Rabu, 7 November 2007

Spontan

Kadang-kadang, bila hati sedang marah-marah. Hati sedang sedih-sedih. Datang seorang lelaki, senyum. Ajak aku kahwin. Haha. Aku gelak-gelak. Dia gelak-gelak. Aku tahu, dia tak serius. Dia suka buat lawak. Lawak spontan.

Aku suka lelaki yang spontan. Aku tak adalah maksudkan dalam semua perkara. Bukanlah semua perkara dia kena bersikap macam tu. Bahaya untuk masa depan. Katalah, dia ajak aku kahwin esok. Nak mati? Spontan sangatlah tu.

Spontan maksudnya; macam tiba-tiba orang hadiahkan kau CD Anuar Zain (Contohnya laa..) Sudah tentu hati kau berbunga-bunga ye tak?

Yang aku selalu wondering kenapa kebanyakan (bukan semua) lelaki susah sangat nak bersikap spontan. Lakukan sajalah. Kata sayang? Tapi, untuk lakukan sedikit surprise untuk orang tersayang pun, berfikir 5-6 kali.

Kadang-kadang, spontanlah sedikit. Kan?

10 comments:

.vvy|na. 7 November 2007 9:32 PTG  

ye, saya juga sukakan lelaki yang spontan. yang peka. yang sensitif dengan keadaan sekeliling.

lelaki sekarang mostly dah tak aggressive la kak. pemalu konon :p

Amy Z! 8 November 2007 11:17 PTG  

awin : most of them, bebeh. yang malu tu biarkan pemalu - siapa malu, rugi la kan?? hahaha.

madulebah 9 November 2007 8:43 PG  

kalaulah tiba-tiba ada lelaki secara spontan menghadiahkan aku seketul handphone idama..

alangkah...

muahaha...

13may 9 November 2007 10:34 PG  

hi awin!

;)

13may 9 November 2007 10:34 PG  

oh! aku bukan saja takat pikir 5-6 kali...malah berhari hari...

hahha hahha hahha :D

Amy Z! 9 November 2007 10:54 PG  

13 may : cehhhhhh... :-p

.vvy|na. 9 November 2007 4:05 PTG  

hi may!

;)

sinaganaga 11 November 2007 12:27 PTG  

semakin umur meningkat dewasa - semakin kurang sifat spontan ini kerana sifat spontan telah dihakis oleh sistem pendidikan.

Amy Z! 11 November 2007 12:57 PTG  

naga : patutlahhh.. :-p

Amy Z! 13 November 2007 10:14 PG  

cik madu tersayang : 1st maaflah terlewat membalas komen mu itu. huhu. hamba tak perasankan komen itu. kejinya aku!

jika ada lelaki sudi memberimu henpon, katanya padanya, alangkah lebih baik kamu memberi cincin. hahaha. demand lakkk!!!!

Cerita Lama Amyz