Jumaat, 14 Disember 2007

2 Tahun Lebih Muda Pun Tak Apa

Wanita sensitif terhadap dua perkara. Berat dan usia. Percayalah. Wanita akan mula berdiet sekiranya ada orang katakan pada dia, dia nampak berisi. Begitu juga dengan usia. Wanita akan risau jika orang teka usianya lebih tua dari umur sebenarnya.

Untung kawan aku ini, senantiasa nampak ringan dan muda. 18 tahunlah katakan. Itupun ada cubaan untuk berdiet. Marah betul aku!

Maka, tidak hairanlah produk-produk anti-aging tumbuh melata seluas alam sekarang ini. Trend baru wanita masakini untuk nampak lebih muda (agar suami tak cari gadis muda ranum dan bergetah dan montok). Dari produk mahal sehingga yang murah-murah. Even produk minuman pun sudah ada kolegen. Untuk muda dengan cara mudah. Duh!!

Selama ini, aku tidak pernah. Malahan tidak suka pun meminta orang meneka umur aku. Payah sangat. Biar aku terus terang sahaja. Tak mahu juga sakit hati sekiranya mereka meneka umur aku lebih tua dari usia sebenar. Haha. Kan, diri sendiri juga yang sedih? Baik terus-terang sahaja.

Dan kita akan rasa lebih-lebih baik (much more better) bila kita dah beritahu usia kita, mereka terkejut dan berkata, "Eh, eh. Ingatkan 20++*." (* 20++, maksudnya mereka meneka umur kita muda dari usia sebenar.)

Seperti kejadian di kaunter pusat membeli-belah semalam. Entah kenapa, bila ditanya tentang usia. Aku meminta Sale Assistant itu meneka. Aku tidak pernah meminta sesiapa pun meneka usia aku. Selalunya aku terus-terang saja. SA itu kemudiannya meneka usia aku 2 tahun lebih muda dari usia sebenar buat aku rasa much-much-much more better. Dan aku terus beli produknya tanpa fikir-fikir panjang. Haaa.. percaya tak kuasa usia pada wanita?

Nota: Selalunya begitulah. Orang akan teka usia aku muda 2 tahun dari usia sebenar. 2 tahun lebih muda pun tak apa. Asalkan nampak muda. Kan? Hahaha.

14 comments:

madulebah 14 Disember 2007 10:53 PG  

Tngat tak perempuan annoying di hadapan kita semasa kursus minggu lepas?

"student ke?" dia tanya kita.

Ha ha ha.. dia tak tahu kita lebih tua daripada dia. Eeerr penampilan mempengaruhi sebenarnya. Dia bergaya seperti orang 30-an.

Dan aku yakin dia tak macam kita yang menyemak nama dan nomor kad pengenalan orang lain dalam senarai nama yang diedarkan itu.

ha ha ha

Amy Z! 14 Disember 2007 11:09 PG  

Nida : Entahnya. Siapa suruh dia bergaya ala-ala seperti mak datin? Hahaha. Aku sukaa sangat dia teka kita student. Hahaha. Kecoh laa minah tu. Ala-ala blonde gak aku tengok dia tu. Hahaha. Keji betul kita kutuk2 dia. Hahahaha.

Heyy.. ini entri pasal usia muda. Dah bercerita pasal minah annoying tu plakss! Hahaha.

Alaaa.. Cik Nida tak apa. Cik Nida memang selalu nampak muda. Hahaha.

sinaganaga 14 Disember 2007 2:33 PTG  

Semua sales assistant dilatih untuk bersikap begitu. :)

Amy Z! 14 Disember 2007 2:38 PTG  

naga : hahahaha. Ko ni potong stim laaa.. hahaha.

ayobkelubi 14 Disember 2007 5:02 PTG  

eh amyz!.

teka siapa yang menegur saya bila naik semester?.

skrip iklan krim nampak muda 2 tahun.

sekian....

newrin 14 Disember 2007 9:05 PTG  

eleehhh baru 2thn lagi muda... aku lg best, ada budak tgh tgu SPM tnya aku "r u waiting for your SPM result" wuhuuuu bangga seyyy 10 tahun lagi muda, dah la aku dh kawin n ada anak :) syok sendiri aku d whole day

hahaha jgn jelesss gitu

btw, ko g gath yg li organize ker?

Amy Z! 14 Disember 2007 9:52 PTG  

newrin : Hahaha. Sebab fizikal ko tu nampak muda oke! macam kawan aku yang aku link tu. Aku fizikal memang 20++. At least 20++ pun kira muda rumaja jugak. Hahaha.

Tak pergi kot. Sebab aku ke Johor. Tgk dulu mcm mana. :)

Amy Z! 14 Disember 2007 10:27 PTG  

ayob : hahaha. aku benci iklan tu..

The Miruxx 15 Disember 2007 10:23 PG  

Apalah yang ada pada nombor. Eh, nomborkan boleh dipalsukan.

Anonymous 15 Disember 2007 10:51 PG  

Aku terpaksa bersetuju dengan naga..memang semua sales assistant di ajar agar meneka 'which ever is lower'.

kalau sales assistant itu ada blog, dia mungkin menulis.."..suka betul akak itu bila aku sengaja meneka umurnya jauh lebih muda..malah terus dia beli produk aku..sedangkan tekaan sebenar aku jauh lebih besar nombornya...'

mungkin..?

nizamsani 15 Disember 2007 6:36 PTG  

kalau disuruh aku meneka.
aku akan teka yg maksima tua.

Amy Z! 16 Disember 2007 2:27 PTG  

tafteh : nombor boleh dipalsukan. wajah juga boleh dimudakan. haha. :)

darkampo & neezie : ya ampunnnnn... lelaki-lelaki ini tak pandai please hati perempuan yang sedang happy sebab diteka usianya muda 2 tahun dari umur sebenar..
Duh!!
Hahahaha.

Tok Rimau 17 Disember 2007 9:25 PG  

Ish. Kau kelihatan 17 kepada aku. Sungguh.

Dan. Aku ingin menjual kepada engkau bateri second hand henpon aku. Nak beli?

Amy Z! 17 Disember 2007 11:43 PG  

Tok R : Hahahaha. Keji sungguh Tok!

Cerita Lama Amyz