Jumaat, 21 Disember 2007

Tak Faham

"Susah nak faham lelaki ni!" Rungut seorang kawan.

Aku senyum. Senyum sahaja. Sebab satu; termasuk kawan aku itu, sudah ramai wanita pernah merungut perkara ini pada aku. Sebab kedua; wanita ini sebenarnya mahu lelaki memahami kehendaknya.

Hihi.

Sebenarnya, aku dapati bukan sukar untuk memahami lelaki. Senang. Tetapi, isu di sini lebih kepada bagaimana mahu membuatkan si lelaki fahami wanita?

Tahu-tahulah wanita ini. Semuanya pakai hint. Semua pakai petunjuk. Mahu lelaki fahami sendiri kehendak kita, dengan hanya memberi sedikit hint? ("Apa neraka??!!" Kata si lelaki.)

Wanita ini sinonim dengan sifat berselindungnya. Mahu berterus-terang bukan cara wanita. Mahu berkata pun ada lapis maknanya. Tidak secara lurus. Lelaki sampai garu kepala tidak tahu bagaimana untuk memahami wanitanya.

Nasihat aku. Lelaki, jangan percaya bila kamu bertanya, kenapa? Wanita itu menjawab, "Tak ada apa-apa," dengan nada suara yang bukan biasa. Kamu terus diam dan buat tidak tahu. Lagi si wanita sakit hati dan cakap, tak fahamlah lelaki ni!!

Aaa.. Macam mana nak faham lelaki? Senang! Biarkan sahaja dia dengan hobi/kerjayanya (asalkan bukan perempuan lain) tanpa gangguan emo-merajuk kita, wanita.

(Ya, wanita - kita ini kena faham lelaki. Sebab lelaki sampai mati pun sukar nak faham kita.)

9 comments:

ayobkelubi 21 Disember 2007 3:54 PTG  

ya,ya

kalau kalian cakap tidak ada apa-apa itu maksudnya adalah apa-apa yang perlu diberi perhatian.

aku dah masak sgt. :D

cute-cat 21 Disember 2007 8:55 PTG  

oh, kak amyz... tak ada apa-apa! :p

Amy Z! 21 Disember 2007 11:29 PTG  

ayob : Hahahaha.. :-p tau takpe. Haha.

Sya : Kenapa Sya? Kenapa? Baik terus terang sahaja. Akak tak faham hint. Hahaha.

fajar 22 Disember 2007 5:26 PG  

baca buku Mens are From Mars, Women are From Venus byk betul memberikan info tentang perbezaan ini. menarik betul. sudah pasti Allah kurniakan hikmah di antara perbezaan lelaki dan wanita - melengkapi antara satu sama lain. meskipun beza, itu mungkin membuatkan kita lebih ingin mengetahui rahsia masing2?

hingga kini masih cuba memahami dan mengerti

Amy Z! 22 Disember 2007 4:42 PTG  

Abang Fajar : Amy ada baca Why Woman can'r read map, Why Men don't Listen. Memang interesting bila kita dapat faham kenapa wanita begitu, kenapa lelaki begini. ;)

The Miruxx 24 Disember 2007 1:17 PTG  

Kalau lelaki memahami perempuan, tak wujudlah novel cinta dan drama cinta Korea.

Amy Z! 25 Disember 2007 3:35 PG  

TafTeh : Hahaha. Aku tak suka layan drama korea. Mesti cinta 3 segi. Duh!!

Water Lily 27 Disember 2007 8:40 PTG  

amzy,
Bagaimana boleh lelaki tidak memahami kita..sedangkan Tuhan menciptakan kita dari sebahagian anggota mereka...Tak faham..tak faham(sambil geleng kepala) :D

Amy Z! 29 Disember 2007 12:20 PG  

waterlily : walaupun kita sebahagian dari anggota lelaki, kenapa kita masih tidak memahami sifat2 mereka juga? hihi. :)

Cerita Lama Amyz