lama tak jawab tag. Sekali-sekala, layan~ Zassss..

1. The age you'll be on your next birthday:
Humm~ 29. Tau-tau, dah tua~ :-(

2. Place you want to travel to:
Nak buat EuroTrip. Hakhak.

3. Your favorite place:
Rumah di Cheras.
Tepi pantai

4. Your favorite food:
Ikan bakar yang lazat di restoran seafood yang best~ Nyum nyum.

5. Your favorite pet:
Kucing. Cici - dah mati. :-( dan Comel.

6. Favorite color combination:
Red & White

7. Favorite piece of clothing:
Baby-T & Short Pants

8. Your all time favorite song:
The Carpenters

9. Favorite TV show:
FRIENDS, Grey's Anatomy, CSI, One Tree Hills, Desperate Housewife, Ghost Whisperer, Supernatural

10. First name of your significant other/crush:
Tak ingat. Betul, tak ingat dah ni. Haha.

11. Which town do you live in:
Current : Skudai, JB.
Before : Cheras, KL.

12. Your screen name/nickname:
Amy Z! @ Amyz

13. Your first job:
Cashier at supermarket

14. Your dream job:
Tak mahu kerja.. boleh? ;-)

15. One bad habit that you have:
Kuat menangis.

16. Worst fear:
Accident. Hari-hari drive mesti ada rasa takut kalau-kalau teraccident. Ferrr..

17: Things you'd like to do before you die:
Buat amal jariah / bersedekah banyak-banyak.

18. The 1st thing you'll buy if you get $1,000,000:
Shoes!! Lepas tu bagi 1/2 kat Mak & Ayah. Beli rumah. Invest. Melancong. Shopping lagi dan lagi dan lagi dan lagi.

19. Your husband/wife:
Bakal Husband adalah ...~ Jeng. Jeng. Jeng. Hikhik.

Nak tag :

1. Cik Nida.
2. Darekampo.
3. Kelambu.
4. Atiqah.
5. PhuYing.

Rabu, 12 November 2008

Ini Template Sementara

Sebab tangan tak pandai duduk diam-diam. Asyik nak menggodek itu ini, akhirnya ter-stuck dengan template ni. Template ni ok. Tapi tarikh update di imej kalender itu tidak kelihatan. Nak tukar template lain, tetapi blogger ada error. Kena tunggu for a while before upload template lain. Ferrr..

Inila akibatnya orang yang sepatutnya study, tetapi pergi upload template~ Duh!


Kemaskini sedikit:
Tiba-tiba tadi termenyanyi lagu Aku Wanita - Siti Nurhaliza. Merelip-merelip Tok Siti tu masa Anugerah Skrin. Anggun. Kagum walaupun aku tak minat dia sangat. Tapi, itu rezeki dia kan? Asalkan dia bahagia.

Oh, dalam lagu Aku Wanita tu, aku suka part ini:
Aku wanita aku kaum hawa. Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta. Selayaknya manusia
Apakah salah jika aku menyinta. Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati. Belahan jiwaku ini..


Owwhh..


BTW, cerita tentang Sajak Kematian. Apa kena la orang besar-besar kita ni yang suka sangat takut dengan bayang-bayang sendiri. Katanya, Sajak itu menakut-nakutkan anak-anak yang baru nak naik ni. Entah apa yang dia takut pun aku tak tahu.

Dulu kecil-kecil aku lagi best. Sekolah aku buat teaterikal "Sakaratul Maut" yang di ambil dari salah satu kaset Al-Arqam. Fuh. Gerun jugalah. Siap pakai-pakai kain kafan segala. Tak terjejas pun akidah aku..? Deng!

Ntah apa-apa lah~ Menyampah aku nak baca suratkhabar macam ni. Baik aku baca gossip Dato K hadiahkan BMW kat Rozita Che Wan. Harharhar.

Selasa, 11 November 2008

Dengar Radio

Malam-malam waktu menelaah, dengar juga radio menerusi SEW810i tersayang ini. Selalu tukar-tukar station. Mahu dengar lagu yang sedap didengar saja. Owh, no wonderlah kawan aku cakap pening dengar radio di kereta waktu pergi dan balik kerja dulu. Suka sangat tukar-tukar station.

Di Selatan ini boleh dengar station Singapore. Suka layan Class '95. Banyak lagu-lagu oldies. Dengarlah lagu-lagu lama. Best. Layannn~~

Selain dari itu, dengar MixFm dan HitzFm. Lagu lama dan baru campur-campur. Layannn juga~ Paling favorite MixFm lah.

Untuk lagu melayu, since di sini aku tidak dapat dengar KLFM. Aku layan SinarFM. Layan lagu-lagu oldies lagi feeling. Alleycats ke, Kenny-Remy-Martin ke, Ebiet G ke, Wings ke, Search ke. Layann~~

Layan juga LiteFm dan RedFm. Tukar-tukar antara station itula. Kalau lagu tak best, tukar station lain.

Tetapi rasa sedikit annoy dengan orang yang suka sangat beri dedikasi pada orang lain menerusi sms/telefon di radio. Mak di dapur, kakak sebelah rumah, sepupu depan mata, kawan satu pejabat pun mahu diberi dedikasi. Atau pada kekasih yang baru saja kejap tadi makan bersama, mahu diberi dedikasi siap dengan "mwahs dengan 23 tanda seru " Ferrr.. Aku yang dengar yang rasa malu. Huhu. Bukan tak boleh, tapi ah, malas cakap. Fikirlah sendiri..

Ahad, 9 November 2008

Oh, No!

Tadi, saya sedang mentelaah apabila tiba-tiba saya rasa pening-pening. Huruf-huruf dan angka-angka di buku catatan saya menjadi kabur-kabur.

Saya cuba alihkan perhatian saya kepada laptop, membaca satu dua blog, atau suratkhabar atas talian untuk memastikan pandangan saya tidak terjejas.

Malangnya, mata saya terasa berpinar-pinar demi ayat-ayat dari Utusan Online saya baca. Saya mengurangkan kadar pencahayaan skrin laptop ke tahap yang paling bawah sekali.

Mata saya masih berpinar-pinar.

Sekarang, saya terpaksa memakai cermin mata yang lama tersimpan di dalam laci. Cermin mata yang hanya saya gunakan apabila memandu di waktu malam sahaja. Sebab saya sangat alah dengan silau lampu kereta. (Itupun bila ingat saja pakai. Bila tak ingat, tak pakailah~)

Nampaknya pening-pening saya sedikit berkurangan, hilang sedikit rasa mata yang berpinar, tulisan nampak jelas. Tetapi tidak hilang terus, masih rasa pening, dan kadang-kala berpinar-pinar, apabila membaca sesuatu rencana yang panjang, contoh berita Abby dan Norman bertengkar di Lokasi Gerak Khas. Duh!!

Mata saya sudah rabunkah?

Oh, No! Saya tidak mahu memakai cermin mata permanently~ Huhu.

Khamis, 6 November 2008

November Datang Dengan Hujan Dan Aku Pun Menangis Mendengar Lagu November Rain

Lagu itu dialih bahasa Melayu dan menjadi lebih syahdu.


So if you want to love me
then darlin' don't refrain
Or I'll just end up walkin'
In the cold November rain


versi Po:
Jika kau masih mahukan cintaku
sayang, janganlah menjauh
atau aku mungkin akan sepi
berjalan sendiri di dalam dingin hujan November ini.



Ya. Aku sentiasa melankolik. Dari dulu.
Itu aku~

Owh. Aku patut tidak mendengar lagu-lagu hiba lagi.

Rabu, 5 November 2008

Aku Benci Orang Potong Q

Aku benci sangat dengan kaf lam ya nga yang potong queue aku masa aku tunggu giliran nak order McD. Aku benci staff McD yang membenarkan perkara itu berlaku.

Aku sangat benci ibu bapa yang menyuruh anaknya ke depan pabila sampai giliran aku untuk membayar parking di kaunter. Potong barisan aku dengan cepat-cepat menyerahkan tiket untuk melunaskan parkingnya. Cepat-cepat berlari ke ibu bapanya. Anak diajar potong barisan sedari kecil. Besar esok, tak pandai nak hormat orang lain. Aku juga benci staff JJ yang membenarkan perkara itu berlaku.

Aku prefer bayar parking di mesin. Dan aku prefer beli McD di pandu lalu.

Aku benci sangat dengan orang potong queue.

Tak pandai hormat orang lain. Tak ada manner. Tak ada budi bahasa. Tak hormat orang lain!

Jangan Biarkan Aku Menangis Pabila Menonton Filem Sappy yang Bodoh, ataupun Pabila Aku Menangis kerana Aku mahu Menangis..

Love You 'Till The End - The Pogues

I just want to see you
when you're all alone
I just want to catch you if I can

I just want to be there when the morning light explodes
on your face it radiates
I can't escape
I love you 'till the end

I just want to tell you
nothing you dont want to hear
all i want is for you to say
"oh, why dont you just take me where i've never been before?"
I know you want to hear me catch my breath
I love you 'till the end
I love you 'till the end

I love you 'till the end
I love you 'till the end

I just want to be there
when you're caught in the rain
I just want to see you laugh not cry
I just want to feel you when the night puts on its cloak
I'm lost for words
don't tell me
'cause all I can say
I love you 'till the end
I love you 'till the end

I love you 'till the end
I love you 'till the end
I love you 'till the end
(all i can say) I love you 'till the end
I love you 'till the end
I love you 'till the end
(its all i can say) I love you 'till the end
I love you 'till the end
I love you 'till the end

Original soundtrack filem PS: I Love You.

Selasa, 4 November 2008

Tanda Tanya

Aku masih keliru sehingga kini.

Kenapa mesti, pabila kita simpan sedikit rahsia untuk diri kita, maka pelbagai anggapan yang timbul?

Satu demi satu cerita tentang kita, kita akan dengar dari mulut orang. Aduh~

Aku quote ini dari Saharil di dalam ROMLAH:THE UNTOLD STORIES. (Yup, aku dah habis baca Romlah tadi. Owh. Something I can't resist bila dah ada di depan mata. Exam, exam lah. Baca Romlah, tetap baca juga. Haha.)

Tiada orang tahu semua perkara tentang seseorang.

kadang-kadang bila ada yang kita tidak tahu tentang seseorang itu, bila ada lompang-lompang kosong tentang dirinya, kita akan syak yang bukan-bukan. Kita isi setiap lompang dengan apa yang kita faham. Kita akan membuat telahan sendiri, untuk memuaskan hati kita.


Kita selalu membuat telahan sendiri. Kan? Tanpa ada usaha untuk bertanya kepada yang empunya diri. Untuk itu, aku lebih banyak mendiam diri dari memberi pendapat tentang seseorang. Biarlah dia buat apa pun. Kerja apa pun. Pakai kereta apa pun. Asalkan dia tak mengganggu hidup kita.

Namun, mulut orang bukan boleh ditutup. Cakaplah semahunya. Aku lebih suka duduk diamkan diri. Mulut terkunci.

"No comment."

Hihi.

Sabtu, 1 November 2008

Dilema : Salah Ke?

Setiap kali ada jemputan majlis perkahwinan, aku pastinya serba salah apabila memikirkan hadiah manakah yang sesuai untuk diberi kepada pengantin. Takut ada orang lain beri hadiah yang sama. Kalau cadar tak apa la kan? Tilam akan selalu berganti cadar. Kan? Kan? ;-)

Selalunya tetamu ambil mudah dengan pemberian hadiah. Jadinya pengantin baru ini dapat sampai 2-3 hadiah yang sama. Yang mana pada aku, ini satu pembaziran.

Ye la. Siapa nak guna seterika sampai 2-3 buah? Gilo apo? Ok la. Kalau 2 buah, logik la. Kalau tak mahu berebut dengan si suami masa nak menggosok. Ayang gosok kat sana, Abang gosok kat sini. Maksud aku, gosok baju OK! :-p

Di barat, ada budaya menyenaraikan hadiah yang perlu tetamu bawa untuk pengantin. Hadiah dibeli dalam lingkungan harga yang lebih kurang. Tidak membebankan. Bagi mengelakkan duplikasi hadiah. Ok juga kan? Daripada pembaziran berlaku. Membazirkan kawan syaitan. Praktikal apa.

Tapi di Timur terutamanya di Malaysia lah~ kat mana lagi kan? Budaya meminta-minta ini sangat tidak disukai kerana bagi mereka, sungguh tidak sopan pengantin meminta-minta hadiah dari tetamu yang hadir.

Tak salahkan minta hadiah dari kawan-kawan dan tetamu yang hadir? Tak adalah dapat 2-3 hadiah yang sama. Yang mana hadiah yang terperuk di bawah katil dan di-guna-semula untuk diberi kepada kawan yang kahwin kemudian hari. Teruknya~

Fikir dan renungkanlah~ ;-)

Rabu, 29 Oktober 2008

Follow

Aku baru register Twitter. Update ringkas apa yang kita buat via web Twitter atau phone. Kalau nak update panjang-panjang - sila guna blog sendiri. Buat entri.

Ada satu fungsi kita boleh ikuti perkembangan kawan-kawan.



Tak ada apa. Cuma rasa sedikit geli hati dengan ayat "You are following CikDaun", misalnya.

Serta merta, aku terbayang lembaga kuning yang gebu-gebu, ada signal network di badannya. Mengikut kau ke sana-sini. Dan menyanyi;

"I will follow you. Follow you where ever you may go.."

*ketawa_kecil_dan_bahu_terhingut-hingut*

Isnin, 27 Oktober 2008

Restu

Minggu ini, minggu belajar. Kelas tak ada. Silibus sudah dihabiskan minggu lepas. Kekonon nak bagi pelajar masa untuk belajar, sebelum peperiksaan bermula minggu depan.

Tapi hampehla budak-budak ni nak stay kat kolej kalau tak ada kelas. Masing-masing cabut balik kampung. Ceh! Hari Jumaat saja tiket bas dah habis. Seboleh-boleh habis saja kelas hari Jumaat tu, terus angkut beg nak balik kampung.

Termasuklah akak ni. Akak habis kelas hari Jumaat, baru nak cari tiket oke. Kira mulia sikitla~ Hurhur.

Tapi akak tak adalah hari Jumaat tu juga nak balik. Akak ni kira bersabar jugalah. Akak stay sampai Ahad. Lagipun, hari Sabtu banyak jemputan Open House (Tiba-tiba ramai pula kawan akak di Johor kan? Siap pergi Open House segala. Hakhak). Ahad tengahari baru la bertolak balik KL. Sabar itu separuh daripada iman apee..

Bukan apa. Peperiksaan nak dekat ni, akak baliklah sekejap. Jumpa Mak, Ayah. Minta doa restu nak hadapi peperiksaan. Nak minta maaf, moga-moga senang akak jawab peperiksaan. Tanpa doa-restu dan kemaafan dari Mak Ayah, akak rasa jiwa kosong, tak tenanglah. Akak ni memang emotional (banyak). Selalu sangat fikir bukan-bukan. Untuk tenangkan jiwa yang selalunya kacau ni, akak balik rumah, jumpa Mak Ayah minta restu. Barulah rasa damai sedikit.

Moga-moga, berkat doa-restu Mak Ayah, dapatlah akak menjawab peperiksaan dengan tenang, tak gelojoh dan teliti. :-)

Insya Allah. :-)

Isnin, 20 Oktober 2008

Rama-Rama Dalam Perut

Penuh perut dengan rama-rama. Aku rasa. Hari demi hari.

Peperiksaan akhir, beb! Final exam!!

Lagi 2 minggu.

Nervous-nya.

Walaupun dah banyak kali lalui exam ni. Dari sekolah rendah. Tetapi perasaan masuk dewan periksa dan mendapat kertas soalan, selalu buat aku kecut perut. Sejuk perut. Kaki dan tangan.

Nak ambil exam PT_K pun sama juga tau.

Jangan kata exam. Kuiz ke, ujian ke. Macam tu juga. Payah sungguhlah.

Kalau nak tahu, aku sangat nervous masa menjawab. Keluar dari dewan/bilik peperiksaan, kau akan nampak jari-jari aku penuh dengan calit-calit liquid paper. Tu nervous la tu. Selalunya lupa rumus. Tak pun lupa teori. Bila salah jawab, kena padam dengan liquid paper. Keluar dewan/bilik peperiksaan, jari-jari bercalit-calit liquid paper.

"Kakak! Beli liquid paper yang bukan jenis cecair la~" Tegur seorang adik bila melihat jari-jari aku bercalit putih. Duh!

Oh, old-fashion nya aku. Mana ada budak-budak ni guna liquid paper jenis cecair lagi?

Yelah. Esok aku pergi beli. Hari ini aku mahu ulangkaji. Esok ada kuiz.

Final exam hanya 2 minggu~
Kalau lama tak menulis, tak update blog. Aku konon-konon tekun belajarlah tu. Haha.

Jumaat, 17 Oktober 2008

Kongsi Gembira.

Aku ini, sangat senang teruja dengan apa-apa berita tentang kamu, kawan. Jika kamu mahu pendapat aku tentang baju yang kamu baru beli. Aku boleh tengok dan kongsi gembira kamu dengan aku. Kalau kamu beli sepasang kasut yang cantik, aku lagi teruja.

Jika kamu khabarkan pada aku, kamu akan melangsungkan perkahwinan. Sungguh! Aku tambah-tambah gembira. Itulah sesuatu yang kamu mahu. Dan itu yang buat kamu gembira. Moga kamu sentiasa berbahagia dengan hidup baru kamu.

Apatah lagi kamu khabarkan pada aku, kamu sedang mengandung. Oh, kamu tidak dapat bayangkan terujanya aku. Sehingga aku boleh menitiskan air mata. Syukur ke hadratNya.

Dan semalam, Attokz menelefon dari Kuala Lumpur, untuk kongsi kegembiraannya menjadi seorang bapa. Tak tersebut rasa gembira dan terharu. Dan ya, air mata aku menitis gembira. Tahniah Attokz & Faizah!!

Aku suka lihat kawan-kawan aku gembira. Bahagia. Aku sentiasa sedia berkongsi sedih kamu, apatah lagi gembira kamu. :-)

Khamis, 16 Oktober 2008

Fhm ke Bhse Kte?

Kadang,

Pabila terima teks pesanan ringkas dari adik-adik. Berkerut-kerut dahiku hendak memahamkan bahasa sms mereka.

"Kak, kte rasa x mo g kls ari ni." Contohnya la. Ini senang saja. Aku nak tulis contoh lain, tak pandailah~

Bukan apa. Bahasa sms mereka terlalu ringkas. Terlalu pendek. Sehingga sukar otak aku mencerna maksud apa yang ingin disampaikan.

Aku kadang jadi benci dengan bahasa sms yang terlalu ringkas dan terlalu banyak huruf yang dibuang. Sebab, satu - aku sukar faham. Dua, aku benci kerosakan bahasa.

Memandangkan teks pesanan ringkas, ruang tulis terhad. Maka, aku faham mereka mahu guna perkataan yang lebih ringkas dari perkataan biasa. Tetapi, tidaklah sehingga aku tidak memahami mesej yang dihantar. Duh!

Belajar trengkas pun tak seperti bahasa sms moden ini. Ferrr..

Khamis, 9 Oktober 2008

Tak Pandai Fikir.

Nyaris. Aku mahu mengamuk di depan bilik pensyarah English aku yang dismiss kelas kerana ada pelajar yang buat presentation hari ini, tidak bersedia membuat presentation dengan baik.

Selalunya, kalau pensyarah dismiss kelas awal, aku suka saja. Tetapi apabila seorang pensyarah yang dismiss kelasnya kerana kecewa dengan pelajar, aku rasa sedih. Takut ilmu yang aku dapat tak berkat jika pensyarah marah pada pelajarnya. Apa, doa pensyarah pada pelajar pun makbul tau!

Sewaktu aku dan 3 orang kawan menunggu pensyarah aku yang dismiss kelas itu kembali ke biliknya, seorang pelajar lelaki sama kelas English dengan aku itu datang. Untuk berjumpa pensyarah itu juga.

Dia berkata lebih kurang seperti ini, "Mana tahu kalau buat presentation kena pakai smart-smart. Subjek lain tak kena pun?"

Aku katakan, ini skill kelas. Kelas yang ajar tentang kemahiran. Kemahiran untuk membuat presentation yang bagus. Bukankah penting dalam satu presentation, is your appearance?

Budak yang berusia 8-9 tahun lebih muda dari aku itu cuba berlagak pandai. Alasannya, jika diberitahu, mesti semua orang akan berpakaian kemas.

Sebabnya 100% pelajar lelaki cuma berkemeja-t dan berseluar jeans. Inilah yang mengecewakan pensyarah aku. Bukan tidak pernah diberitahu. Tak kanlah nak beritahu setiap kali nak buat presentation.

Aku katakan kepada dia, kenapa semua pelajar perempuan berpakaian kemas? Kenapa tidak pelajar lelaki? Dia senyap. Tetapi masih nak menegakkan benang yang basah. Masih cuba meletakkan kesalahan di bahu pensyarah. Alasan. Pensyarah tak beritahu.

Sedangkan, berkali-kali pensyarah itu sudah pesan di kelas. Berminggu-minggu sebelum hari ini. Untuk datang berjumpa dia. Dan dia akan beritahu apa yang dia harapkan dari pelajarnya dalam membuat presentation itu.

Geram betul aku masa tu. Bertubi-tubi dia kena syarah dengan aku pula. Sehingga adik-adik aku sabarkan. Aku siap speaking english lagi. Biar mereka tahu. Supaya tidak ambil enteng sesuatu perkara. Tidak ambil kesempatan atas kebaikan pensyarah. Dan tidak memandang ringan Bahasa Inggeris.

Esok nak kerja, interview semua dalam English. Baru interview. Belum lagi kau kena present depan top management ke, depan boss pasal kerja. Kalau ada top management tu orang asing, bukan ke kena speaking English? Grammar berterabur, pronounce pun tak betul, ada hati nak cakap orang lain tak betul~ Kalau dah tahu diri tu tak tahu, belajarlah. Kau ingat apa sebab aku masuk U dah tua-tua ni? Sebab nak naikkan taraf diri sendiri. Nak belajar. Nak kutip ilmu. Bukan setakat nak dapat degree semata-mata untuk naik tangga gaji. Ingat banyak sangat ke gaji go_men tu?

Inilah pelajar zaman sekarang ni. Yang aku lihat, majoriti pelajar lelaki. Selesa sangat. Semua nak diberitahu. Semua mahu disuap di mulut. Tak pandai fikir. Tak reti nak usaha. Tak mahu bertanya. Ego. Bodoh sombong!! Eii.. Menyampah!!

Rabu, 8 Oktober 2008

Oh Bahasa

Aku selalu sangat jumpa kesalahan penggunaan bahasa di signage, di papan notis, malah di label-label produk.

Ini aku ambil tadi, di fakulti. Oh memalukan!



Ini aku ambil di Kota Tinggi~ Prempuan aaa..



Ini ambil di Danga Bay. Rigister pun boleh.. Hurhur.



Ini pun di Danga Bay juga. Kuanter ke Kaunter? Duh!



Ada banyak juga yang aku jumpa, tapi tak sempat nak ambil gambar. Sebab sibuk gelak tak ingat nak ambil gambar. Aduh, rosak bahasa!!

Selasa, 7 Oktober 2008

Maaf

Kita tahu, memaafkan seseorang bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu pernah melakukan sesuatu yang amat melukakan hati, amat menyakitkan hati kita. Bagaimana kita boleh maafkan orang itu sebegitu saja? Sedang untuk memaafkan pun sukar, apatah lagi untuk melupakan?

Petikan naratif dari Grey's Anatomy :

Forgive and forget -that’s what they say. It’s good advice but it’s not very practical. When someone hurts us - we want to hurt them back. When someone wrongs us – we want to be right. Without forgiveness – old scores are never settled, old wounds never heal and the most we can hope for is that one day, we will be lucky enough, to forget.


Aku ini bukan seorang yang pemaaf. Dan aku bukanlah seseorang yang mudah melupakan. Apa yang pernah orang lakukan kepada aku. Mungkin aku boleh maafkan. Tapi sukar untuk aku lupakan.

Itu sebab aku terus off dengan seorang kawan baik sewaktu sekolah apabila dia khianati aku satu ketika dahulu. Sekarang apabila dia mahu berbaik dengan aku, aku rasa sangat sukar, kerana aku tidak dapat lupakan apa yang dia pernah lakukan kepada aku.

Itu salah satu keslah.

Satu kes lain, seorang kawan baik yang sudahpun berkahwin baru-baru ini mohon maaf dari aku. Kerana isterinya menyerang aku dengan sms dan panggilan yang amat-amat menyakitkan hati atas alasan aku kacau suami dia. Isterinya mendapati dalam bil telefon suami dia, terdapat nombor telefon aku dan panggilan kepada aku dalam masa 10 minit. 10 minit je cakap dah nak kata aku nak rampas suami dia. Plus, suami dia yang call aku. Tak ingin aku nak call suami dia oke!

Aku tidak reply sms dia. Aku ignore. Aku tak dapat maafkan dia lagi. Not yet.

Moralnya; jika kau pernah buat salah yang amat-amat teruk bagi aku, chances untuk kau berbaik dengan aku adalah 0.0001%. Huhu.

I know. I know. My bad~ Its not good. At all. :-(

So aku faham. Sangat faham. Apabila seseorang yang aku pernah lukakan tidak memaafkan aku. And its ok. I know its not easy.

Orang kata Syawal bulan mulia untuk memaafkan dan memohon maaf. Dan aku perlu memaafkan mereka yang melukakan hati aku. Sebelum aku mendapat kemaafan dari mereka yang aku lukakan.

I'm sorry~

Isnin, 6 Oktober 2008

KAMI. The Movie

Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada.



Dah lama aku tak tengok wayang. Hormat bulan Ramadhan (ewah!). Aku pilih untuk tengok filem Kami sebaik sahaja aku sampai di selatan. Senario The Movie? Tak apa. Next hari raya dah ada kat TV. Hahaha.

Kami.

Aku ikuti siri Kami The Series di 8TV tahun lepas. Lagu tema oleh Meet Uncle Husin menjadi salah satu tarikan aku menonton siri ini. Believe me, aku susah sangat nak ikut mana-mana siri TV. Tetapi KAMI, aku siap ulang tengok di youtube lagi. (Konon fanatik la pula). Tak adalah. Mana-mana aku miss, aku tengok di youtube daaa~ :-p

Kalau kau tak follow Kami The Series. Mungkin kau sukar untuk faham cerita ini, lantas kau pilih untuk tonton Senario The Movie. Hurhurhur.

Aku bukan pandai sangat buat review filem. Jadi aku tak mahu tulis panjang lebar. Sebab ulasan Fadz lebih bagus untuk filem ini.

Aku suka filem ini, kerana ianya selamba. Dekat dengan penonton. Ada cerita menarik. Bukan tentang cinta. Tetapi persahabatan. Cantik disusun. Watak Abu yang menyentuh atas kesetiaan kepada sahabat. Ali dan jiwa memberontaknya dengan wajah 'stone' tanpa perasaan itu sangat sukar aku teka emosinya. Lynn dan rahsia yang disembunyikan - TekaTeki dan drug dealer. Sofie yang emosi dan Adi yang ceria.

Kami, bagi aku lengkap. Satu filem untuk muda-mudi kita yang selalunya rebel. Mahu having fun semata-mata lupakan dunia luar yang menekan. Kadang kita lupa untuk menyelami perasaan muda-mudi, walaupun kita telah melalui zamannya.

Oh ye. Kami juga buat aku menangis~ Peh!! Emosi beb. Tergelak-gelak orang kat sebelah tengok aku menangis. Huhuhu.

Liyana Jasmay & Nas-T, well done! :-)

Kalau dah tengok siri Kami, jum tengok Kami The Movie. Sangat berbaloi~ :-)

Jumaat, 3 Oktober 2008

WishList Cik Amyz yang sangat Ferr..

Ishh. Sangat geram dengan W980i yang menggiurkan ini. Harga paling rendah, RM1370. Harga average, RM1750. Harga paling tinggi, RM1870.

I liiookkeee!!

Yang buat guwe jatuh chenta :

1. Walkman - mp3 player.
2. Very sleek design.
3. Slim
4. Of course, camera 3.2MP.
5. Built in FM.
6. 8GB built in memory!!

Ye. Ye. Guwe suka dengar music oke~





Kena kumpul duit nih!!

Khamis, 2 Oktober 2008

Raya Ini Biasa-Biasa

Tak ada yang lebih menggembirakan dari berkumpul dengan keluarga tersayang di pagi raya. Makan ramai-ramai. Bergurau-gurau. Dengan keletah anak-anak buah. Membuat aku rasa sangat bahagia.

Selain dari itu, aku hanya rasa biasa~

Raya yang biasa. :-)

Ahad, 28 September 2008

Cik Amyz Ada Misi

Terhapus sudah kerinduan terhadap lauk masakan tangan mak. Di rumah sungguh manja. Mak masakkan masakan kegemaran. Ayah ke pasar Ramadhan, beli kuih kegemaran. Oh, syurganya~

Alangkah indahnya, kalau di kolej pun begini juga. Hihi. Manjanya cik Amyz!

Tapi tak adalah sampaikan makan pun berhidang segala di depan mata. Semanja-manja (malas) cik Amyz tetap menolong di dapur, walaupun sekadar menumis rencah atau membasuh pinggan mangkuk.

Dan, walaupun boleh makan sebanyak mana yang cik Amyz mahu, cik Amyz tak boleh nak melanggar misi utama cik Amyz, iaitu berdiet.

Ye. Diet amat penting untuk cik Amyz pada masa ini untuk masa hadapan.

Makanya, di hari raya juga cik Amyz perlu mengawal keinginan makan-makan walaupun hidangan seperti lemang, ketupat dan rendang adalah sesuatu yang cik Amyz can't resist. Huhuhu.

Anyway, cik Amyz mengucapkan salam Aidifitri kepada semua. Harap maafkan segala tulisan-tulisan yang menyinggung perasaan dan emosi. Dan mendoakan agar anda semua berbahagia di Aidilfitri. :-)

Jumaat, 26 September 2008

Balik Kota

Orang balik kampung. Aku balik kota. KL. Phew~

Penat memandu dari selatan belum hilang lagi.

Raya hanya pada minggu depan. Tak perlu teruja lagi.

Selasa, 23 September 2008

Bersosial

Aku tak suka bersosial sangat. Aku mungkin ada ramai kawan, tetapi aku hanya punya 2-3 orang kawan rapat sahaja. Yang lainnya hanya kawan biasa, mungkin kawan sekelas, kawan sepejabat, kawan se-blog, dan sebagainyalah.

"Mengumpul kawan" bukannya termasuk dalam hobi aku. Aku suka ada kawan, mengenali kawan baru, cuma aku sangat memilih dengan siapa aku berkawan.

Lecture aku pernah bagitau, kita pilih dengan siapa kita bergaul untuk membentuk diri kita. Betul. Bergaul dengan orang baik, kita jadi baik. Bergaul dengan orang pandai, kita jadi pandai. Kan?

Jadi, sebab itulah aku hanya ada satu sahaja akaun network-friends di alam saiber ini. Facebook. Dulu, bukan aku tak ada MySpace atau Friendster. Ada. Akaun MySpace aku padam setelah aku kenal Friendster. Lagipun aku tengok MySpace macam disaster saja - baik interface atau penggunanya. Haha. Friendster lebih baik dari MySpace. Aku lama di Friendster. Sejak 2002. Kebanyakan kawan-kawan aku ada Friendster. Lebih senang di situ.

Cuma bila aku kenal Facebook. Aku suka interface Facebook. Aku senang dengan privacy yang Facebook provide. Walaupun banyak application yang aku rasa sedikit rimas - tapi kita boleh pilih sama ada kita mahu atau tidak kan? - Aku rasa Facebook lebih profesional. Bila akaun Facebook aku dah establish, aku delete Friendster (Gudbye Friendster, I know I always have fun with you - but I already have new friend-network. So, farewell dear..)

Dan aku tidak akan layan apa-apa network friends yang lain seperti Tagged, WAYN, Hi5 dan lain-lain. Serius, aku malas nak layan. Banyak kerja lain nak buat weh~ :-p

Khamis, 18 September 2008

Ini Juga Satu Kritikan.

Lelaki memang suka criticize apa saja tentang perempuan, atau apa yang perempuan lakukan.

"Awak masak ni masin." - Kritik masakan.

"Tu la, siapa suruh pakai kasut tinggi?" - Kritik ketidak-sempurnaan.

"Naiklah tangga tu banyak kali. Cepat sikit kurus." - Kritik bentuk badan.

Kadang-kadang, mereka just say it out loud, sampai terlupa tentang hati yang perlu dijaga. Terlupa bagaimana untuk berkata dengan baik. Terlupa bagaimana wanita perlu menerimanya.

Ye sayang. Nak kritk/tegur pun ada caranya juga. :-)

Wanita, jarang sekali nak kritik/tegur lelaki. Selalunya cuba terima apa jua sifat/keadaan lelaki itu seadanya. Sehingga lelaki lupa, dia juga tidak sempurna. Tetapi dia rasa sempurna, di mata wanitanya, dia tidak punya cacat-cela.

Tetapi itulah lelaki. Suka nak kritik. Ada saja yang tak puas hati. Ada saja yang tak kena di mata dia. Wife dah layan baik-baik kat rumah pun, boleh cari perempuan lain. Wife dah cantik-cantik pun, pandang juga perempuan lain juga.

Hmmm~

Lain kes pula. Tak kisahlah lelaki atau wanita. Kalau nak cari salah orang, nak cari keburukan orang, memang pandai. Tak nampak pula kain sendiri koyak rabak. Tak mahu cermin diri sendiri macam mana. Tahunya nak cari salah orang saja. Ada fikir tak?

Rabu, 17 September 2008

Wajah Baru

Ringkas dan comel.

Tagline baru untuk layout baru ini. Huarrr.. Berapa ratus kali entah aku tukar layout. Rasanya layout lepas baru saja tukar bulan June/May lepas. Ni dah tukar layout lain pula.

Tak apa. Template yang cun boleh didapati secara percuma di mana-mana. Cuma kena pandai google template yang cantik dan sesuai dengan jiwa-raga kita. Ewah!

Agak-agaklah berapa lama aku boleh kekal dengan template ini ye?

Isnin, 15 September 2008

Puasa Baru 15 Hari. Oke!

Kalau di tempat kerja, time-time macam ni, kemeriahan raya sangat terasa dengan jualan baju raya, kuih raya (Oh, aku teringin sangat nak makan kuih tart nenas, kuih bangkit, bahulu dan batang buruk! Eh, ini bukan cerita tentang kuih kegemaran oke!), lemang raya dan macam-macam lagi dari kubikel ke kubikel. Atau berkumpul di satu kubikel. Atau berjualan di dalam surau.

Masing-masing juga akan sibuk decorate pejabat dengan gantung ketupat-ketupat besar-bagak, pasang lampu lip-lap dan tampal kad raya di dinding pejabat. Kemudian gantung "Selamat Menyambut Aidilfitri" di pintu masuk pejabat. Ferrr..

Dan, di tempat masing-masing akan lawan pasang mp3 lagu raya. Ada seorang akan pasang mp3 alunan Al-Qur'an. Kemudian, secara automatik, lagu-lagu raya tadi terpadam. Harhar.

Tak kisahlah. Tapi poin utama di sini, di pejabat memang meriah dalam menyambut hari raya ni. Rasa seronok tengok masing-masing yang teruja bercerita tentang persiapan raya untuk anak-anaklah, buat kuih rayalah, nak balik kampung suami lah, isteri lah. Ye lah. Aku bujang lagi. Raya di KL pula tu. Manalah rasa excited macam orang ada kampung.

Namun pabila bertukar ke status student ni, yang mengujakan mereka ialah beli tiket bas cepat untuk balik beraya. Persiapan raya, shopping raya ke, tak masuk senarai. Student mana ada duit. Setakat beli baju raya, bolehlah kot. Aku drive kereta balik KL, jadi tak risau pasal tiket bas yang harganya naik sempena musim perayaan yang buat adik-adik aku di sini merungut-rungut tiket mahal. Kasihan. Nak tolong pun tak dapat, dik. Maaflah.

Kalau nak rasa kemeriahan raya di sini, pasang saja lagu raya. Macam sekarang ni, sambil update, sambil dengar suara Anuar Zain nyanyi lagu raya Bersabarlah Sayang (nyanyian asal Sanisah Huri). Sedap sungguh suara Anuar Zain ni. Kenapa Anuar Zain tak nyanyi semua lagu raya? Kan best?

Khamis, 11 September 2008

Things I've Missed.

Adik-adik di sini, semua dah rasa macam nak masak sendiri. Ada berkira-kira nak beli ricecooker lah, dapur kecil lah - Tapi tak boleh juga ada dapur ni. Sebab dalam bilik ada alat pengesan asap. Ye la. Buatnya sedang enak memasak sambal sardin kan, tiba-tiba berbunyi pula alarm. Payah nak menjawab dengan penyelia asrama yang kerek tu nanti.

Semuanya rindu pada masakan mak. Bila beli makanan, di waktu berbuka puasa. Keluarlah cerita tentang apa yang mak masak.

"Mak kite kan, Kak Amy.. Suka sangat masak macam ni.. Bla.. bla.. bla.."

"Kalau mak kite yang masak ni.. Lagi best.."

Yada.. Yada..

Boleh tak nak menangis sekarang sebab rindu sangat dengan masakan mak?

Sebab, sebanyak lautan lauk-pauk, kuih-muih, murtabak, roti john, air berwarna-warni dan macam-macam jenis makanan di pasar Ramadhan depan Fakulti Alam Bina Badan atau Kangkar Pulai atau di Kampung Baru Majidee.

Mana sama dengan lauk yang mak masak. Kan?

Tapi, hari pertama puasa, selepas waktu berbuka. Empangan air mata terpecah jua walau ditahan dikawal sebaik manapun. Ferr.. Malunya! What a confession!

Huhuhu.

Jumaat, 5 September 2008

My Adorable Kids



Muhammad Hariz Afiq dah berusia 4 bulan. Dan pandai tunjuk gusi dan pandai nak bercerita bila orang bercakap dengan dia.



Tiba-tiba, anak buah aku yang seorang ni dah jadi model pula~ Ish Ish Ish.
*Utusan Malaysia, Khamis, 4 Sept*



And the one I miss the most, Atiya Haziah. :-) Mama rindulah!!

Rabu, 3 September 2008

Jom Gelak

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, aku cuba untuk jadi orang yang baik. Hehe. Salah satu cara untuk menjadi orang yang baik, adalah dengan menghiburkan kawan-kawan.

Tengok video ini dan cubalah tahan gelak selama empat minit. Sekiranya anda berjaya menahan ketawa, anda adalah orang yang lebih serius dari Batman.



Dicuri dari Oh! Bulan.

Ahad, 31 Ogos 2008

Entri Sedih Konon

Di sini, cuti sampai hari Selasa, beb. Adik-adik satu kolej/course semua pakat-pakat balik kampung. Tinggal lah aku seorang di kolej. Room-mate pun balik kampung juga. Tak best betul.

Esok pagi-pagi nak sahur pun seorang juga. Lagi tak best~ Seumur hidup sahur dengan famili. Esok, untuk kali pertamanya. Tanpa famili. Seorang. Ferrr.. Tak tahulah esok pagi-pagi subuh tu aku menangis-nangis ke tak. (Err.. Dan tak tahulah aku dapat terjaga ke tak pagi-pagi tu.) Barulah aku rasa perasaan seorang perantauan yang jauh dari famili. Huhuhu.

Hari ni anniversary Mak & Ayah. Tak dapat nak celebrate dengan mak, ayah & famili. Sedih kuasa dua. Hukhuk.

Jumaat, 29 Ogos 2008

Tangan Yang Ada Magis

Tiba-tiba.

Padam. Gelap. Ada perempuan yang menjerit di bilik sebelah-sebelah.

Benci betul time buat assignment ni pula tiba-tiba black-out.

Ada satu bilik kecil dekat dengan tangga, tempatkan suis-suis kuasa untuk tingkat itu. Suis utama ter-off, mungkin kerana ada pelajar yang overuse elektrik. Entahlah. Selalu jadi macam ni. Boring betul asyik aku saja yang nak kena on kan balik power tu.

Tadaaa.. Ada elektrik balik.

Seorang dua perempuan-perempuan menjenguk dari bilik. Sengih-sengih. Ini mesti dia yang overuse elektrik ni. Sengih serba salah la tu.

OK. Boleh sambung buat assignment balik.

~~~~~

Ada satu mesin basuh RM2/- di tingkat bawah selalu tidak menerima syiling pelajar untuk menggunakannya. Ia tolak syiling keluar semula.

Rosaklah mesin basuh ni, Kak. Adu seorang pelajar. Dia letak sebakul kain di mesin basuh sebelah yang masih membasuh baju pelajar yang awal datang. Lepas itu dia berlalu.

Aku. Terkemudian datang dari dia. Menjenguk mesin basuh yang dikatakan rosak tadi. Cuba masukkan syiling. Mesin itu tidak terima syiling aku. Aku letak bakul di lantai. Off-kan suis power mesin itu. On-kan semula.

Masukkan syiling.

Tadaaaa... Syiling aku diterima.

On-kan mesin basuh. Air mengalir masuk ke tab. Masukkan cecair pencuci. Biar sekejap sehingga suku tab dipenuhi air. Masukkan baju, sehelai demi sehelai. Tutup lid mesin basuh. Naik bilik. Tunggu 45 minit. Mudahnya hidup.

Selasa, 26 Ogos 2008

Aprisiasi

Kadang, kita rasa apa yang kita berikan sangat mudah. Dan tidak boleh berapa dibanggakan sangat apa yang kita berikan pada orang lain. Kita rasa biasa-biasa saja.

Tau saja favorite aku coklat!

Tapi sekecil mana pun budi kita pada orang, kita rasa honor dan terharu, bila dihargai. :-)

Dalam coklat ada cermin. Tau saja aku kuat bersolek! Haha.

Terima kasih cik Nett. Walaupun kecil, ianya cukup besar maknanya bagiku. :-) Terima kasih sangat-sangat. Ihiks! I tolong u sikit je~

Budi yang baik, dibawa sehingga ke mati.

Dan seperti itulah aku sentiasa menghargai segala perhatian dan kasih sayang dari si_doktor_hati yang tak pernah jemu melayan segala kerenahku.

Isnin, 25 Ogos 2008

Oh.. Pashmina.



Merujuk kepada entri ini, selendang yang dipakai di bahu itu dinamakan Pashmina.

Kalau original Pashmina, ianya diperbuat dari fabrik cashmere. Ferrrr.. Hangat badan bila dibaluti Pashmina cashmere. No wonder la budak-budak ni pakai bila tengok wayang atau pergi kompleks beli-belah. Haha.

No worries. Jika Pashmina cashmere mahal untuk dimiliki. Pashmina murah-murah boleh di dapati dari Indonesia. Di Bandung banyak jual Pashmina. Bukan dari fabrik cashmere la tapi~ Fabrik campur. Aku tak ingat apa. Lembut juga jenis kainnya. Ferr...



Ada rupanya Pashmina di rumah gue. Baru tau bila tengok-tengok dalam almari. Hurhur. Kalau pergi Istana Budaya, tengok teater, bolehlah pakai Pashmina. Ihiks! ;-)

Selasa, 19 Ogos 2008

Gi Terengganu nih!



Ada di Terengganu sempena Cuti Sekolah, Cuti-Cuti Malaysia, Tahun Melawat Terengganu 2008 dan Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa.

Tak. Sebenarnya, ayah out-station di sini. Buat broadcast program Majlis Tilawah Al-Quran. Ambil kesempatan melancong di Terengganu buat lawatan sambil belajar.

Betul. Aku pergi buat lawatan tadi. Musium Terengganu. Taman Tamadun Islam. Masjid Kristal. Lawatan sambil belajar la tu. Aku kan student~ Ihiks!

Okayy.. Lepas lawatan kan. Kan. Biasanya, cikgu akan bawa kita pergi shopping kan? Kan? Hikhik.

Yeay! Esok pergi Pasar Payang pula~

Isnin, 18 Ogos 2008

Tentang Kerja.

Bilik di rumah agak bersepah sementelah rumah ini direnovasi beberapa minggu yang sudah. Jadi, aku yang tidak betah bilik bersepah pun mulai berkemas. Sudah jadi satu kemestian seorang aku ini, pasti membelek-belek sebelum menyusun kembali.

Aku jumpa fail-fail yang mengandungi kertas-kertas bercetak email-email kerja, senarai tugas harian dan beberapa dokumen tentang kerja aku, sewaktu aku bekerja di KP_KT.

Jujur aku akui, aku sangat sukakan kerja-kerja di KP_KT yang sangat sesuai dengan jiwa aku. Database sistem dan teknikal. 3 tahun di situ, aku tercampak di dua unit. Unit sistem dan unit teknikal. Nasib baik, aku sukakan kedua-dua tugas di situ.

Database sistem, walaupun disiapkan oleh vendor, namun menyelenggarakan sistem itu selalu menjadi kesukaan aku. Cabaran datang dari pengguna sistem selalu buat aku bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah mereka menjadikan aku selalu gembira apabila aku dapat menyelesaikannya.

Bahagian teknikal pula, menyelenggara komputer, rangkaian dan server selalu mencabar keupayaan aku. Email-email dari pegawai yang aku print, dan aku baca tadi, menjadikan aku rindu pada suasana kerja yang sentiasa ada, tidak statik, masalah berubah-ubah dan kepercayaan pegawai memilih aku menjalankan tugas. Aku sangat excited melakukan tugas hingga selesai. Barulah aku rasa sangat puas.

Seronok sangat bila dapat buat kerja-kerja macam tu. Tak adalah statik depan komputer semata-mata.

Tapi itulah. Ada sebab kukuh kenapa aku pindah dari situ ke NR_E Putrajaya. Hmm. Tak mengapalah. Kerana jalan mana pun yang aku pilih, aku pasti dengan kebaikan, kebahagiaan dan rahmat yang menanti. Insya Allah. :-)

Sabtu, 16 Ogos 2008

Lelaki vs Perempuan

Sebagai seorang yang super-senior (bukan senior citizen ye!) di kalangan adik-adik di sini, aku sering ditanya pendapat oleh adik-adik tentang apa jua permasalahan dan konflik yang mereka lalui.

Kalau adik-adik lelaki, mereka akan tanya;

"Kak, saya ingat nanti la kan, nak ambil majoring network lah."
"Bagus tu. Boleh buat duit tu.."

atau;

"Kak, kalau macam mana nak apply kerja government?"
"Kena apply via SPA. Online sekarang. Senang."

ataupun;

"Kak, kerja apa yang sesuai untuk saya ye?"
"Awak buat kerja yang awak suka."

Akan tetapi, adik-adik perempuan pula rajin bertanya isu-isu begini;

"Kak, macam mana nak buat kalau ada dua lelaki suka kat kita pada masa yang sama?"
"Awak pilihlah mana yang awak suka. Yang awak rasa bahagia."

atau;

"Kak, lelaki ni kan, memang suka ada perempuan lain ye?"
"Tu lelaki hampass!"

Quote selitan : Woman need a reason to cheat. Men just need a woman. Hurhur..

ataupun;

"Akak, akak dah fikir nama anak tak?"
"Haiyoohhh..!"

Hihihi.

Tapi bukan salah mana-mana pihak pun. Sebab lelaki akan gadaikan cinta untuk dunia, sebaliknya wanita gadaikan dunia untuk cinta.

Kalian. Jangan salah tafsir. Jangan salah sangka. Jangan terasa. Its just a differentiate between men and women. Peace!

Jumaat, 15 Ogos 2008

Lagu Hari Ini

Balik kampung..
OoOo Balik kampung..
OoOo Balik kampung...
Hati giranggggg..

Balik kampung..
OoOo Balik kampung..
OoOo Balik kampung...
Hati girang.

Lalalalala...

PS: Bila jadi student, saat yang paling best ialah balik kampung. *grin*

Selasa, 12 Ogos 2008

Tandanya



Ini bukan cincin tunang~
Cuma aku sudah menjadi kepunyaan orang~


Duh, tak cantiknya tangan ku~

Jumaat, 8 Ogos 2008

Berusahalah!

Walaupun pening-pening dengan assignment. Terutamanya assignment yang ada programming, tetapi cik Amyz tetap happy.

Sekian, terima kasih.

Ahad, 3 Ogos 2008

Semester Ini, Penat Sedikit dari Semester Lepas

Sedar tidak sedar, Ogos sudah tiba. Dah sebulan kelas bermula. CPU masih hangat menerima input pensyarah. Membawa 17 jam kredit sepanjang semester ini, dan beberapa perkara lain, aku sudah rasa sedikit lelah dan terkejar-kejar.

Tiap hari Selasa, Rabu dan Khamis, kelas dari pagi sehingga petang, menjangkau ke malam. Namun aku enjoy dan seronok belajar. Nasib baik juga dapat pensyarah yang sporting. Tak garang dan selalu memberi ekstra penjelasan pabila pelajar kurang faham. Kelas yang paling aku enjoy, kelas english. Tapi minggu depan ada individual presentation pula. Nervous-nyaa.. Huhu. Tajuk pun tak fikir lagi. Duh!

Semester ni, rasa lebih seronok sebab dah rapat dengan adik-adik satu kelas. Bila dah rapat, mesra, bergurau sama-sama. Makan sama-sama. Aku rasa kembali muda belia. Ewah!! Walaupun adik-adik usianya lebih muda. Sebaya dengan adik aku yang second last tu, tapi rasa macam kawan-kawan sebaya. Diorang pun boleh terima joke aku. Aku pun boleh gurau-gurau dengan diorang. Happy aku! At least, kami belajar sama-sama, enjoy pun sama-sama.

Alhamdulillah. Tiada luahan yang lebih baik dari mengucapkan syukur atas hikmah, rahmat, hidayah dan rezeki dari Nya. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Insya Allah.

Dan. Semester ini, walaupun lebih penat dari semester lepas, tapi ia lebih seronok dan mengujakan. Semoga aku dapat bertahan dengan setiap tekanan. :-)

Rabu, 30 Julai 2008

Akak Ada Blog Eh?



Aku bergaya baju BLOGGER ke kafe baru-baru ini. Saja. Mahu menunjuk-nunjuk. Maklumlah. Blogger kan glemer sekarang ni?

Kemudian, aku ditegur.

"Baju apa ni? Blogger?"

"Yeap!"

"Mana beli?"

"Orang yang ada blog je boleh beli. Haha."

"Akak ada blog eh? Apa url?"

"Rahsia."

"Nama pun blog, nak rahsia pebenda?"

Haha. Lalalala.. Seganlah nak bagi budak-budak tu baca. Buat malu je nanti. I kan pemalu orangnya. :-p

Kalau pandai guna google. Mesti jumpa. Kan? ;-)

Selasa, 29 Julai 2008

Besarnya Batu

Sekarang ini, fesyen tudung adalah dengan deretan batu-batu berkilau-kilau di tepinya. Silau mata mak memandang. Ferrr...

Aku ini orang sederhana. Batu kecil-kecil bertabur di tudung sudah cukup bagi aku. Jadi bila aku nampak deretan batu besar-besar di tepi tudung. Fikiran aku dah terbayang. Iiee.. Beratnya kepala aku dek batu-batu ni kalau aku pakai tudung fesyen ni.

Dan harganya juga boleh membuat mata kecil aku ini terbeliak. Mencecah RM200++, nyahh!!

Beli processor ke, hard-disk ke, RAM ke.. Lagi bagus!! Kata encik Superhero.

Haha.

Ahad, 27 Julai 2008

Cantik 101

Ada orang kata,

Kejelitaan adalah hak milik setiap insan.

Aku kata,

Semua orang cantik. Cuma rajin dan tidak saja.

Maksudnya, kalau dia nak nampak dia cantik. Dia akan usaha untuk jadi cantik. Bukan duduk di satu sudut dan meratapi nasib, "Uwaaa.. aku tak cantik.. Tak siapa nak kat aku.. Uwaaa.."

Tuhan tak beri rezeki dari langit jika kita tidak berusaha bekerja kan? Diri kita, tanggungjawab kita. :-)

Untuk jadi cantik tak semestinya make up tebal seinci atau gincu bibir merah menyala. Itu semua sampingan. Itu semua watak tambahan. Macam perisa dalam masakan. Ada perisa, tambah sedap. Tak ada pun, tak apa. Bagi aku.

Menjaga spiritual/rohani, makanan dan pemikiran. Bersihkan hati dari dengki, amarah dan iri-hati. Jadi orang yang pemaaf, pemurah, suka/mudah tersenyum dan positif. Makan makanan yang bersih, halal dan tidak menjejaskan kesihatan.

Insya Allah. Dari dalam yang bersih akan lahirkan kecantikan semulajadi. Tanpa make up seinci pun, kau dah nampak cantik. Kemudian, barulah berhias untuk tampak lebih cantik dan berseri.

Jumaat, 25 Julai 2008

Personaliti Dan Haiwan

Aku dapat email dari kawan. Tentang personaliti dan haiwan berdasarkan tarikh lahir kita.

Bagi aku yang lahir antara Februari 01-05, dikatakan mempunyai personaliti berdasarkan haiwan kucing.

Deskripsinya;
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Fast Fact About Me, based on description above. (Jika kamu malas baca ayat yang panjang-panjang tu..)
1. Aku seorang yang penyayang.
2. Aku suka belajar perkara baru dan bersungguh-sungguh.
3. Aku cepat mengamuk a.k.a emo (Blame the estrogen) Naa.. Actually I have to learn how to control it!
4. I'm cool, dude.
6. Aku bijak bergaya. Of course. Of course. Haha.
7. Aku bijak bersosial. Haha. Funny. Actually, I'm not very good at it.
8. Damn right. Aku sangat memilih kawan.

Yang berkongsi personaliti seperti aku adalah orang yang lahir antara Mac 24-31, Jun 25-30, Julai 27-31, September 15-27 dan November 17-30.

Aku rasa macam malas nak paste semua personaliti berdasarkan haiwan. Banyak. Tak larat kamu nak skrol ke bawah untuk membaca semuanya.

Khamis, 24 Julai 2008

Good Hair Day

"Cantiknya rambut akak. Rebonding eh?"

"Ha ah.. Hikhik."

"Nampak lebih muda.."

"Ye ke?"

"Macam umur 21 tahun..!!"

"Tengahari ni free?"

"Kenapa?"

"Jom. Akak belanja.."

Hikhikhik.

Selasa, 22 Julai 2008

Hari ini Dalam Sejarah

Hari ini dalam sejarah~

Sebaik-baik aku ini yang selalunya menurut peraturan universiti ini. Contohnya : Tampal stiker U. Tampal stiker kolej. Bayar duit barang elektrik (Ramai tak bayar tau..). Balik sebelum pukul 12. Letak kereta di tempat parkir pelajar. Pakai kad matrik. Pakai kemas pada "Smart Day". Hantar borang add/delete subjek pada waktu ditetapkan. Etc. Etc.

Pendek kata. Seboleh-bolehnya aku elak dari kena denda lewat, denda itu, denda ini yang dikenakan kepada pelajar. Macam-macam rules. But, aren't rules mean to be break? Haha.

As pelajar yang mengikut peraturan. Aku terpaksa akui aku imperfect. Kecuaian yang sedikit mengundang keburukan.

Tadi. Ada road-block.

"Adik, mana boleh lalu sini. Bak kad matrik"

Dan sehelai surat saman atas kesalahan lalulintas mencacatkan rekod bersihku. Huhu.

Jumaat, 18 Julai 2008

Dan Hilang

Hilang percaya. Pada berita. Pada suratkhabar. Pada television. Pada radio. Pada semua media-media. Pada internet.

Dan lebih menyedihkan, sudah hilang percaya pada mereka yang memimpin, kononnya menjaga kebajikan rakyat, tetapi lebih kepada menjaga kebajikan diri mereka sendiri.

Semua palsu.

Penuh tipu-daya.

Penuh muslihat.

Demi kuasa dan kepentingan diri sendiri. Tanpa memikirkan rakyat yang menderita dan menangung akibat atas setiap kesalahan pemimpin yang makin songsang.

Akal kamu dan aku yang waras saja yang tahu mana yang betul dan mana yang salah.

Tuhan selalunya memakbulkan doa orang-orang yang teraniaya. Mudah-mudahan suatu hari nanti Tuhan kan tunjukkan kebenarannya. Dan moga-moga negara tempat aku dilahirkan ini aman dari sebarang bencana.

Amin~

*sigh* T_T

Rabu, 16 Julai 2008

Tentang Aku

Kalau kamu tanya (dengan cara yang baik), baru aku jawab (dengan baik juga). Kalau tidak, aku tidak pernah suka-suki beritahu hal peribadi dan peribodi aku pada sesiapa.

Kalau nak tahu, tanya aku sendiri. Jangan tanya kawan kepada kawan kepada kawan aku tentang aku. Dan sebarkan kepada kawan kepada kawan kepada kawan kamu, tentang aku. Dan kawan-kawan kamu akan telefon dan tanya aku, "Betul ke?"

Aku rimas!!!

Sebab aku paling benci orang percaya rumor atau cerita orang lain. YM atau sms atau telefon, berkata "Aku dengar kau dah kahwin." Atau, "Kau dah bertunang?" Dari siapa kau dengar, aku mahu tahu dan ketuk kepala mereka dengan senduk kayu.

Dan sebab lainnya; aku boleh tahu. Kamu-kamu semua ada mengumpat aku. :-p Bwekk!!

Isnin, 14 Julai 2008

Koleksi Peribadi?

Semalam, di Astero.

Az_nil : Macam mana gambar boleh tersebar? Katanya koleksi peribadi.

Artis : Ya. Betul. Koleksi peribadi. Saya letak gambar-gambar itu di MukaBuku. Jadi saya tidak tahu, bagaimana gambar-gambar itu boleh tersebar~

Deng!!! What the ****??

Khamis, 10 Julai 2008

Panggil Je, Kak Amy

"Salam.. Ni kelas *nama_subjek* kan?"

"Ha ah."

"Saya E. Awak?"

"Hmm.. Panggil je Kak Amy."

"Kakak ke? Bukan baya-baya?"

"Kakak~ Betul. Umur awak berapa?"

"22"

"Ha.. Akak 28. Hihi. Akak dah kerja, tengah cuti sambung belajar."

"Ohh. Bagusnya. Rajin betul nak study lepas kerja ye? Err.. Dah kawen?"



Alamekkkk...~~

Selasa, 8 Julai 2008

Sepi Itu Indah

Baca entri ini dengan iringan instrumental Sepi ini tau..

Sepi Instrumental


Semalam ada room-mate. Hari ini sudah tiada. Room-mate sudah pergi ke KTR dan menetap di sana. Mungkin tidak betah tinggal di K9. Atau tidak betah ber'room-mate' dengan seorang "kakak" tapi perangai macam budak-budak ini. Agaknya lah. Hurhur.

Di bilik ini. Ada katil dua. Almari dua. Meja tulis dua. Yang satu cuma aku. Seorang. Kadang bosan. Kadang sepi. Kadang indah.

Tak apa. Next semester, aku pastikan dapat seorang room-mate yang best! ;-)


Dan lagi. Aku sepatutnya ada kelas pagi ini tetapi sudah terponteng sebab lewat sedar tidur. Deng!! Macam mana mahu dapat dean list macam ni? Double deng!!

Ahad, 6 Julai 2008

Pagi Yang Cerah


Come and rest your bones with me
Driving slow on Sunday morning
And I never want to leave


Dah sampai dah di Universiti yang berupa bulatan. Dah pergi kolej sembilan. Dah register bilik dan dapat kunci. Dah dapat bilik. Tingkat 2. Yeay!

Dah bayar untuk barang-barang elektrik yang digunakan sepanjang semester dengan sekali pembayaran yang begitu mahal untuk student.

Dah unpack baju. Belum unpack barang dalam kotak. Belum sapu habuk dalam bilik. Tengah fikir nak beli tikar getah atau tidak untuk bilik ini. Nak mop pun macam malas lagi.

Penatnya~ Penat drive seorang belum hilang. Penat mengemas lagi bertambah-tambah. Esok dah start kelas ke? Huhuhu.

Selamat belajar dan memulakan semester baru cik Amyz!!

Eh. Eh. Ada Jom Kepoh di Danga Bay. Ada Anuar Zain tuuu... Ngehehehe. ;-) *Tumbuh tanduk*

Selasa, 1 Julai 2008

Main Campak-Campak



"Wah. Sedapnya spaghetti cik Nida.."

"Ala.. bukan susah sangat buat spaghetti. Campak-campak je.."

Lalu kami pun makan-makan sampai bertambah dua-tiga kali.

"Eh. Lupa ambil gambarlah.."

Deng!! Lupa ambil gambar sebab masing-masing sedang lapar. Jadi, yang kelihatan hanyalah pinggan-pinggan kosong dan kuah spaghetti di dalam mangkuk yang hampir habis.

Terima kasih atas t-shirt blogger dan spaghetti yang sedap. Mwahs!!

Isnin, 30 Jun 2008

Ahad Terakhir di Kuala Lumpur

Ewah! Macam nak pergi jauh sangat. Tajuk melankolik saja. Hurhur.

Semalam keluar bersama Div4s. Tengok Sepi. The movie was good. At least, aku tak menangis-nangis macam tengok Cinta. Haha. Cuma sakit hati dengan gangguan dari pasangan sebelah yang terbisik-bisik tentang filem tu.

"Haa.. lepas ni kan.. bla.. bla.. bla.."

"Pakwe dia tu mati.."

"Isk. Isk." dengan kerusi bergegar-gegar sikit. {I DONT have any idea, what the hell they're doing! Damn it!}

Duh! Wa datang tengok Sepi, bukan nak dengar lu cerita balik pasal filem tu. Dia orang ni tak tahu jaga manner dalam cinema lah. Kalau nak terkangkang, terpeluk-peluk, lu beli dvd/vcd. Tengok kat rumahlah! Such an ideeeeooott!!

*Emo.Emo*

Sementara menunggu tayangan Sepi, bersiar-siarlah kami di sekitar Pavillion. Tak ada apa menarik hati gue~ Hati gue sudah tidak tertarik lagi kepada perkataan "shopping". Kasut pun tidak lagi membuat gue meronta-ronta untuk mencuba.

And then, sebelum masuk hall. Sesudah membeli pop-corn dan minuman-ringan. Aku ternampak ini:



Waaaa...!! Siapa yang dengki sangat dengan Patrick Dempsey, my Mr McDreamy niii.....!!!

Jahat sungguh orang itu!

Sabtu, 28 Jun 2008

Saya Rindu Pada Kenangan Lalu.











GengKerdil ke Selatan 25 -28 April 2002.

Bersama Kak Nett, Rudy, Mie, Pikor, Fajar, Ijat dan Effa

Waktu itu masih kurus dan kebudak-budakan. Hahaha.

Lalu, ku kutip sisa kenangan itu sewaktu di selatan. Bersama SuperHero, aku jejak kembali Tanjung Balau, Kota Tinggi dan Kota Johor Lama.

Kota Johor Lama I

Kota Johor Lama II


Lupa ambil gambar di Tanjung Balau. Tapi ada gambar di sekitar Kota Tinggi. Seronok rasa dapat jejak balik kenangan lalu seperti de-javu.

Segala kenangan masih abadi dalam ingatan. Ewahhh!!

Opps. Tidak lupa pada seorang lagi peserta tambahan yang kami tumpang rumahnya waktu itu



TokRimau. Beliau sungguh hensem waktu itu. Haha.

Khamis, 26 Jun 2008

Orang Berbudi, Kita Berbahasa

Sejak dari kecil, aku memang dibiasakan oleh mak dan ayah dengan pepatah Melayu ini. Orang berbudi, kita berbahasa.

Sejak dari kecil, mak selalu amalkan hantar kuih-muih atau lauk-pauk untuk jiran-jiran, (jika ada lebih dan lebih-lebih lagi waktu hari raya atau apa-apalah), tanpa kisah jiran balas atau tidak. Namun bila jiran hantar lauk atau kuih, ada atau tidak, mak adakan juga untuk membalas pemberian itu.

Begitulah yang mak dan ayah ajar pada aku. Orang berbudi, kita berbahasa.

Sekarang ini pula. Laim macam sikitlah kesnya.

Apabila kawan-kawan hantar gift, hatching egg, growing flower, garfield, perfume, stikers dan macam-macam lagi di Facebook. Aku rasa serba-salah kalau tidak membalas balik pemberian kawan-kawan.

Boleh pula rasa macam tu eh?

Akan tetapi kalau aku hantar apa-apa di Facebook. Sungguh. Aku tidak kisah kamu hantar balik atau tidak. Aku tidak bersikap sinikal di sini. Sungguh. Aku tidak kisah.

It just pepatah lama yang aku amalkan semenjak kecil. Orang berbudi, kita berbahasa.

Hahaha.

Rabu, 25 Jun 2008

Nak Berfesyen Pun..

Wah. Cik Amyz dah nak start membebel ni~

Semalam aku pergi pejabat pos nak bayar bil. Dalam akaun bank dah berapa ada duit, tak dapat nak buat MebengTuYu. Pejabat pos kat Tesko AmPunk tu punyalah ramai orang nak claim rebate. Aku malas nak claim lagi. Tunggu nak masuk sekolah esoklah. Boleh guna duit tu bayar yuran. Tak pun simpan nak buat kahwin. Ngeh he he.

OK. Bukan itu yang aku mahu ceritakan di sini. Tajuk pun pasal fashion disaster kan. Soo.. Cik Amyz yang prihatin tentang cara perempuan berfesyen ke shopping complex ni pun perhatilah orang datang dan pergi dari pejabat pos itu.

Adalah seorang perempuan ni datang dengan ayah (wa rasa ayahlah, tak kan sugar daddy kot?), nak claim rebate kat pejabat pos. Ok. Dia pakai tee dengan jeans. Pakai tudung. Sandal tinggi seinci. Yang tak tahan tu, pakai selendang tutup bahu pula. What the heck, cik adik? Malaysia dah turun salji ke?

Sejuk bebenar ke Tesko AmPunk tu? Kat luar matahari memancar-mancar indah. Tak ada tanda-tanda nak hujan pula. Aduuhh!! Mak tengok dressing minah tu, mak rasa nak hantuk kepala kat dinding.

Mak bukannya apa. Kalau nak dressing, mak tak kisah, nyah~ Tapi ikut tempat. Apa kejadahnya pergi pasar besar Tesko tu pakai jean & tee plus selendang kat bahu? Selendang ada bebola berderat di tepinya pula tu.

Malaysia nak turun salji ke? Badan gebu-gebu pun tak tahan suhu air-conditioner Tesko ke? Alahai.. Kalau boleh, mak nak pergi Tesko pakai short pants saja. Tapi tak boleh. Nanti kena cubit. Hihi.

Lagipun pergi Tesko sekadar nak claim rebate kat pejabat pos. Mungkin lepas claim rebate tu, dia pergi membeli barang-barang di Tesko. Cik adik berselendang-selendang bagai setakat nak shopping barang-barang rumah saja? Tesko pula tu. Apa barang?

Kes berselendang di bahu ni, ada sekali mak jumpa kat Alamdanda. Tengah makan-makan plus shopping. Biasalah, orang gomen Putrajaya. Mak nampak minah pakai baju kurung, bertudung, kasut tinggi, pakai selendang kat bahu. Ni fesyen apa ni? Fesyen Datin R*osmah ke? IIiee.. Tak kuasa mak! Tapi mak fikir positif. Mungkin ada majlis rasmi di pejabatnya pagi tadi, yang melibatkan isteri menteri-menteri. Jumpa isteri menteri kan. Mestila dressing like one. Duh!!

Ada juga mak jumpa berselendang di bahu. Tapi tak pakai tudung. Di Midvalley. Dalam hati mak asyik tertanya-tanya. Bila Malaysia turun salji?

Ke mak ni tak ikut perkembangan fesyen semasa? Fesyen semasa sekarang ni stail pakai selendang di bahu ke? Mak rasa datin-datin atau isteri menteri-menteri saja dressing macam tu. IIIiieee.. Tak sesuai tau!!

Serius dik, mak tak kisah kau nak berfesyen. Tapi dik, nasihat mak, satu: tengoklah tempat/masa nak berfesyen. Dua: fesyen dan dressing sesuai dengan usia.

Hii.. budak-budak zaman sekarang ni. Buat fesyen disaster saja!

Selasa, 24 Jun 2008

Grey's Anatomy Season 4

Grey's Anatomy Season 4

Damn it!

Aku dah nak masuk sekolah balik baru Grey's Anatomy S4 nak start. Kat kolej nak tengok TV? Huhu. Simpan saja hasrat murni itu.

Malam tadi baru episod 1 Grey's Anatomy musim ke-4. Di mana Meredith Grey, Christina Yang, Izzie Steven dan Alex Karev mula bertugas sebagai doktor residen, selepas 17 hari bercuti. Masing-masing menerima 4 doktor pelatih. George O'Malley, disebabkan musim lepas dia gagal ujian, dia terpaksa mengulang praktikal, bersama-sama doktor-doktor pelatih yang baru. Di mana salah seorang doktor pelatih baru itu, adalah Lexie Grey. Adik tiri Meredith Grey. Pheww..

Preston Burke telah meletakkan jawatan tanpa memberitahu Christina. Bila Derek bagitahu Christina tentang Burke, barulah Christina betul-betul rasa kehilangan. Meredith Grey pula nak break-up dengan Dr. Derek Shepard. Dr Addison pun dah bertukar ke tempat lain.

Peh.. Makin mendebarkan pula siri ni. Haha.

Grey's Anatomy antara tv-siri yang aku minat sebabnya;

1. Bidang kedoktoran adalah bidang yang paling mencabar. Lebih spesifik, doktor pakar bedah pula tu. Peh! Mencabar fizikal dan mental.

2. Aku tertarik mahu tahu bagaimana doktor menyelesaikan masalah pesakit dalam pada yang sama mahu deal dengan masalah personal.

3. Konflik cinta. Konflik dengan diri sendiri. Konflik dengan kawan. Konflik antara boss dan anak buah. Semua digarap rapi.

4. Persahabatan. Cinta. Kesetiaan. Hormat.

5. Quote dari Grey's Anatomy sangat menusuk hati, tepat ke jantung. Woooaa.

6. Dr Addison (Kate Walsh) sangat sexy, plus rambut merah dia lagi. Pehh!!

7. Boleh buat aku rasa nak emo-emo. Hikhik.

Damn it!

Sekolah dah nak bermula. Grey's Anatomy musim ke-4 baru episod satu semalam. Huhuhu. Terpaksalah aku download. ;-) Hikhik.

Isnin, 23 Jun 2008

Skeptic

Aku tidak suka dengan orang yang terlalu skeptic dengan mengeluarkan penyataan-penyataan seperti ini:

"Perempuan memang macam tu.."

"Lelaki memang macam tu.."

"Dia memang begitu.."

Hurm.. Dunia ini memang macam-macam~

Jumaat, 20 Jun 2008

Moon River

Breakfast At Tiffany's


Moon River - Audrey Hepburn


Moon River,
wider than a mile,
I'm crossing you in style some day.
Oh, dream maker, you heart breaker,
wherever you're going I'm going your way.
Two drifters off to see the world.
There's such a lot of world to see.
We're after the same rainbow's end~~
waiting 'round the bend,
my huckleberry friend,
Moon River and me.

//Currently addicted to the song. And Audrey Hepburn sangat comel oke.. :-)

Khamis, 19 Jun 2008

Kerja Orang Yang Bercuti II

Shopping.. Baju..

Shopping.. Baju lagi..

Shopping.. Lagi-lagi baju..

Kasut? Tak shopping kasut. Kasut dah banyak. Bukan pakai sangat pun. Tak kan nak pakai high-heel pergi kelas? Buang tebiat?

Download movie.
Download mp3.

Facebook.
Baru join Anuar Zain Facebook Club. Hikhik. Owhh.. Anuar Zain.
Friendster? MySpace? Apa tu? Owhh.. Tak coolnya. So childish~ Hakhak.

Update flickr.

Tukar layout blog. :-)
Sampaikan layout blog Pink Platun pun nak tukar juga. Duh!!

Rabu, 18 Jun 2008

Panas Hujan

Setiap hari. Aku perhati.
Panas di pagi hari.
Hujan selepas tengahari.

Panas di pagi hari.
Hujan selepas tengahari.

Aku perhati.
Setiap hari.

Selasa, 17 Jun 2008

My Best Friend's Wedding

Amaran : Entri ini mungkin panjang.

Macam tajuk filem Julia Robert. Kecuali 'best friend' saya adalah perempuan. Mungkin nanti orang ingat saya lesbi*an pula. Huhu. Tapi tak, saya masih suka pada lelaki. Jangan risau. ;-)

Dua orang kawan baik yang saya sayang dan adore ini sudah selamat menjadi isteri orang. Percayalah saya sangat gembira dengan kebahagiaan mereka. Sangat gembira.

Mereka ini sangat faham saya yang terlebih hormon estrogen. (Its not me, really. Its just a stupid hormon inside me.) Justeru itu, entri ini dari hati saya yang penuh emosi ini, tentang mereka dan majlis perkahwinan mereka. Kak Fatma dan Cik Daun.

Dan sebenar-benarnya, menghadiri majlis perkahwinan kawan. Lebih-lebih lagi kawan baik, emosi dan perasaannya lain. Bukan sebab saya belum kahwin lagi. Tetapi satu rasa lain, gembira dan pilu berpadu. Rasa kehilangan pun iya juga. Tetapi perkahwinan adalah suatu perkara yang indah. Saya seharusnya rasa gembira untuk kawan saya. Kan?

Sabtu 13hb. Kak Fatma's Wedding.
Saya sanggup memandu ke Kuantan. Ditemani Awin. Walaupun saya tahu saya boleh memandu tanpa henti dari KL ke Kuantan secara solo once before. Tetapi ini satu perkahwinan. Perkahwinan kawan baik saya. Saya tahu, saya emosi. Saya perlukan teman untuk saya lawan rasa emosi ini. Jadi saya minta Awin temankan saya. Terima kasih dearest Awin.



Lama benar saya tidak berjumpa Kak Fatma. Dia baru balik dari Korea. Ambil master. Kali terakhir jumpa, waktu perkahwinan adiknya. Di mana saya sanggup memandu sendirian dari KL ke Kuantan, semata-mata mahu bertemu dia. Saya sanggup, demi kawan yang baik pada saya.

Dari KL pukul 9:30 pagi, selamat sampai di Kuantan 12:30 tengahari.

Sejujurnya saya gementar. Takut emosi saya terlihat oleh Kak Fat. Demi bilik pengantin saya jejak. Kak Fat sedang duduk, sedang diperkemaskan lagi veil-nya oleh Kak Andam. Cantik. Sangat cantik. Saya hampir menangis. Saya gembira sebenarnya.



Kalau tidak kerana solekan, tiara di atas kepala dan veil yang mengurai, pasti saya dan Kak Fatma, terlompat-lompat dan ketawa dengan penuh excited. Saya excited, dia juga. Tapi kami hanya gelak-gelak dan borak-borak. Sehingga pihak pengantin lelaki hampir sampai.



Saya doakan kebahagiaan Kak Fatma dan Encik Zul sehingga ke akhir hayat mereka. Saya sangat gembira untuk Kak Fatma. Sangat gembira. :-) Tahniah, Kak Fatma.

Ahad, 15hb. Daun & Nuar's Wedding.
Kawan saya yang seorang ini, sentiasa ada energy. Aura ceria dia saja boleh ceriakan orang lain. Kalau lepak dengan dia, memang tak kering idea nak berborak, berlawak dan ketawa. Cik Daun yang cheerful, drama queen sket-sket, yang saya adore ini telah berkahwin...!!



Bersama Awin (again) dan Lin. Berkonvoi bersama Rudy, Kak Dayah dan Hiro. Serta bertemu Hata selepas exit Klang/Banting KESAS. Laluan lebih mudah berbanding ikut Dengkil. Sampai rumah Cik Daun, lebih kurang pukul 12.

Disambut oleh abangnya, Cik Easy yang peramah. Tak habis-habis nak usik saya, dengan status "Pelajar UTM". Haha. Keji sungguh.



Kami makan. Sebelum naik atas dan berjumpa Daun, Nida, Ika dan Sal. Huhu. Sebak dada saya tengok Daun yang cantik, berseri-seri, dengan senyum, dengan buat lawak, dengan gelak-gelak. Nasib baik ada ramai orang, boleh kawal sikit emosi gila ni.



Tak dapat nak borak-borak sangat sebab masa tak izinkan. Biasalah majlis perkahwinan. Mana boleh nak borak-borak macam borak masa lepak-lepak. Masa balik saya masih rasa sebak. Kalau saya diam saja dalam kereta, maafkan saya. Saya rasa sebak.



Apa-apa pun saya doakan mereka berkekalan dan berbahagia sehingga akhir hayat. Saya gembira untuk mereka. Kawan baik yang saya sayang dan adore. Tahniah, bebeh! ;-)

Mungkin satu hari yang senang, kita boleh lepak sama-sama macam dulu. Tapi tak boleh nak overnight atau slumber-party la kan? Mana nak taruh si Nuar?

Khamis, 12 Jun 2008

Dua Kali Sebulan?

Gaji sudah kena potong separuh. Sebab ambil cuti sambung belajar selama tiga tahun.

Kemudian, mulai Ogos, gaji yang dah tinggal separuh tu, bahagi dua pula. Dapat awal bulan sekali, tengah bulan sekali.

Adeh.. deh.. deh... Tersangkutnya tekak aku ni. Perit nak menelan, hatta air liur sekalipun.

Deng!!

Kadang-kadang orang yang pangkat besar-besar ni, bodoh piang juga.

Contohnya. Jangan pergi jauh. Di jalan raya saja. Cuba tengok pemandu kereta besar-besar. Taulah pandu kereta besar. Tapi janganlah duduk di lane laju pada kelajuan bawah 80km/jam.

See.. See.. Bodoh tak? Bodoh kan? Kan?


Aku yang lahir di sini rasa macam pendatang haram.. HARAAMMMM!!!!

Isnin, 9 Jun 2008

Kerja Orang Yang Bercuti.

Adakah aku ini spoil atau manja?

You have a:

[x] Mother
[x] Father
[ ] Step-Father
[ ] Step-Sister
[x ] Brother
[x] Sister
[x] Nephew
[x] Niece
[x] Cell phone
[ ] Own bathroom
[x] Own room
[ ] Swimming pool
[ ] Hot tub
[ ] Guest room
[x] Computer
[ ] TV in Room

TOTAL: 9

[x] Fullsize or bigger bed
[x ] More than 8 pairs of shoes
[x] Sunglasses
[x] Watch
[ ]MP3 Player/iPod
[ ] PS2 that works
[ ] Xbox that works
[ ] Nintendo DS or PSP that works
[ ] Gameboy/ Advance :
[ ] Gamecube
[ ]Nintendo WII

TOTAL : 13

[ ] Basketball hoop
[ ] Air hockey table
[ ] Pool table
[ ] Ping pong table
[ ] Fooseball table

TOTAL: 13

[ ] Nightstand
[ ] Stereo in bedroom
[ ] DVD player in bedroom

TOTAL:13

[x ] Job
[x ] Goes shopping at least once a week
[x ] Expensive cologne/perfume
[x] AIM/MSN
[x] Camera

TOTAL: 18

[ ] Electric or gas scooter/motorcycle/car
[ ] Guitar/Drums/Bass guitar
[ ] Piano/Keyboard
[ ] Any other instrument
[ ] Been on a cruise
[ ] Travelled out of the province/state
[ ] Had a personal trainer
[ ] Expensive jewellery
[ ] Met a celebrity

TOTAL : 18

[x] Straightener/curling iron
[ ] Have been to a batting cage
[ ] Have $100 on you right now
[x] Credit card or atm card or debit card or bank card
[ ] Been to Europe
[ ] Been to Hawaii
[ ] Been to NYC
[ ] Been to LA
[ ] Been to Florida..
[ ] Been to Las Vegas
[ ] Been to the Bahamas
[ ] Been to South America

TOTAL : 20

[x] Parents have a car
[ ] Jet Ski/boat/ski-doo
[ ] Camper
[ ] Been to 5+ states in the US/or/ 3+ provinces in Canada
[ ] 100+ buddies on facebook or MSN

TOTAL: 21

[x ] Home cooked meal almost every day
[ ] Been in a limo
[ ] Been in a helicopter
[ ] Own a camcorder
[x ] Own laptop

TOTAL:22

Total is 22, meaning I am Gheto!!

1-22 = Ghetto
23-33 = Average
34-44 = Spoiled
45+ = Upper Class snob

See.. See.. Aku tak spoil tu.. :-)

Khamis, 5 Jun 2008

Naik Minyak, Baru Tahu!

Semua orang macam orang gila malam tadi isi minyak sebelum pukul 12 malam.. Buat susah orang lain dengan menyebabkan jalan raya sesak. Gila. Gila.

Aku boikot bawa kereta semalam. Kami keluar naik LRT. Best juga naik LRT. Tak payah sesak-sesak dalam kereta dan maki-maki kereta orang lain yang sibukkkk nak isi minyak tu.

Ok. RM2.70 seliter minyak menjadikan rakyat Malaysia gila. Hampir naik minyak. Kau tahukan, kalau lebih 40 orang maki kau, makbul maki tu, macam mana agaknya ya?

Ok. Dia suruh kita jimat. Ubah gaya hidup.

Why don't he start first?? :-p

Rabu, 4 Jun 2008

Good Things

You know what the good things about being govt servant?

Free food!!

Kalau ada kursus, ada free food at least 3x.
Kalau kursus berhari-hari, free food 6x a day.

What a best country I've ever live... Right??
Best sangat!!!

Selasa, 3 Jun 2008

Seadanya

Aku wanita.
Tidak sempurna.
Dan tidak pernah sempurna.
Semenjak mula.

Hati ini.
Penuh luka-luka.
Dan duka-lara.

Termaktub dalam diari.
Sejarah hitam yang menghantui.

Namun ku mahu menutup buku itu sepenuhnya.
Memula takdir baru dan mencipta kenangan indah.
Bersama kamu.
Yang mampu menerimaku seadanya.

Isnin, 2 Jun 2008

Tagged!

Kena tagged dengan Ruslina.

8 facts about Amyz.
1. Aku perempuan dengan extra estrogen - so, aku senang emo dan sensitif. Tahan la eh?
2. Transparent - Kau boleh nampak aku happy, sedih atau tak ada mood. Just like that.
3. Senang ketawa. Benda lucu sedikit pun, boleh gelak.
4. Senang menangis jugak. Tengok cerita kat TV pun boleh teresak-esak.
5. Jenis berani ambil risiko.
6. Slow in sesetengah perkara. (Lembab la.. kata orang~)
7. Suka drive laju-laju.
8. Bila suka satu-satu lagu, aku cari lirik dan simpan dalam satu folder.

Kena tagged dengan Nida pula.

5 Things About Everything
5 Hadiah diimpikan:
1. Percutian luar negara.
2. Wang tunai.
3. Kereta Chevvy Aveo.
4. Camera Digital Olympus (yang boleh masuk dalam air tu..)
5. Petrol free seumur hidup.

5 Sebab atas pilihan di atas:
1. Sebab suka berjalan.
2. Sebab suka bershopping.
3. Sebab suka driving.
4. Sebab suka ambil gambar.
5. Sebab minyak akan naik harga. RM3 seliter weehhh!!!

5 Impresi terhadap orang yang diminati
1. Sense of humor.
2. Ada imaginasi.
3. Tahu buat aku rasa happy.
4. Pujuk bila aku menangis (Walaupun aku menangis sebab cerita bodoh kat TV)
5. Bertanggungjawab.

5 Ciptaan yang disukai
1. Manusia.
2. Internet.
3. Wireless modem.
4. Handphone.
5. Lagu.

5 Perkara yang dibenci
1. Lipas terbang-terbang.
2. Drive kereta seorang tengah malam, tiba-tiba teringat filem The Eyes.
3. Kena ignore.
4. Tak dihargai.
5. Angkuh.

Ahad, 1 Jun 2008

Mengira Bintang



Sabtu dan Ahad di Port Dickson. Camping. Mandi laut. BBQ.

Waktu malam. Berteman petikan gitar dan angin laut. Menyanyi sepenuh hati.

Langit indah dipenuhi kerlipan bintang umpama berlian. Cantik sangat.

Akibat berkhemah adalah, satu, sakit belakang sebab tidur beralaskan toto nipis dan sleeping bag. Dua, kulit muka yang terbakar kerana mandi laut.

Uhh.. Gelapnya wajahku~

Selasa, 27 Mei 2008

Renovasi Blog

Tukar layout adalah salah satu proses renovasi blog yang selalu aku buat apabila idea untuk menulis ketandusan.

Tema akan bertukar mengikut mood. Jika mood baik, aku menukar layout ala-ala suci-murni dan berwarna putih. Jika mood gothic dan hauskan darah, aku suka menggunakan warna hitam. Manakala apabila mood melankolik merasuk jiwa, aku akan tukarkan blog dengan warna kelabu, hitam dan putih.

Warna layout baru ini merah. Banyak maksud untuk warna merah. Jadi aku mahu biarkan kalian berteka-teki, mood apakah merasuk aku kini. :-)

Isnin, 26 Mei 2008

The Time Traveler's Wife

Seriously??? Seriously???



The Time Traveler's Wife tulisan Audrey Niffenegger akan difilemkan?

And my favorite actress, Rachel McAdams memegang watak Claire.

Eih. Terujanya~

Link lain:
Wiki

Ahad, 25 Mei 2008

Pergi Menonton

Sepanjang cuti ini, aku cuma berkesempatan menonton 2 filem sahaja. What Happen In Vegas dan Indiana Jones. Yup. Itu saja.

Tak apalah. Kalau tak sempat tengok Narnia, Iron Man dan lain-lain, aku beli DVD RM5 saja nanti. :-)

What Happen In Vegas?
Antara scene yang aku suka waktu menonton filem ini, di mana Cameron Diaz menunjukkan jari manis yang tersarung cincin kahwin dengan kening terangkat sebelah dan berkata, "We're still married. Remember!" Muka Ashton waktu itu mulai cuak.

Filem ini mengisahkan Ashton dan Cameron Diaz bergembira di Vegas kerana Ashton dibuang kerja, dan Cameron Diaz ditinggalkan oleh tunangnya. Mabuk. Dan berkahwin.

Orang muda selalu buat keputusan terburu-buru. Filem ni seolah-olah menyatakan demikian. Bila dah sedar. Penceraian adalah penyelesaian. Tetapi mereka menang 3 juta dollar dari mesin jackpot di kasino Las Vegas.

Mereka mahu bercerai dan membahagi 3 juta dollar sama rata. Tetapi hakim menetapkan mereka untuk hidup bersama 6 bulan sebelum meluluskan penceraian mereka. As if mereka berusaha untuk menjayakan perkahwinan mereka.

Dalam 6 bulan. Macam-macam boleh berlaku kan? And 3 million dollar.. People will do anything for money. But at the end, money is nothing but love is everything. :-)

Orang yang sentimental dan emotional macam aku, memang sesuai tengok filem romantik komedi macam ni.

Owww... Sweet!! :-)

Indiana Jones
OK. Aku sukakan aksi Harison Ford. Setiap dialog dan mimik muka dia. Nampak macho. Aku sukakan kesan khas filem ini. Shia LaBeouf (Aku gelar, Mamat Transformers) pun tidak menghampakan dalam filem ini. Di dalam filem ini menunjukkan satu perbezaan lelaki tua dan muda. Lelaki tua cool, tenang. Lelaki muda tak sabar, cepat naik angin dan ikut perasaan. Hikhik. Saja je kan?

Filem ini cool. Tetapi. A big TETAPI. Kesalahan terbesar filem ini adalah (spoiler..) tengkorak kristal itu adalah tengkorak alien. Dan misteri yang mahu diungkaikan adalah misteri alien. Mitos 5 ribu tahun lalu adalah berkenaan alien? What the fekk??? Please la Steven Spielberg, George Lucas. Puhh Liisss...!!

No!! Aku tak boleh terima unsur alien dalam Indiana Jones! Nooooo!! Aku hampir menjerit bila tengok alien dan ada spaceship lagi dalam Indiana Jones. Nooo!! Lain-lain filem boleh ada alien. But NO. Big NO alien in Indiana Jones!!

Keluar wayang, aku rasa macam nak hentak kepala ke dinding! Duhhh!!! Kecewa sangat-sangat!

Baik aku tengok Narnia~ Deng!!

Selasa, 20 Mei 2008

Result Exam

Alhamdulillah. OK sangat-sangat. Tak terfikir pun dapat sebaik ini. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. :-)

Walaupun tak tercapai hasrat hati untuk berada di dalam senarai dekan. Mungkin semester depan. Bak kata Cida atau Nett, "Berusahalahhhh!!"

Terima kasih atas doa yang dikirimkan. Terima kasih. Its mean a lots to me. :-)

Ha. Tahniah pada Nett juga atas result yang best! Hik hik. I tau, u terel~

Dah Ok dan Sihat

Laptop yang dijangkiti virus benci sepanjang minggu lepas sudah sehat. Di-operate oleh SuperHero. Kini, laptop lebih laju. Lebih-lebih lagi ianya bergaya dengan HSDPA ZTE USB Modem yang baru. Comel. Selepas ini, boleh online di mana-mana, sekalipun di dalam bas. Modem usb ni bestlah!

ZTE MODEM

Sebab di rumah ada stimix, jadi modem bergaya ini hanya akan digunakan bila balik Uni Selatan kelak. (Atau guna waktu malam-malam di dalam bilik, di mana kabel network tidak sampai ke bilik.)

Terima kasih kepada my dear SuperHero~ Sebab jadi doktor hati, doktor laptop dan sponsor half of the usb modem price. ;-)

Orait, nak sambung tengok Grey's Anatomy.

Cerita Lama Amyz