Rabu, 28 Mac 2007

Poco-Poco

Aku tak tahu menari. In fact, tak pandai langsung! Tapi aku sangat-sangat suka bila pergi aerobik hari tu, trainer ajar poco-poco. Haha.

Download Lagu
{Make sure ada akaun Multiply. Aku suka multiply. Dia ada semua yang aku mahukan. Haha. Kinky betul ayat aku.}

Balenggang pata-pata
Ngana pe goyang pica-pica
Ngana pe body poco-poco
Cuma ngana yang kita cinta
Cuma ngana yang kita sayang
Cuma ngana suka beking pusing

Ngana bilang kita na sayang
Rasa hati ini malayang
Jauh cija cija
Biar kita ngana pe bayang
Biar na beking layang-layang
Cuma ngana yang kita sayang

Lalalilalala.. Rasa macam nak menari!

Selasa, 27 Mac 2007

Lagu Keji

Aku keji-keji El*la sebab lagu Rama-Rama dia. Damn! Terngiang-ngiang pula lagu tu di telinga aku sekarang ni. Damn!!

Ya. Kejikan lagu tu? Keji gila. Sebab, hah! Actually, aku tak perlu alasan yang kukuh untuk mengeji sesiapa dan apa-apa pun. (Aku pun keji juga. At least aku mengaku, ok?)

Sebabnya, bagi akulah. Pada peringkat umurnya itu, tak perlulah dia buat suara manja-manja sangat dia tu. Tak terangsang pun lelaki (ke ada lelaki yang terangsang?) dengar suara dia tu. Please la....

Ok Ok. Kutuk-kutuk suara orang pula. Suara aku bukan best pun kan, macam orang menyanyi lagu negara Africa je. :-p



Oh, aku semakin direct sekarang. Siapa tak tahan, sila close browser anda! I'm warning ya

Isnin, 26 Mac 2007

Untitled

Untuk menjadi blogger glamer, ada dua cara. Well ada banyak cara, tapi utamanya.

Cerita pasal diri sendiri.

Cerita pasal hiburan masa kini.


Haha.


Which I aint have both. :-)

Khamis, 22 Mac 2007

Hiburkan hatiku!

Baca blog-blog adalah hiburan.
Kutuk orang pun hiburan.
Sakat kawan-kawan satu hiburan.
Tengok wayang juga hiburan.
Dengar lagu jadi hiburan.
Layan YouTube lagi menghiburkan. (Ehehe..)

Aku rasa gundah gulana hari ini.
Aku perlukan hiburan.
Hari ini. Waktu ini. Sekarang!

Aku tak mahu memilih untuk diam dan bermuram durja. Macam panda jantan tak dapat bermanja dengan panda betina.

Mula-mula aku nak tengok video ini dulu. Aku akan baca blog yang menghiburkan hati aku. Kemudian aku akan chat ngan Nida dan Daun dengan cakap-cakap yang keji. Bukan susah nak cari hiburan kan?

Ya, benarlah kata orang yang sign autograf buku dia yang aku beli dulu. Hidup itu indah!

Khamis, 15 Mac 2007

Kemaskini III

Senarai tempat yang perlu dikemaskini dan dicantikkan waktu ini:

1. Meja office
2. Almari baju
3. Almari tudung
4. Kotak berlabel Sentimental Value
5. Buku & Mags
6. Katil
7. Kereta
8. Meja solek
9. Make up dan peralatannya
10. Aksesori-aksesori & Kerongsang-kerongsang

Whoaa. Banyaknya nak kena kemas.. :-( Ada sesiapa boleh tolong? Saya boleh bagi upah.

Rabu, 14 Mac 2007

The Day I Ate Too Much Chocolate

Cokelat dan saya sukar dipisahkan. Tanpa cokelat, hidup saya tak beerti. Kosong. Hambar. Hilang satu kenikmatan. Sukar digambarkan.

Kerana dengan cokelat, saya dapat menenangkan jiwa. Menterapikan emosi. Menstabilkan fikiran.

Senang hati, makan cokelat. Susah hati, makan cokelat.

Manalah berat badan tak naik ni? :-(

(Saya tidak mahu cerita pasal solat dan amalan untuk ketenangan jiwa atau terapi emosi. Tak elok.)

Selasa, 13 Mac 2007

Kemaskini II

Aku kemaskini list kawan di Friend*ster.

List kawan di Friend*ster aku tak ramai. 100 lebih saja. Aku cuma accept invitation friend dari orang yang aku kenal sahaja. Yang tak kenal, aku tak accept. Biarlah orang cakap aku tak glamour atau popular. Aku pentingkan kualiti dari kuantiti.

Takkan nak add orang yang tak pernah kenal? Entah-entah psiko ke, apa ke. Isk. Buruk sangka! Tak baik kan? Bukan. Aku bukan semberono bila add seseorang dalam list kawan. Aku ni sangat pemilih, cerewet dan berhati-hati. At least, orang itu pernah bercakap atau chatting dengan aku ke, baru aku berani add atau accept dia sebagai kawan.

Apakah perlu kita berbangga dengan list kawan mencecah 400 sedang lebih separuh dari jumlah itu kita tak kenal siapa dia? :-)

Isnin, 12 Mac 2007

Bad Tudung Day

Bila nak keluar, selain make up, perkara yang aku pentingkan ialah tudung. Oh, anda tidak tahu bagaimana susahnya mencari dan memadankan tudung dengan baju. Kemudian hendak membentuk tudung di muka agar tidak terserlah kebulatan wajah. Oh, susahnya.

Make up tidak pernah sukarkan aku. 10 minit sahaja aku ambil masa untuk kelihatan seperti Pengacara MHI yang bertudung itu. Siapa nama dia? Fienda? Bienda? Eh, bukan aku cakap. Orang-orang kat Indasari masa aku attend Bengkel Make-Up dan Pemakaian Tudung yang cakap muka aku ala-ala pengacara MHI. Haha. Keji je.

Semalam aku ambil masa lebih dari 10 minit untuk betulkan tudung yang end up dengan hasil tak berapa cun. Aku rasa nak menangis. Aku dah lewat. Aku benci tudung aku tak boleh lipat tepi. Aku tak cukup masa nak cari dan gosok tudung lain. Aku benci situasi buat aku nervous dan kelam kabut at the same time.

Jika kawan aku notice, kejab-kejab aku betulkan tudung. Percayalah aku sangat tidak selesa dengan keadaan tudung aku. Bencinya, bila aku berfikir apa agaknya fikiran kawan aku tentang tudung aku? Then aku argue balik, logikkah dia akan berfikir tentang tudung aku? Aku selalu mengalami konflik diri. Teruknya.

Tapi, aku berharap-harap, kawan aku rasa aku lebih cute dengan tudung macam tu. Hahaha

Jumaat, 9 Mac 2007

Soalan Dibenci

Apa perempuan nak?

Lelaki tampan, gagah perkasa, sensitif, romantik, kaya-raya, memahami, bla, bla, bla. Boleh habiskan 5 pinggan nasi? Itu bukan gagah, itu gelojoh!

Bodoh! Kenapa mesti bertanya apa yang perempuan nak? Sebab soalan bodoh itu, kau akan dapat jawapan yang kau rasa bodoh juga.

Dan dia pun akan senaraikan the best of the best dalam list ciri-ciri lelaki idaman hati, padahal dia bukan bagus sangat pun untuk dapatkan lelaki yang ada ciri-ciri dalam list dia tu.

Aku tak mahu jawab soalan macam ni. Macam soalan bodoh lagi satu untuk aku. Bila nak settle down? Bencinya....!!!!!

Isnin, 5 Mac 2007

Kemaskini

Hah! Dah ada kad memori 1G tak berguna. Asyik busy sampai lupa hobi. Hilang skill. :-( Ada banyak gambar diambil. Tapi tak di-upload ke fotopages. Sampai lesu fotopages.

Kerdilnya rasa diri. Kawan-kawan dah banyak tukar ke DSLR. Aku terkial-kial. Haha. Tak apolah. Fotography is just one of my hobby. Need more practice to sharping my skill. Orang tak berbakat kenala asah skill. :-)

Tadi kemaskini fotopages. Upload gambar-gambar baru. Kawan kahwin baru-baru ni tak dapat nak ambil gambar sangat. Sibuk berborak ngan orang lain. :-)

Sabtu, 3 Mac 2007

Baik Punya Kutuk

Aku bukan nak riak, tapi setakat artis-artis Msia ni beb, tak heranlah! Serious. Aku rasa kelakar, sampai nak gelak guling-guling bila kawan aku eksen dapat jumpa artis-artis mesia ni. Siap amik otograp la, gambar la. Haha.

Sebab pertama, artis mesia bukan icon/idola terbaik. Semua tak boleh dicontohi. Dari segi fesyen sampailah ke pengetahuan. Agama zero kot. Tu pasal la jadi kes macam si Rosnah mulut c*l*k* tu. Macam sial!! Aku bagi satu contoh ajelah. Karang bagi semua kang, tak terbaca pulak.

Sebab kedua, ayah aku kerja kat bahagian penyiaran. Jumpa artis ni selalu sangat. Sampai dah tak heran. Tahap tak heran aku ngan artis, sampai jumpa dorang pun aku cam pandang sebelah mata je. Dorang yang tersengih-sengih macam aku nak minta autograp dorang lak. Haha. Keji je aku ni kan?

Aku rasa sesapa yang excited sangat jumpa artis sampai nak minta-minta autograp dan terhegeh-hegeh amik gambar ni, selera kampong punya orang kot. Hallooo.. artis tu pun manusia biasa gak. Perlu ke nak excited?

Kesian la artis Msia, kalau semua orang berfikiran cam aku kan? Haha. Lalalilala.

Khamis, 1 Mac 2007

Spek Mata Eksen

Sebab, bila selalu drive malam-malam. Mengadap komputer. Mengadap coding aturcara yang kecil-kecil dan banyak. Jadi mata aku ini jadi sakit. Bila check, silau lagi tinggi dari rabun. Alhamdulillah tak rabun. Cuma silau.

Jadi, aku pun tempah spek mata. Tanpa power. Frame fesyen terkini. Belang merah hitam. Berfungsi menghalang silau dari lampu dan radiasi dari monitor komputer. Pakai bila mengadap pc dan bila drive malam-malam.

Minggu lepas spek tu tertinggal dalam kereta CikDaun. Daun pun mesej;
Amyz, spek eksen2 ko tertinggal dalam kereta aku.

Daun gelar spek mata eksen, sebab spek tu tak ada power. :-p

Cerita Lama Amyz