Khamis, 6 Disember 2007

Kalau Minat Pun

Walaupun aku minat gila-gila-gila pada Anuar_Zain. *pengsan*. Tetapi tidaklah aku. Sekali-kali tidak;

1. Pasang lagu Lelaki_Ini berulang-ulang dari waktu masuk kerja sehingga waktu habis kerja.

2. Letak mp3 Lelaki_Ini menjadi nada dering panggilan dan nada dering mesej. Bila dapat panggilan dan mesej. Bergemalah suara Anuar_Zain memecah sunyi pejabat sejuk ini.

Lelaki ini yang selalu menyintamu...

Serius. Aku kira hampir 100 kali lagu itu diulang-ulang dari pagi. DENG!!

Minat aku tak akan pudar pada Anuar_Zain. Tetapi aku sudah muak tahap nak muntah darah atas papan kekunci dengan lagu Lelaki_Ini. Bukan satu itu sahaja lagu Anuar_Zain pun, OKE!!

DOUBLE DENG!!!!

-----------------------------------------------------
Sayang, pergi kedai dan dapatkan Berita Harian dan Utusan Malaysia untuk merasakan kerugian kamu tidak hadir ke MASKARA 5. ;-) Jika kamu hadir, terima kasih! Kamulah lelaki/wanita yang paling kacak/anggun sekali. (Potong mana yang tidak berkenaan)

Dan jangan lupa klik di sini dan sahkan kehadiran untuk bertemu selebriti blog pujaan kamu. Info Gathering Geng Jurnal 2007 di sini.

15 comments:

kayusakti 6 Disember 2007 3:29 PTG  

dari dulu lagi aku dah muak dengan lagu lelaki ini.
sampai jadi tak suka dengan lagu ini sebab dah ramai sangat orang dok putar2 lagu ini.
oh plis la.!

hidup ini bukan hanya utk anuar jeng semata-mata occay!

n plis beritahu pada mereka2 itu, supaya tidak memasang lagu lelaki ini bila berada di sekitar saya.
muak occay! muakkk!!

hahahhhahahah

Amy Z! 6 Disember 2007 6:17 PTG  

encik kayu : Hahahahaha. Yelah. Lain kali I kena sumbat kapas kat telinga - macam cerita P Ramlee tu. Ini semua kerana jiran sebelah menyebelah asyik pasang lagu Lelaki-ini sahaja!

Penat occayy! Penat!!

Nanti I akan umumkan melalui email u_mekdi. Hahahaha.

HE 6 Disember 2007 8:43 PTG  

cik amyz... rupanya kau peminat anuar zain ghupanya...ha ha ha...

patutla.kau senyap seketika suatu ketika dahulu ghupanye...kau sudah ada domain name..hebat hebat...

Amy Z! 7 Disember 2007 7:35 PG  

he : hahahaha. dah terjumpa juga akhirnya.. ;)

Tok Rimau 7 Disember 2007 8:23 PG  

Lelaki ini menunggu mu di Selatan.

Amy Z! 7 Disember 2007 9:05 PG  

Tok : Hahaha. Ada bunga atau coklat tak? Hahaha. ;-)

The Miruxx 7 Disember 2007 12:50 PTG  

Anuar memang hebat!

Amy Z! 7 Disember 2007 1:43 PTG  

TafTeh : Hebat sehingga tiap hari tiap masa tiap minit orang akan mendengar lagunya. Tapi aku dah nak tahap muntah darah.. huhuhu..

rasso 7 Disember 2007 2:55 PTG  

bayang lagu itu ditujukan daripada lelaki untuk lelaki...


eeeuuuuuiii....

Amy Z! 7 Disember 2007 3:39 PTG  

rasso : iiiieeee.. yurk!!

cik puan daun 7 Disember 2007 4:28 PTG  

tapi ko guna lagu lain utk ringtone hp ko.. ahahaha

rasso 7 Disember 2007 4:51 PTG  

ha ha ha

Amy Z! 10 Disember 2007 7:41 PG  

cik daun : hahahaha. bukan. bukan. ini tentang ringtone orang lain. aku tak cerita tentang ringtone aku di sini. hahaha.

rasso : :-p haha.

madulebah 10 Disember 2007 8:03 PG  

eerrr.. mujur la aku ambil part muzik permulaan yg orkestra tuh.. sedap.

dan lagipun aku cuma guna untuk caller ringtone seorang je..

bila guna untuk semua dah hilang la keistimewaan 'lelaki ini' tu..

ha ha ha

Amy Z! 10 Disember 2007 9:26 PG  

madu : Hahahahaha. Ya. Ya. Lelaki istimewa pasti menerima special treatment. Hahaha. :-p

Cerita Lama Amyz