Isnin, 30 April 2007

Buat Mak Tersenyum

Ayah selalu outstation. Claim masyyuk tu~ Belikan mak, almari TV, set sofa dan meja makan. Dan Emak akan selalu tersenyum untuk sebulan dua ini.

Hari ini pula, Ayah bawa Mak dan adik-adik ke Terengganu. Bercuti sehingga Rabu. Elok juga. Beri waktu untuk Mak berehat dan enjoy. Short vacation. Dan aku percaya di sana lebih banyak perkara (sutera batik, kain ela, tudung, blaus etc. etc) boleh buat Mak tersenyum.

Biarlah. Sudah banyak waktu Mak pendam duka, rindu, pilu. Hari ini, aku mahu biar Mak tersenyum. Jika boleh, biarlah sampai bila-bila.

Tak mahu buat mak pening lagi. Tak mahu buat mak risau lagi. Nak buat mak tersenyum.

Hmm. Aku tahu sekarang ni kalau aku nak buat Mak tersenyum, cuma satu perkara saja. Tapi aku belum mampu untuk menunaikannya. Maafkan Kak Lang, Mak~ :-(

Jumaat, 27 April 2007

Cute but Not Cute

Kau pernah lihat mini signboard (apa namanya ye?) yang comel-comel, tergantung di belakang kereta. Ada bermacam-macam 'sign' seperti contoh, 'Little Khalifah Inside' atau 'You Kiss, You Pay'.

Aku rasa comel sangat mini signboard tu. Dengan designnya. Dengan tulisannya. Tak mahal sangat pun. RM10 saja. Banyak terjual di kiosk-kiosk pusat membeli belah. Cute. Aku suka berhenti singgah untuk membaca sign-sign tu. Kadang buat aku tersenyum. Buat aku tertawa. Saja. Mencari hiburan.

Tapi when it come to sign yang seperti 'I'm Slow, But I'm Ahead You', 'I'm Mafia, You Hit Me, We Hit You Back', dan bermacam-macam jenis sign yang seperti penghinaan. Bila diletak di belakang kereta. Orang di kereta belakang membacanya. Rasa terhina. Manakah perginya Kempen Berbudi Bahasa? (Sambil pandang orang Ke**Wa)

Aku rasa that cute thing itu tak lagi cute bila ada unsur-unsur penghinaan di dalamnya. Macam kawan kau tahu kau tidak ada duit, tapi ajak kau pergi makan kat hotel, at the end kau yang kena bayar. Aaa.. Lebih kurang macam tulah. Mula-mula rasa kawan kita tu sweet @ cute sangat, ajak makan kat hotel walaupun tahu kita sengkek. Tapi, bila dia cakap, bayar asing-asing aaa..

Tak cute lagi kan? ;-)

Jumaat, 20 April 2007

Mimpi Ngeri

Entri ini mungkin siaran ulangan. Haha. :-p

Mak aku selalu wondering. Kenapalah aku tak kahwin-kahwin lagi. Im a bit annoy. Tapi diam sajalah. Belum sampai jodoh.

Satu hari, masa aku rajin menolong mak memasak. Dan seperti biasa mak akan membebel-bebel tentang kahwin, dah tua, nak jadi apa, tak pandai masak, mak mertua tak suka dan lain-lain lagi. Yang mana semuanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Sedang dia asyik bercerita, sambil mengupas bawang. Sedang aku menyiang ikan.

"Mak!"

"Apa?"

"Malam tadi kak lang mimpi ular lah. Besar. Datang nak patuk kak lang. Lepas tu ada ular-ular lain kat keliling dia. Uuu. Ngerinya. Takut betul!"

"Tak lama lagi ada rombongan meminang lah tu. Syukur Alhamdulillah!" Berseri-seri muka Mak. Ceh!

"Tapi kan mak. Dalam mimpi tu, kak lang ambik kayu. Pukul-pukul ular tu sampai mati. Ular-ular lain terus lari. Hahaha." Sambil aksi pukul-pukul ular dengan senduk nasi.

"Ceh! Patutlah ko tak kahwin-kahwin lagi.." Muncung mak dah boleh sangkut hanger.

Ekekekeke

Rabu, 18 April 2007

Chocolate & Aku

Semalam banyak chocolate aku habiskan. Luar biasa. Mungkin aku rasa tertekan. Atau ada kemungkinan lain.

Lepas tu, aku teringat komen Saharil pada entri ini.

Saharil said...

p/s cokelat boleh buat ketagihan, sebab ada kafein, boleh buat ghairah sebab ada phenylethylamine, boleh buat teruja sebab ada tryptophan, boleh buat mabuk sebab ada anandamide, dan menenangkan fikiran sebab ada theobromine..

1:05 AM



Kemudian, aku macam terdiam. Tergamam.

Oh, patutlah aku.. aku.. Maksud aku, cepat hilang stress bila makan chocolate. Hik Hik.

Selasa, 17 April 2007

Macam Baru Bercinta

Akhir ini, Ayah seringkali outstation. Tiada di rumah. Kadang 2 hari, 3 hari hinggalah seminggu. Berturut-turut pula tu. Kalau sebulan sekali, tidaklah terasa sangat.

Mak mula buat muka muncungnya bila Ayah beritahu Ayah kena outstation. Dan biasalah reaksi lelaki, bila isteri mula muncung. Dia gelak-gelak saja.

Mak tu sebenarnya bosan duduk di rumah seorang. Atiya tidak lagi dihantar di situ. Kak Long dah hantar Atiya di rumah babysitter berhampiran dengan rumah mereka. Yalah. Setiap hari travel dari Semenyih ke Cheras. Mana larat?

Aku pula tidak boleh diharap untuk menemani Mak. *sigh* Dalam seminggu, 2-3 kali aku balik lambat. Hujung minggu pula keluar. Kasihan Mak. Nak harap adik-adik, dia orang tahunya enjoy saja. *Hai, macam manalah kalau aku kahwin dan kena tinggalkan Mak dan Ayah ye?*

Bila Ayah outstation, selalu aku perhati Mak resah menunggu panggilan Ayah. Bila Ayah telefon, cerah wajah Mak. Macam pasangan baru bercinta. Cakap pun slow-slow. Romantik. Aku giggles, giggles. Bila Ayah letak telefon, aku sengih-sengih pandang mak. Haha. Tak baik aku ni kan?

Dah 32 tahun berkahwin. Siapalah tidak rindu jika berjauhan kan?

Aku dah suruh Ayah pencen tahun ni. Kasihan kat Ayah sebab selalu kena outstation. Kasihan kat Mak sebab selalu kena tinggal.

Ahad, 15 April 2007

Stone II

Ye. Aku benci lelaki stone.

.


Noktah!

Jumaat, 13 April 2007

Stone

Penat perempuan mencuba mengambil hati. Hint semuanya tak jalan. Menghantar bekal masakan. Tukar fesyen baju terkini pun, dia diam tak cakap apa. Rambut buat teknik rebonding dengan harapan disedari. Puji pun tidak. Make up dekat seinci dia buat dunno saja. Sanggup pula pergi berjemput balik berhantar. Oh, bermacam-macam perempuan sanggup buat demi dia, dia boleh diam tak cakap apa-apa. Cuma cakap, terima kasih saja.

Apa ni? Tak faham-faham ke ada orang minat kat dia? Hati dia dari batukah? Tak ada perasaankah?

Eleh. Ego la tu~

Tak suka, cakaplah tak suka. Jangan buat perempuan setengah gila. Dia buat tak tahu saja.

Kalau aku, aku cari lelaki lain saja. :-p

Selasa, 10 April 2007

Poyolah!

Yana. Anak buah aku yang comel. Suka sangat tonton channel kartun (60, 61, 62, 63) di Astro. Hari-hari. Kadang sampai tak boleh tengok channel lain. Well, budak-budak mana yang tak suka kartun? Even orang tua pun minat kartun gak. Aku minat SpoungeBob. Haha.

Ada satu kartun dia suka. Yang macam gambar kat bawah ni. Kartun ni bertittle Pokoyo. Comel kan kartun ni? ;-)



Satu hari, adik aku sedang bercerita. Waktu semua orang berkumpul di ruang tamu dan menikmati minum petang. Akhir cerita, adik aku cakap;

"Poyo betul mamat tu!"

Yana. Dengan muka innocent lagi naif dan tidak bersalah. "Bukan. Pokoyolah!" Ujarnya. Sambil cekodok di tangan dan mulut yang berminyak-minyak. Selamba saja.

Pecah gelak seisi rumah. Comel sungguh Yana menyampuk demikian rupa.

Tapi, Pokoyo pun comel!!

Rabu, 4 April 2007

Membakar Kalori

Kebelakangan ini, rajin aku bersenam-senam. Dah timbul minat baru. Selain dari aerobik dan poco-poco. Aku ter'addict' untuk berenang pula. Jogging pun satu aktiviti yang beberapa kali aku postpone. Duh!

Yeah! Aku bertekad untuk bersenam-senam seminggu 3x. Aerobik, Renang & Jogging. Jika dikira-kira, aktiviti itu membakar 174 + 180 + 160 kalori setiap 30 minit. Selalunya aku ambil masa 45 untuk setiap aktiviti. Banyak juga kalori dibakar. Lepas ni kalau body tak macam Shakira, tak tahulah!

Ni adalah jumlah kalori yang dibakar mengikut aktiviti dengan durasi 30 minit. Ada orang email kat aku.

Jogging = 180 calories.
Aerobic = 174 calories.
Stair climbing = 163 calories.
Swimming = 160 calories.
Tennis = 146 calories.
Cycling = 118 calories.
Sex = 114 calories.
At the gym = 101 calories.
Walking = 90 calories.
Dance = 91 calories.


Wooo. Sungguh mudah membakar 114 kalori dalam 30 minit dengan aktiviti yang sangat mudah dan err.. enjoy! Ciss! Untung betul sesiapa yang dah kahwin. Tapi, tapi, kenapa bila dah kahwin, ramai orang makin chubby? Tak cukup 'bersenam' eh? Agagaga..

Hiburan Hari Ini

Isnin, 2 April 2007

Dah Jumpa Cinta!

Aku tak kenal dia. Tak pernah jumpa pun dia sebelum ini. Mungkin ada, tetapi aku kurang memandangnya. Biasalah. Perempuan suka menghakimi tanpa sebab. 1st impression pastinya tidak kena. Tidak baik dan sebagainyalah.

Tetapi satu hari Daun telah kenalkan aku dengannya. Mengubah seluruh impression aku terhadap dia. Mengubah segala yang pernah aku fikirkan tentang dia.

Dia bukan seperti yang lain yang selalu aku suka. Dia manis dan menawan hati. Ya, aku sangat memilih. Tak kena selera, aku terus tidak memandang lagi. Biarlah orang kata apa. Habis madu sepah dibuang? Biarlah.

Setelah aku kenal, aku jatuh cinta. Terus aku terbayang dia diruang mata. Menyesak-nyesak di dada segala keinginan aku. Ingin sentuh dia, rasa dia dan menyintai dia. Oh, aku sangat addicted. Jika dibiar boleh gila.

Harap-harap di pasar tani, Taman Warisan Pertanian ada. Boleh ku jumpa dia, rasa dia, sentuh dia, sepuas hati. Biar hilang segala rindu ku pada dia.







Buah Cinta!



Yang aku beli kat pasar malam Pantai Dalam tu dah habis. Kena la beli lagi

Cerita Lama Amyz