Isnin, 19 Februari 2007

Kebetulan dan Takdir

"Kawan, terdapat satu garis halus antara kebetulan dan takdir"

Lalu teringat satu lagu - Suratan atau Kebetulan. Tersenyum senget sedikit. Pedih rasa ulu hati. Macam rasa nak kena gastrik.

Sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita. Itukah suratan dalam kehidupan. Atau sekadar satu kebetulan?

Saya tertanya-tanya. Bagaimana nak mengenal antara kebetulan dan takdir? Adakah pertemuan dia dan saya satu kebetulan? Atau ianya takdir yang ditetapkan? Bagaimana nak mengenal antara kebetulan dan takdir? Eh, tertanya 2 kali pula. Sungguh, saya rasa saya nak tahu sangat bagaimana untuk mengenal antara takdir dan kebetulan.

Tapi paling utama, saya perlu percaya Qada' dan Qadar yang ditetapkan. Saya tahu setiap yang terjadi ada hikmah. Paling penting sekali, saya perlu redha. Saya pasti yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah dari saya yang lemah.

Rabu, 14 Februari 2007

ps: I Love You

Walaupun aku tak seghairah orang lain menyambut V day, tapi aku khaskan hari ini untuk menghargai kasih sayang. Tak kiralah kepada kawan-kawan, keluarga dan yang tersayang.

Tak adalah aku mahu menyambutnya dengan candle lite dinner atau mendapat sebakul bunga dan chocolate (Walaupun ia fav aku). Aku tak perlu semua itu untuk menyatakan sayang. Pun begitu, jika ada sesiapa yang baik hati membelikan aku chocolate atau bunga, aku akan menerima dengan hati yang gembira. Lalalalilalala.

Selalunya, aku akan pakai baju warna pink - tandanya menghargai CINTA. Dan aku akan ucap; hey, I love you laa.. ;-) Do you love me? :-)

Selasa, 13 Februari 2007

Lagu Gembira

Uhu! Aku suka benda kecil-kecil yang buat aku happy sepanjang tahun. Masa party birthday hari tu, De5Lin hadiahkan aku arm rest yang sangat comel dan warna pink. Aku letak depan keyboard. Aku boleh taip-taip tanpa ada rasa lenguh. Comelkan?

Pula tu, Kak Nett yang comel hadiahkan aku memo holder bentuk lembu juga warna pink. Aduhai. Comel sungguh! Aku cium2 pipi gebu Kak Nett hari tu. Oh! Sangat match dengan beg kecil hadiah dari Cik Daun hari tu. Beg kecil warna pink. Hadiah birthday yang advance gitu. Hihi.

Kemudian Kak Ila pun beri aku pari-pari yang ada tongkat sakti. Nanti kalau orang kacau aku, aku suruh pari-pari tu butakan mata diorang. Padan muka mereka! Aku kena decorate partition aku biar match dengan hadiah-hadiah yang kawan-kawan aku yang comel ni bagi kan?

Aku rasa nak menyanyi gembira sepanjang tahun. Tapi aku dapat email tadi, cakap tak boleh terlalu gembira, nanti kena *********. Sangatlah censor nak dipublish di sini. Ahaha. Tak jadi nak gembira sangat. Tapi nak gembira yang sederhana sajalah ye?

Untuk menambahkan lagi peratus kegembiraan aku, Nida telah berjanji nak belanja cheese cake, kan Nida? Ahaks!

Lalalilala

Selasa, 6 Februari 2007

Sejuk Yang Mencucuk

Aku sangat teruja dengan gambar ni. Ehehe. Nampak sangat macam budak-budak ribena dan happy tak ingat dunia akhirat.

<>

Hihi. :-)
Cukup-cukup la cerita pasal party tu, Amyz oii. Hihi. Malunya!

Cerita lain pula. Kat office ni sangat la sejuknya. Dah pernah cerita dulu kan? Tapi ini versi lain pula.

Selalunya, sejuk seperti ini. Baju kebaya tidak mungkin dapat menebat suhu sejuk yang mencucuk. Aku akan pakai jaket yang brandnya adalah jabatan sendiri. Saiz M tapi nampak besar untuk badan aku yang comel-comel ni. Kaki, aku sarungkan stokin. Sebelum pakai stokin, sapu lotion. Kalau tidak kulit jadi kering. Kemudian, pakai selipar jepun.

Kalau duduk saja di meja, kerja menaip minit mesyuarat atau programing yang tak pernah habis itu, dari pagi sampai ke petang, tak mengapalah.

Tetapi. Bila bangun untuk ke pantry mengambil air atau ke toilet. Dengan langkah kecil-kecil dek kain kebaya yang agak ketat ini. Menyeret-nyeret selipar jepun dengan kaki bersarung stokin. Sedang jaket besar di tubuh. Nescaya aku kelihatan seperti perempuan Jepun. Jalan terseret-seret dengan selipar jepun, dan pakai stokin.

Bila jalan cepat-cepat sikit je,
Eh, Oshin ke tu?, tegur Kak Iza sambil gelak-gelak. Hampas!

Isnin, 5 Februari 2007

Speechless

What else should I say? Coz every pray have been answered. Thank you for giving me the most happiest moment in my life. :-)

Ahad, 4 Februari 2007

Terima Kasih

Segala sms, mesej, email dan komen di blog untuk ucapan hari lahir serta doa-doa kalian sangat saya hargai. Terima kasih.

Kepada family yang sangat saya sayangi. Kek dan ucapan sangat Kak Lang hargai. Selalu doakan yang terbaik untuk Kak Lang dan kebahagiaan Kak Lang. Moga-moga keluarga kita selalu dalam terpelihara dan bahagia sentiasa.

Kepada kawan-kawan, Kak Nett, Queen, Attok, Awin, Lin, Ayares, Mas, Tuan_Tanah, Iqbal, Faizah, Mala, Irman, Ipin, Sya, Dale dll. Moga-moga kalian sentiasa dirahmati Allah.

Having party with the divas plus a hero at Titiwangsa this morning. Pics are available here and here. I love birthday party. Kak Nett patutnya datang, tapi dia seorang student yang baik dan tak mahu ponteng kelas, dia tak jadi nak datang. Sedih tau!

Terutama kepada yang tersayang. Thank you. Thank you. Thank you. And Thank you so much!! Love you always!!

Sabtu, 3 Februari 2007

Turn To 27

Age is just a number. It's good cause, the more I have, the more I lived. Alhamdulillah. And pray to the best. Insya Allah. :-)

Doa-doa saja yang baik akan berterusan. :-)

Cerita Lama Amyz