Isnin, 17 Disember 2007

I'm Not Plastic

Plastik di sini bukanlah bermaksud beg plastik yang kamu dapat bila kamu membeli-belah di Tesko atau Kapo atau kedai runcit biasa. Jika kamu cuma beli satu-dua barang yang boleh dipegang, pastikan kamu tidak meminta beg plastik. Kerana plastik sukar dipupus dan mencemar alam sekitar. (Nasihat ini dibawakan oleh Kem-Sumber-Asli&Alam-Sekitar).

Plastik yang aku maksudkan di sini ialah, kepandaian seseorang memboleh-ubah wajahnya, cakapnya, senyumnya agar manis sentiasa walaupun di hadapan orang yang tidak disukai.

Macam wartawan. Macam artis-artis. Kau ingat mereka itu semua suka ke antara satu sama lain? Semua tu plastik saja tu. Plastik.

Aku ini pula, pabila sekali sudah mendapati seseorang itu annoying di mata aku. Aku tidak boleh ubah muka aku menjadi manis depannya. Senyum pun tak ikhlas. Aku tidak pandai. Obviously, kamu akan tahu aku tidak suka pada seseorang dari riak wajah aku just like that! Obviously!

Cara untuk menyelamatkan diri aku dari dikesan oleh mereka yang aku tidak suka ini, adalah dengan mengelakkan diri dari bercakap dengan mereka. Ataupun, tunduk. Ataupun buat kerja lain. Seboleh-bolehnya, aku tidak akan memandang wajah mereka bila bercakap dengan mereka kerana terpaksa bercakap. Aku rasa tidak selesa. Aku rasa annoyed. Paling teruk, aku tidak melayan apa pun yang mereka cakap dengan aku.

Peh! Susah siutttt nak berlakon untuk menyukai sesorang yang tidak aku suka!

12 comments:

madulebah 17 Disember 2007 4:32 PTG  

wahai plastik Kem-Sumber-Asli&Alam-Sekitar, anda boleh berguru dengan plastik dari KEKKWA. Di sana majoriti adalah golongan bakat dan seni. Sungguh plastik.

Amy Z! 17 Disember 2007 6:36 PTG  

nida : nanti aku menuntut dengan kau ilmu plastik itu. sesungguhnya aku tidak boleh hide perasaan annoyed aku pada orang yang annoying. hahaha.

kiyai 17 Disember 2007 7:27 PTG  

hehe..sudah tukar layout ye? atau barangkali aku yang sudah lama tak menjengah ke sini.

aku rasa aku ada sedikit bakat memplastikkan wajah. tidaklah sehebat mana tapi aku rasa cukuplah untuk mengaburi mata mereka2 yang perlu aku kaburi.

atau mungkin aku aje yang rasa begitu padahal mereka sebenarnya tahu dan mereka pula yang berjaya memplastikkan muka mereka dengan cemerlang sampai aku ingat mereka tidak tahu. entahlah.

p/s:teringin pula nak ke perjumpaan geng jurnal walaupun bukan ahli. saja ingin melihat kemeriahan suasana.

Amy Z! 17 Disember 2007 7:45 PTG  

Kiyai : Dah lama tak melawat sini? Hehehe. Tak apa. Datang sekali-sekala pun dah rasa bertuah. :)

Hahaha. Ramai orang pandai menyamar. Sampai tak tahu mereka plastik atau ikhlas. Bahaya juga ye tak?

PS: Datang sahaja gath gj tu. Tak kisah. sesiapa pun dijemput hadir. :)

The Miruxx 18 Disember 2007 7:35 PG  

Psssttt. Wa suspek naga tu plastik.

Amy Z! 18 Disember 2007 8:56 PG  

Tafteh : Hahaha. Wa syak begitu. Syhh..

Tok Rimau 18 Disember 2007 8:59 PG  

amyz,
berapa lama you nak berdiam ignore I?

Amy Z! 18 Disember 2007 12:11 PTG  

Tok, I tak pernah ignore you. Kalau I sorok2 muka itu, tanda I malu kat u. Haha.

ayobkelubi 18 Disember 2007 3:54 PTG  

plastik?kitar semula kak.hahaha

aku pun lebey kuang gitu lah. yang penting jangan hipokrit rite?

Amy Z! 18 Disember 2007 10:10 PTG  

ayob : kadang2 jadi plastik utk selamatkan keadaan. hehehe. Betul, yg penting kita tak hipokrit. Haha.

HE 19 Disember 2007 7:35 PTG  

skrg banyak barang-barang diperbuat daripada plastik! Murah!

Amy Z! 20 Disember 2007 2:34 PTG  

he : plastik ada toxin yang membahayakan kesihatan. :D

Cerita Lama Amyz