Khamis, 31 Mei 2007

Anak-Anak Kita

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan. Pistol-pistolan

*Anak-Anak Kita - M Nasir.




Err.. Bukan aku mahu anak. Belum fikir untuk dapatkan anak pun. Mana mungkin aku mahu fikir tentang anak, jika kahwin pun belum terfikir lagi? Ini cerita tentang kanak-kanak yang aku perhatikan. Dari jauh.

Aku melihat ibu bapa yang manjakan anak-anak mereka sehingga merosakkan mereka. Contohnya, membiarkan anak-anak di shopping complex berlari ke sana-sini. Panjat itu-ini. Usik itu-ini. Terjerit sana-sini. Nakal pun ada limitasi. Ini, aku tengok pun naik ngeri. Isk.

Cukup tak berkenan bila melihat kanak-kanak lelaki dipotong pendek rambutnya. Tapi meninggalkan ekor di belakang panjang. Macam rambut Mat Rempit. Kecil-kecil dah diajar begitu. Tak mustahil besar esok jadi Mat Rempit juga. Salah siapa?

Bila aku perhati orang-orang yang tak pandai jaga anak ini, mengabaikan anak ini, aku rasa annoy. Macam, mula-mula mereka hanya mahu berseronok-seronok. Kemudian, alamak~ termengandung pula. Lepas tu anak terabai. Tak dijaga sebaiknya. Apa punya parent da..? Tak mahu anak, prevent la~ Janganla sampai anak terabai.

Tak baik aku ni. Suka-suka hati saja aku nak complaint itu-ini kat orang yang ada anak, ye dak? Dah ada anak esok, baru tau!

Entri ini mengingatkan aku tentang sukarnya mak-ayah aku menjaga aku dulu, dan moga-moga aku boleh memikul amanah Allah sebaiknya kelak. Insya Allah

Rabu, 30 Mei 2007

Janggalnya

Aku tak tahu macam mana nak cakap, tapi aku rasa sangat janggal/pelik bila aku terdengar cara kawan aku panggil husband dia.

Kalau dia panggil abang ke, sayang ke, darling ke, honey ke, B ke, papa ke, ayah ke. Aku boleh terima lagi. Tapi, dia panggil 'YOU', ya. KAMU - bila di-translate-kan.

"You.. You.. ambilkan itu, ini."
"You.. You.. Nak balik pukul berapa ni?"
"I ingatkan, lepas ini kita pergi sana-sini. You ingat macam mana?"

Mungkin mahu nampak moden atau nampak stylo atau nampak ke-inggeris-an sikit kot? (Kihkihkih)

Kelakarlah. Kalau (kalau.. aku bilang kalau) aku, aku prefer menggunakan kata ganti diri kedua untuk *suami yang menggambarkan rasa hormat kepada suami (jika aku dah berkahwin kelak~). Bukan ber I, You.

Jika mahu ber-I,You - gunalah bila komunikasi dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Kan? Maksud, dalam ayat english yang penuh. Seperti ini ;

Honey, can you fetch me after work?
Darling, I'm tired. You can cook, don't you?

Kan nampak lebih manis. Lebih menyenangkan hati. ;-)

* dan entah mengapa tiba-tiba aku rasa janggal bila aku tulis perkataan suami. hihi

Jumaat, 25 Mei 2007

Petunjuk Tidak Berkesan

Pernah tak cuba-cuba memikat hati seseorang? Aku tanya lelaki dan wanita juga.

Sekurang-kurangnya pun, si lelaki mesti pernah bertanya nama atau nombor telefon wanita yang berjaya menawan matanya pada pandangan pertama. Kalau wanita itu suka pada lelaki itu. Proses memikat itu tak akan makan masa yang lama. (Hihi)

Bagaimana pula wanita mahu memikat hati lelaki yang dia puja ya? Kalau lelaki itu suka dia, tidak menjadi masalah. Dah dua-dua suka.

Tapi bagaimana untuk menawan hati lelaki yang tidak tahu wanita itu benar-benar sukakannya? (Kes lelaki stone la ni.. Haha) Wanita yang tipikalnya malu untuk berterus terang. Jadi, wanita pun meninggalkan petunjuk-petunjuk agar lelaki memahami isi hati mereka.

Apabila membaca buku Why Men Don't Listen & Why Women Can't Read Map, menyatakan bahawa lelaki tipikalnya tidak memahami bahasa petunjuk wanita. Bagaimana mahu buat lelaki memahami? Terus terang? Oh, ada wanita yang tidak mampu.

Aku tak fikir lelaki tak faham langsung petunjuk dari wanita. Lelaki macam ni, sangatlah stonenya. Lelaki bijaksana pastinya memahami petunjuk wanita dan sengaja dia buat-buat tak faham; mungkin sebab dia cuma mahu berkawan saja dengan wanita itu dan tiada hati untuk menjadikan wanita itu teman istimewanya.

Bila petunjuk tidak berkesan, mahu atau tidak, wanita selalunya tidak mahu melepaskan pujaan hatinya begitu saja, terpaksalah berterus-terang. Risikonya, malu bila ditolak. Sedihnya!

Lelaki, jika anda dengar-dengar petunjuk wanita ini, dan anda faham. Moleklah kiranya anda beri tindak-balas. Jika suka, katakan suka. Jika tidak, katakan : kita sesuai berkawan saja. :-)

Selasa, 22 Mei 2007

Lelaki Oh Lelaki

Hihihihi.. Tawa aku yang terdengar sehingga partition sebelah-sebelah sana, buat mereka menjerit, "Oiii! Gila ke gelak sorang-sorang.."

Makin kuat tawa aku. Dari Hihihi, bertukar kepada Hahaha. Kalau gelak macam ni, kawan aku cakap - cancel bakal mak mertua nak buat menantu. Tak apa, depan bakal mak mertua, kita gelak la slow-slow dengan tangan menekup mulut. Hikhikhik. Hipokrit kan?

Ah, persetankan gelak aku macam mana. Tapi topik utama yang buat aku tergelak ialah...

LELAKI MELAYU BERMASALAH

Aku suka part ini :


Jika perempuan boleh dilatih sejak kecil untuk menguruskan rumah tangga, kenapa tidak lelaki juga dilatih bertanggungjawab? Kerap kali kita mendengar golongan tua meleteri gadis-gadis muda,"Kalau tidak tahu masak macam mana nak kahwin?" Kenapa tidak katakan perkara yang sama kepada anak-anak lelaki? Kenapa tidak ada yang berkata, "Kalau perangai macam sampah, macam mana hendak kahwin?


Wooo! Aku kagum dengan keberanian wanita ini. Aku mahu bangun dan tepuk tangan kepadanya. Hahaha. Bacalah hari ini. Sebelum terlambat. Perempuan, mari tepuk tangan. Lelaki, belajarlah!

Isnin, 21 Mei 2007

Naik Gaji?

Jika sudah naik gaji, aku mahu membeli laptop SONY VAIO, rumah teres 3 tingkat di Putrajaya, kereta VIVA, Sony Ericsson keluaran terbaru yang nipis lagi menggiurkan, pergi SlimWorld, suntik kolegen untuk menyerikan wajah dan melamar Fahrin Ahmad (bila dah cantik, baru Fahrin Ahmad boleh jatuh cinta kan?).

Kalau benar itu terjadi? Selamat tinggallah kalian. Aku mahu lupa diri. Hahaha.

Angan-angan saja. Macamlah gaji aku akan naik sehingga RM50 ribu sebulan~

Tak. Aku tak lupa kalian. Gaji aku hanya naik 25% sahaja. Itu pun pada bulan Julai. Paling tidak pun aku hanya pergi bercuti dengan perempuan-perempuan yang sepi. Mungkinlah. Jika Tuhan mengizinkan~

Jumaat, 18 Mei 2007

Cool With The Ex

Pernah dengar lagu Gwen Stephani, Cool dalam album L.A.M.B? Waktu lagu ini ke udara di Hitz FM, DJ Hitz FM buka topik, R U Cool With Your Ex? Dan sesiapa yang "cool" akan dapat hadiah, tak silapnyalah. Since lagu ini popular sekitar tahun lepas, aku pun dah lupa detailnya.

Aku bukan mahu bercerita tentang lagu Gwen Stephani, ikon fesyen tu. Tapi, persoalannya, boleh atau tidak aku cool dengan ex aku? So far, lepas break up, aku tak jumpa-jumpa pun dengan ex aku. So, aku tak boleh tahu sama ada aku ini cool atau tidak. Haha. Oh ya, couple yang tidak lebih dari 3 bulan, tidak termasuk dalam senarai boyfriend aku yach!

Ada kawan aku yang cool dengan ex boyfriend dia. (Ahaks!) Ok. Aku respect sebab dia boleh cool dengan ex dia. Tanda dia tak terlalu emosi. Susah nak tengok perempuan yang tak emosi ni. Selalunya lelaki yang boleh cool. Aku? Entah, rasanya boleh kot. Tengok situasi perpisahan itu macam mana.

Kalau perpisahan itu, siap ada maki-maki, sumpah-seranah. Makan masa juga nak jadi cool. Kalau perpisahan itu secara baik, boleh saja aku dan dia cool. Nak buat macam mana, tak ada jodoh~ Hehe.

Kendatipun, aku harap kalau boleh, aku cool dengan ex aku. Bukan apa, buat apa simpan sakit hati lama-lama. Tak elok kan? ;-)

Selasa, 15 Mei 2007

Bila Bershopping Seorang

Usai perjumpaan Pink Platun dan menghantar 'anak dara orang' balik ke rumah. Aku ke Jusco seorang diri. Terapi emosi~ (Whooa..) Aku jeling jam sekilas. Aku punya masa 2 jam untuk menenangkan emosi aku. Sebelum Jusco tutup.

Ada pro & Contra nya bila bershopping seorang diri ini. Tapi, contra tak pernah menghalang aku bershopping seorang diri.

Pro 1 - Aku boleh berlama-lama di satu-satu seksyen - seksyen lingerie misalnya, tanpa ada muka-muka boring menunggu.

Pro 2 - Aku boleh try pakaian dan kasut - sebanyak mana yang aku mahu.

Pro 3 - Aku tidak perlu jalan cepat-cepat atau melangkah pantas-pantas.

Pro 4 - Aku dapat kawal perbelanjaan. Ya. Pengaruh kawan/teman amat besar pada aku. Jika aku tanya pendapat mereka, mereka akan kata, OK. Cantik. Belilah. Kesudahannya, kau faham sendiri.

Pro 5 - Aku menjalani terapi emosi yang mudah tanpa gangguan.

Contranya pula.

Con 1 - Tiada teman untuk makan-minum selepas bershopping. Aku tidak suka makan & minum seorang diri.

Con 2 - Tiada teman untuk bertanya pendapat. Cantik atau tidak, padan atau tidak, baju ini, kasut itu, rantai, gelang, even selipar~ Ahaks!

Con 3 - Ternampak couple bershopping. Teman lelaki dia setia saja di sininya. Damn! Jealous ok!

Con 4 - Ternampak couple lain bermesra-mesraan time makan, naik eskelator, sorong troli, cuba kasut, cuba baju, padankan beg tangan. Siap gesel-gesel kaki, tangan, pipi, hidung. Aku cemburu campur geli campur meluat campur untold feeling and emotion.

Aku pasti teman-teman aku telah menarik nafas lega kerana tidak perlu mengikut aku bershopping.

Hari itu, nasib baik kad kredit aku rosak. Aku pulang dengan kasut tinggi 2 inci dengan style belit-belit kaki, 5 minit sebelum Jusco tutup

Ahad, 13 Mei 2007

Stylo Konon

Aku suka melihat-lihat (cuci mata) lelaki-lelaki yang pandai bergaya. Lelaki yang sentiasa menjaga penampilan diri. Pandai memadan pakaian ikut tempat, waktu dan masa.

Macam, macam Anuar Zain. Di luar pun, still kemas. Jehan Miskin, Fahrin Ahmad (Whooaa.. Hensemnya dia..), paling comel si Asyraf Sinclair. Bukan macam Farid Kamil. Dalam bangunan, waktu malam pun pakai spec hitam. What the heck??

Lelaki yang bijak bergaya ini selalunya akan catch a good 1st impression aku. Aku sangat pentingkan 1st impression. Lelaki-lelaki seperti ini menjaga personaliti, penampilan dari hujung rambut ke hujung kaki. Apa ya? Lelaki Metroseksual?

Aksesori tambahan untuk lelaki, aku prefer jam dan bangle (bukan emas). Less is more. ;-) Dan aku tetap say NO kepada lelaki yang bersubang, rantai dan gelang. Lebih-lebih lagi bersadur emas. NO. NO. NO. Hukum tetap hukum, cik abang. Tak cool ok?

Rabu, 9 Mei 2007

Uji Cinta Lelaki

Lupakan berenang di lautan api, meredah gunung dan laut, menganyam buih ombak dan sebagainya. Kau uji cinta lelaki dengan mengajak dia BERSHOPPING!
-Dr Max- Gangguan Teksual Edisi Puasa.

Mungkin malang atau untungnya aku ini tidak suka membawa lelaki bila bershopping. Sebab aku tahu, mereka mana mahu temankan teman wanita mereka bershopping.

Aku boleh tahu mereka ini tidak boleh dibawa bershopping bila kami ke pusat membeli-belah yang terkemuka untuk menonton wayang. Dan aku akan uji dengan menyinggah di kedai kasut, kedai perfume, kedai baju, kedai manicure, kedai aksesori, kedai emas, Watson, Guardian, Jusco~

Lihat dia. Sama ada dia ikut. Atau hanya tunggu di luar.

Jika dia hanya tunggu di luar. Goyang-goyang kaki. Pandang sana-sini. Tengok-tengok jam. Usha perempuan yang lalu-lalang di depannya.

Maka, dia bukan calon yang sesuai untuk aku bawa waktu membeli-belah.

Kalau dia ikut masuk dalam. Ikut setiap langkah kita. Perhatikan juga. Kalau nampak dia menguap. Atau buat muka boring. Atau setiap baju kita pilih, dia cakap semuanya lawa. Juga bukan merupakan calon peneman kita membeli-belah. Sebab, dia temankan kita tu sekadar nak ambil hati kita saja.

Bukan tak ada orang lelaki yang boleh ikut kita membeli belah. Tapi rare sangatlah. Dah kahwin mungkin berbeza, terpaksa ikut beli-belah sebab kena jadi driver, jaga anak kan? Atau mungkin risau wife pergi membeli-belah seorang diri. Jadi ikutlah. Dalam terpaksa. Haha.

Tapi, kalau lelaki tu ikut kita membeli-belah. Kemudian dia terlebih excited dengan setiap baju yang ada di situ atau excited bila melihat kita membeli alat-alat make up. Maka letaklah sedikit syak wasangka. Just in case~

Jumaat, 4 Mei 2007

Baby Doll

Trend sekarang, ramai perempuan suka pakai baju fashion baby doll. Comel. Ada macam-macam corak. Retro, motif bunga dan plain. Adorable!

Aku suka yang plain. Simple saja. Yang macam aku pakai masa pergi Piknik BBQ di Cyberjaya dengan Kak Pnut and the geng tu.

Before aku beli. Masa cuci-cuci mata tengok-tengok baju baby doll ni. Aku belek satu-satu. Acu di badan. Belek lagi. Acu lagi. Jalan kat kedai lain pun, target baju ni juga.

Kawan aku dah boring. 4-5 kedai aku pergi, aku asyik survey baju baby doll ini sahaja. Tengok harga. Tengok fesyen. Tengok comel ke dak.


"Eiiiuu.. Apasal ko survey baju mengandung ni??" Dengan kuat. Dan beberapa orang memandang aku. Damn! Suara dia ni tak boleh perlahan ke?


Oiiiiittt. Bukan baju mengandung la!! Baby-Doll. Trend baru OKK!! Ada ka baju mengandung? Tak ikut latest fesyen la dia ni. Pergi duduk dalam gua. Ciss!

Cerita Lama Amyz