Rabu, 21 November 2007

Terapi

Adakah wanita-wanita ini akan lebih tenang apabila menjalankan terapi-retail atau dalam erti kata lain, membeli-belah adalah satu aktiviti yang mengurangkan stress?

Terpulanglah apa kata kocek kamu!

Kalau duit dalam akaun bank kamu tak pernah-pernah surut. Dan kad kredit kamu ada orang yang membayarkan bilnya. Retail-therapy ini mungkin boleh membantu kamu merawat stress.

Kalau semekin* macam aku ini. Retail-therapy hanya akan menambahkan stress bilamana aku membuka wallet atau memeriksa baki duit di akaun bank. Di mana bakinya hampir buat aku menangis atau meraung-raung macam serigala. Dan pada waktu itu serasanya seperti mahu kahwin dengan anak dato' atau dato' atau tan sri. Malangnya wajah tak secantik waima se-hot model Perancis. Terpaksalah melupakan niat kotor tersebut.

Tetapi, wanita tetap wanita. Biarpun duit di dalam akaun hanya tinggal serdak sehingga gaji akan datang. Biarpun di wallet sudah kering-kontang. Gagah juga dia membeli-belah hatta untuk sepasang kasut atau sehelai t-shirt ataupun sehelai tudung yang cantik dan murah.

Syaitan dalam hati berbicara; "Ala.. murah saja ni. Hari gaji tinggal beberapa hari saja lagi. Tak apa."

Serius! Percayalah!

Sebab mereka akan rasa sedikit tenang selepas itu. :-)

Sepertimana aku~ Ops!!

Hey, ini ada satu kajian di London;

LONDON: Wanita lebih menghargai peluang membeli belah yang disifatkan lebih menyeronokkan berbanding mengadakan hubungan seks, kata penyelidik, seperti dilaporkan akhbar Daily Mail. more...


Whooaa. Aku rasa ramai suami orang di luar sana tersentap kalau kajian ini benar sekiranya dilakukan di Malaysia.

Sekarang kamu masih tertanya-tanya mengapa wanita suka membeli-belah? :-p

*semekin : miskin (Kalau guna perkataan miskin, nampak sangat tak berduit. Haha. Mohon maaf pada orang-orang sastera kerana telah merosakkan bahasa indah Melayu.)

14 comments:

.vvy|na. 21 November 2007 8:29 PTG  

lelaki juga menyumbang kepada penyebab kaum wanita suka membeli-belah kan?

contoh, lelaki yang kurang memberi perhatian kepada teman wanitanya akan menyebabkan si wanita itu BENGANG, TENSYEN dan SAKIT HATI. oleh itu, shopping saja yang boleh mengubat luka di hati ;)

ini cuma pendapat saya yang BELUM BERTEMAN LELAKI lagi. hehehehe.

de5lin 21 November 2007 8:42 PTG  

terapi retail?

sy buat sbb sy takde bf, n that's the way i cuddle myself

aci?
hahahah

neway rasanye kalo kajian itu terjadi di malaysia...mung akan bertambah golongan dual band...mungkin!

Amy Z! 21 November 2007 9:00 PTG  

awin : hahahaha. betul. itu salah satu sebab mengapa wanita stress dan perlu membeli-belah.

awin nak berteman lelaki tak? hahahaha.

de5lin : bila takde teman lelaki. kita stress juga lalu membeli belah dengan hebatnya. hahaha.

kajian itu tak sesuai utk golongan dual band itu. hahaha. :-p

cute-cat 21 November 2007 9:51 PTG  

esok (khamis, 22/11/07) gaji! Hoyee!! jom kita g shopping kak ;)

Amy Z! 21 November 2007 9:56 PTG  

Stranger : Yeeaaayyy!! Nak shopping! Nak shopping! Jomm!!!

.vvy|na. 21 November 2007 10:28 PTG  

tapi wanita yang comel ini belum gaji!

marilah wanita-wanita sekalian. kita buat road trip.

dengan lelaki-lelaki hensem ke? ahahahahahaha

madulebah 22 November 2007 8:30 PG  

kau patut kredit kepada kawan kau yang rajin baca surat khabar tu kerana bagitau kau pasal berita tu.. ha ha ha

Hari ni gaji dan SOGO buat sale untuk membercard.. peerrgghh harus aku lupa daratan kalau tersesat ke sana nanti.

minta-minta la tiada syaitan yang menggoda dan merasuk aku.

Ingat, aku ada komitmen yang lebih penting untuk masa.

Amy Z! 22 November 2007 9:07 PG  

ah win : Gaji tak ada tak apa. Kita window shopping je. ;-)

Nanti kita plan road trip kita ok? Errr.. lelaki hensem mana nak kita cekau. Andaikata kita ajak pun, mahukah mereka mengikut kita? Huhuhu.

Nida : Sogo sale? Aku harap tak ada syaitan yang hasut ko untuk pergi sale Sogo hari ni. Dan aku harap ko tak meronta-ronta di bilik aircon ko itu kerana tidak dapat ke sogo hari ini.

Ingat, masa depan lebih penting!

Tapi, ko kata nak beli kasut?

Muahahahahaha. >:)

siew 22 November 2007 10:49 PG  

yeeeaahh...ini hari gaji...
lama xmenjenguk ke 'kawanku'

Amy Z! 22 November 2007 11:38 PG  

siew : hahaha. :-p

The Miruxx 22 November 2007 1:49 PTG  

ehhhhhhhhh, lu ada delete entry ke?

Amy Z! 22 November 2007 2:53 PTG  

tafteh : hahaha. :-p

Anonymous 24 November 2007 4:58 PG  

tapikan. kalau shopping kat london, sememangnya retail theraphy walaupun duit tinggal serdak hahahaha.

bak kata seorang kawan, 10pound disini masih boleh macam2 untuk sara hidup selama seminggu, sedangkan 10ringgit disana pun masih berkira2 apa yang boleh dibeli.

not saying that everything is good here but at least,bila nak beli barang branded dibawah 10pound, tak rasa tercekik seperti nak kena bayar 70ringgit kan kan kan? hehehehehehe

itu saja sebab kenapa saya suka shopping disini. disana atau disana kampung saya nun jauh tuh, saya bukan kaki shopping. ia menambahkan stress rather than theraphy lol.

-ex-roomie uya-

Amy Z! 25 November 2007 12:52 PTG  

nonah : hahahaha. memang best kalo ada 10 bucks boleh beli macam2. tapi kat sini rm10 utk makan minum satu hari je. nak beli kasut sepasang punnnn tak lepas beb!

Kat sini bersoping bukan utk therapy at all... lebih-lebih lagi utk orang semekin macam aku nih. hahaha.

Cerita Lama Amyz