Rabu, 24 Januari 2007

Reject

Nasib programmer la kan? Dia ingat senang nak design web, mengadap koding, berkreatif dan mengadap error dari yang simple macam tertinggal ';' hinggalah ke error tak jumpa parameter atau datasource atau apa-apa lagi. Senang-senang macam tu je nak reject. As simple as - tutup mata sebelah, tolak-tolak design tu dengan tangan, kepala geleng-geleng dan mulut cebik-cebik sikit. Rasa hinanya design saya ni. :-(

Saya malas nak berkeluh-kesah. Cuma rasa down sedikit. Tak banyak, sedikit saja. Mungkin dia ada right point untuk reject template saya yang bodo-bodo tu. Mungkin saya perlu berkerja dengan lebih lagi. Mungkin saya perlu lebih kreatif. Mungkin saya perlu letak flash-flash yang hebat-hebat. Dan banyak kemungkinan yang lain lagi.

Baiklah! Saya perlu bekerja kuat! Dan saya akan mula buat template baru itu...





Minggu depan!
*Kekonon mogok dan tak ada moood minggu ini sebab template kena reject. :-p *

Isnin, 15 Januari 2007

Star Wars Addicted

Luke, I am your father.

Nooooooooo..

Tinggal satu lagi episode. The Return of Jedi. Next sunday at Star Movie, 10pm.

Jumaat, 12 Januari 2007

Advance

Aku terjumpa akaun friendster adik aku. Aduhlah. Umur aku 15 tahun, internet pun aku tak pernah jumpa lagi. Isk Isk Isk. Dia baru 15 tahun dah ada myspace, friendster dan entah apa-apa lagi akaun network friends ni. Aku ada friendster aje. Opss, aku ada 360 Yahoo. Ehehe. Tu aje la.

Tu la jadinya bila abang ipar ada CC sendiri. Sebulan cuti sekolah, tempat hang out nya di CC. Mak tak kisah, sebab bukan dia merayau atau melepak ke KLCC ke mana. Baik dia tolong abang mie, kata mak.

Maybe it's good for her. Hope she can distinguish between bad and good for her. :-) Beside, about 80% of my friends I know them from the net. :-)

Khamis, 11 Januari 2007

Senyum Untuk Sepanjang Hari

Banyak perkara buat aku senyum. Lately. Of course bila terima compliment. :-) Senyum malu-malu. Macam kucing. Tapi hati suka, seronok. Bak anak dara kena pinang orang, malu tapi mahu. Menyorok balik langsir di pintu bilik.

Tapi aku tak mahu la cerita tentang compliment yang aku terima dari orang lain. Cukup aku simpan sorang dan senyum sorang-sorang. Tak apa. :-)

Nak cerita perkara yang buat aku senyum hari ni. Aku akan senyum sepanjang hari kot? Ahaha. Aku rasa lucu sangat sebenarnya. Malu pun ada. Tak aku sangka kawan-kawan aku sangat prihatin. Oh bertuahnya aku punya kawan-kawan yang prihatin. Ihiks!

Since aku malas nak bawa handbag kalau keluar jalan, ke Alamanda contohnya. Dan aku juga malas untuk memegang wallet, handphone dan kunci kereta. Jadinya aku masukkan harta wajib bawa ke mana-mana itu ke dalam paper bag kecil dan comel.

Ala, macam goodies bag dari majlis kenduri kahwin. Sekarang kenduri kahwin mana ada bagi bunga telur lagi, sekarang pakai goodies bag. Dalam tu isinya - telur rebus @ kek @ gula-gula @ saputangan dan lain-lain berkaitan.

Paper bag itu aku dah guna since dari KPK* lagi. Jadi sampai sini, kondisinya agak huduh. Aku yang setia ini masih gunakan paper bag itu. Itu aku bawa bila jumpa kawan aku yang prihatin ini last week.

Tak aku sangkat perkara sekecil itu menjadi perhatian dia. Hari ini, bersua kembali dan dihadiahkan aku beg kecil yang comel.

Which is aku rasa kelakar, happy, malu dan terharu. Bercampur aduk. Muat pula untuk letak handphone, wallet, kunci kereta dan tag nama. Thank you! Thank you very-very much, Daun dan Sal. *Hugs!*

Dan cukup untuk buat aku tersenyum sepanjang hari. :-) :-)

What you know about sacrifice? Sacrifice is like to be the candle that lights everyone else's life, makes someone happy even though it's going to burns you.

I was doing everything to make them happy. I try my best to fulfill their demand and request. I'll do my best to solve their problems and willing to help them in every way that I could. I showed how much I care for them. I pay every attention to them. Just to make sure they were happy.

And I'm not trying to reiterate everything I've done, here. Nor wanted the reward for every little thing I've do for them.

But I wonder why no one could ever do the same? :-s

Selasa, 9 Januari 2007

Layout Baru Lagi

Tukar layout lagi. Nak tengok sampai bila boleh tahan dengan layout ini. Seriusly, bila tukar layout baru, mesti banyak idea datang dengan banyaknya untuk menulis. Cumanya, aku terlalu fikirkan patut atau tidak aku tulis. :-)

Maybe, aku kurang bercerita tentang aku. Sebab hidup aku tak menarik macam orang lain. Pergi kerja dan balik kerja. Adalah satu dua perkara terjadi dalam sehari-hari tapi tak mungkin semenarik tertarik seperti da bomb kan?

Aku tak memilih untuk berkongsi semuanya dengan orang lain. Semua aku pendam - suka duka bahagia atau luka. Mungkin lebih baik begitu. :-)

Kalau kau, kau mahu aku bercerita tentang apa agaknya ya?

Isnin, 8 Januari 2007

Mari Belajar Coldfusion

Hari ini belajar Coldfusion. Dah lama aku nak belajar benda ni secara formal. Tapi tak ada peluang. Dulu kat Kpk* 3 tahun disitu, walaupun web-based sistem guna coldfusion, tapi kawan-kawan lain yang tak buat sistem dapat pergi belajar. Aku tak pernah dapat. Dihantar aku pi course php adalah. Pening aku.

Selama ni belajar dengan vendor, secara tidak formal. Dulu kat KPK*, selalu minta OP ajar. Pindah Putrajaya, kena buat sendiri. Rujuk sikit-sikit kat vendor. Nasib baiklah dapat vendor yang baik-baik. Yang sediakan diri untuk dibuli. Ahaha.

Since disini guna coldfusion, tempat lama pun guna coldfusion - aku pun jadi suka dengan coldfusion ni. Kata orang tak kenal maka tak cinta kan? Bila ingat-ingat balik, coldfusion ni lebih kurang subjek C yang aku belajar dulu. ;-)

Tapi coldfusion aku rasa paling friendly & mudah dari web programming yang lain macam php, asp, xml. Actually php pun senang juga. Tapi bila tak dipraktikkan, benda mudah jadi susah kan? Bila selalu guna - memang la senang. :-) Apa daa..

Hmm.. sebut pasal belajar. Aku ingat nak sambung study balik lah. :-) Permohonan baru dibuka hari ini. ;-)

Ahad, 7 Januari 2007

Hair Cut

Since Nieyl (ke Nyiel?) Mentor tutup Hair Saloon yang terletak sebelah kedai komputer abang ipar aku sebab pekerja dia berhenti, tergagau-gagau juga nak cari hair saloon.

Aku ni cerewet sikit tentang hair cut aku. Tadi pergi hair saloon dekat taman sebelah Cheras Baru ni. Unexpected la dapat nyah gunting rambut. Tangan dia lembut, nyah! Kalah kelembutan tangan mak! Ahaha.

Sebelum gunting rambut, dia blow rambut sebab nak luruskan. Bila dah blow, dia potong. Lepas potong dia boleh cakap, rambut akak ni kering la. Ni ada promosi untuk produk rambut ni.. bla.. bla.. bla.. ada vitamin.. ada mosturiser.. bla.. bla.. bla..

Ces! Dah dia blow rambut aku sebelum potong tadi. Dahla masa blow tu, aku rasa angin dari hair dryer tu panas gila. Rambut aku dah kering, lagi la kering bila dia blow panas-panas macam tu. Sabar je lah.

Lastly, aku cakap - takpe lah dik. Akak bawak duit cukup-cukup nak gunting rambut je. Terima kasih. Lain kali aje la ye?

Lain kali? Aku tak jejak lagi hair saloon tu!

Rabu, 3 Januari 2007

Entri Pertama 2007

Selamat Tahun Baru 2007. Actually belated. Happy Belated New Year 2007. Tapi tak adala lambat sangatkan? Baru 3 hari. {Saya tak berapa suka update waktu cuti. Unless saya ada sebiji laptop nanti :-D}

Bila sebut tahun baru semua orang tanya, apa azam tahun baru? What a lame.. :-D

Pengakhiran 2006 dengan Hari Raya Aidil Adha. Hari Raya Korban. Ye. Pengorbanan. Hidup ini perlukan banyak pengorbanan. :-)

Cerita Lama Amyz