Sabtu, 15 Disember 2007

Pilih dan Putus

Aku selalu kata pada diri aku; hidup ini banyak pilihan. Kita hanya perlu pilih yang terbaik untuk diri kita sendiri. Aku percaya itu. Hidup atas pilihan sendiri. Jika silap langkah, jangan salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri.

Sejauh ini, aku selalu membuat keputusan sendiri tanpa fikirkan tentang orang lain. Keputusan hidup aku sendiri. Satu kes di mana ayah menyuruh aku mengambil jurusan akaun selepas SPM tetapi aku membantah. Aku ambil bidang IT.

Seorang kawan. Hidupnya ditentukan oleh ibu-bapa. Ambil ijazah apa ditentukan oleh ibu-bapa. Banyak keputusan hidupnya bergantung kepada ibu-bapa. Eh, aku tidak salahkannya pun. Berkat hidupnya kerana ikut cakap ibu dan bapa tahu!

Cuma aku tidak suka satu sahaja tentang dia. Oleh sebab terlalu mendengar kata ibu-bapa, dia tidak pandai membuat keputusan sendiri. Itulah satu-satu kelemahannya.

Bayangkan, jika aku ambil bidang perakaunan yang aku tidak minat itu. Ambil ijazah dan bekerja dengan persekitaran akaun. Ya Tuhan. Pasti aku tidak dapat bekerja dengan ikhlas. Terpaksa kerana itu saja kelulusan yang ada. Dan seribu satu perasaan gundah dalam hati kerana terpaksa membuat sesuatu yang aku tidak suka.

Sepertimana keputusan aku untuk kahwin nanti. Aku tak mahu memaksa dan aku juga tidak mahu rasa terpaksa.

Aku sudah buat keputusan yang mana tidak boleh diubah lagi. Take it or leave it.

7 comments:

Tok Rimau 17 Disember 2007 9:20 PG  

Nice template.

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian cukai pendapatan. Ha ha ha.

Hope for the best. Lari dari satu takdir ke takdir yang lain.

ayobkelubi 17 Disember 2007 10:18 PG  

woooooh,nice template.

girl, selamat belajar kembali!. yehaaaa! seronok sehhhhh belajo balik full time!.

The Miruxx 17 Disember 2007 10:19 PG  

'Take it or leave it' Mana satu keputusan orang pasrah?

Mesti ingat, malam tidak semestinya gelap kerana adanya sinaran bulan, lampu jalan, lampu suluh, lampu kereta.

de5lin 17 Disember 2007 11:11 PG  

whooaaa nice template

kalo takmo pilih just follow the flow ble tak??

coz xmo seksa diri sendri hehehe

Amy Z! 17 Disember 2007 11:27 PG  

TokR : Terima kasih. Satu malam berjaga mahu buat ini template.

Nak menyesal pun tak guna. Terlajak perahu boleh diundur. :) Hehe.

Ayob : Terima kasih.. Hehehe. Tgh exited nak jadi student balik nieh! Haha.

TafTeh : Orang pasrah ikut saja. Haha. Harap2 tidak teraba-raba seperti buta hilang tongkat. :)

Lin : Thank you, bebeh! Semalam lepas balik dari Kopitiam, teruss buat ini template. Haha.

Kadang ikut flow je bosan sayang~ Tak adventure. Haha. :)

The Miruxx 17 Disember 2007 3:10 PTG  

Oh, orang pasrah ikut flow. Orang bijaksana akan keluar dari rutin.

Amy Z! 17 Disember 2007 3:32 PTG  

TafTeh : Selalunya begitulah. Orang bijak belajar dari pengalaman orang lain.

Cerita Lama Amyz