Selasa, 4 Disember 2007

Provokasi Wanita

Perempuan.. Perempuan.. Memang sangat suka menguji lelaki.

"Tahap kompentasi ke berapa awak sayang kat kite?"
"Kalau kite tak ada di sisi awak, awak resah tak?"
"Ingat tak baju apa yang kite pakai, kaler apa, waktu pertama kali kita jumpa?"
"Perempuan itu lebih cantik dari saya. Awak nak tak kat dia?"

Soalan-soalan provokasi seperti ini bisa buat lelaki garu kepala mahu mencari ayat sesuai yang mana untuk dijawab pada kekasih pujaan hatinya. Agar si teman wanita tercinta tidak kecil hati, tidak merajuk, tidak marah, tidak melenting, tidak emosi dan tidak memuncungkan bibir mongelnya.

Tetapi itulah perempuan. Suka sangat menguji lelaki demi untuk membuktikan cinta mereka.

Maaflah. Aku perempuan. Dan sebagai perempuan, aku memang begini. Penuh provokasi.

14 comments:

newrin 4 Disember 2007 6:11 PTG  

zaman aku nk provoke lelaki wth so many questions ni dh berakhir... malas aku, last2 sendiri sakit hati coz jawapan tu kita sendiri dah pilih and if "kaum mereka" tak jawab dgn jawapan yg kita nak, sendiri jugak yg sakit hati..

so baik lebih rational, aku suka soalan mcm... gaji u dh masuk kan? i nak beli handbag ni boleh? heheh untung2 dpt gak handbag or kasut baru... berbaloi kan :P

Amy Z! 4 Disember 2007 6:16 PTG  

Newrin : Hahahaha. Kadang2 seronok juga provoke lelaki. Tengok reaksi resah gelisah mereka nak jawab macam mana. ;-) Betul. Kita tanya untuk dapatkan jawapan yang kita mahukan.

Soalan yg seperti gaji dah masuk tu, memang selaluuuu ditanya. Untung-untung dapat belanja. Hahaha.

rasso 5 Disember 2007 12:30 PG  

kalau kami jawab dengan soalan juga memadai...

:|

Amy Z! 5 Disember 2007 11:04 PG  

Rasso : Susahkah nak please perempuan?

Tok Rimau 5 Disember 2007 12:05 PTG  

Jawapan:
1. Kompetensi Tahap Dewa.
2. Resah bagai cacing di gurun.
3. Saya rabun warna.
4. Ada ke pompuan yg lebih cantik? Tak pernah saya jumpa pun.

Amacam? Lulus tak exam?

madulebah 5 Disember 2007 12:15 PTG  

Amyz : aku rasa untuk dapat aras IV kena mengulang 3 - 4 kali agaknya.

ha ha ha.. silap2 haribulan bila mengulang dapat kepututusan lebih teruk lagi..

Tok R : Tok lulus aras IV. Boleh dipertimbangkan untuk anjakan gaji dan kenaikan pangkat.

Tahniah!!! dan anda juga layak untuk terus mencuba tahap kompetensi yang lain pula.

Amy Z! 5 Disember 2007 1:41 PTG  

TokR : Aduh! Saya terjatuh tergolek-golek dengan jawapan Tok. Hik hik hik.

Nida : Hahahaha. Adeh.. Kalo lambat mencapai tahap kompentasi, lambatlah kahwin beb! Hahaha.

Blur Clairvoyance 5 Disember 2007 2:06 PTG  

besabar dengan provokasi itu adalah lumayan kan hasil nya?

Anonymous 5 Disember 2007 2:45 PTG  

Mengapa harus provok?

Sedangkan awak dah tahu yang 'tak ada satu pun di atas' adalah jawapannya.

Soalan sebegini, kita panggil trap question..answer it with extra caution. Kalau boleh diamkan sahaja.

Kalau dia tanya..kenapa diam?

Jawab: Kerana diam itu tanda setuju..dan saya setuju dengan semua jawapan awak..awak sajalah yang betul.

The Miruxx 5 Disember 2007 4:15 PTG  

Perempuan provokasi juga perlu tanya; "kalau ayang jadi isteri, ayang kena bayar bil elektrik, air dan rumah tak?"

Amy Z! 6 Disember 2007 10:02 PG  

Blur : lumayann sekali! Hahaha. ;-)

D'arkampo : diam wanita tanda setuju. diam lelaki, tanda dia buat-buat tak dengar. Hahaha.

Taf Teh : Hahahaha. Betul tu!

13may 6 Disember 2007 12:34 PTG  

oh! patut la...

:P

sinaganaga 7 Disember 2007 2:49 PTG  

Hello perempuan! Siapa lagi provokasi - kau atau aku? HA HA.

Psst! Ada syarikat melamar aku untuk bekerja dengan mereka. Aku tengah fikirkan.

Amy Z! 7 Disember 2007 3:38 PTG  

Naga : Hey, aku perempuan. Mestila penuh provokasi. :-p

Offer best ke tak? Hahaha.

Cerita Lama Amyz