Ahad, 11 November 2007

Sorry, Blame It On Me

*Sambil baca entri ini, dengar lagu ini sekali oke?*


Kadang-kadang kita terlalu ego nak mengaku kita bersalah. Juga kita malu untuk menerima hakikat yang kita dah buat salah. Apabila itu berlaku, kita tak mudah mengucap kata-kata maaf.

Untuk ucapkan maaf terlalu sukar. Sorry seem to be the hardest word. Itu antara sifat-sifat buruk kita - manusia - yang perlu kita sedari. Kita akui.

Kenyataannya kita yang salah. Jadi, bertanggungjawablah dengan apa yang kita lakukan. Ucapkan maaf. Bukan susah sangat. Macam kita ni agung sangat untuk meminta maaf. Macam kita ni besar sangat dan sempurna tanpa ada buat salah.

Yang penting, kita dah minta maaf. Nak maafkan atau tidak, terpulanglah kepada dia. :-)

Well, lagu Akon, Sorry, Blame it on Me ni, menarik hati aku kerana kita tahu kita sukar untuk meminta maaf kepada sesiapa. Tetapi lagu ini menyatakan sebaliknya.

.. As life goes on I'm starting to learn more and more about responsibility
I realize everything I do is affecting the people around me
So I want to take this time out to apologize for things I have done
And things that have not occurred yet
And the things they don't want to take responsibility for..


Aku sedia menerima salah itu, dan maafkan aku, yach?

9 comments:

iwan 12 November 2007 8:00 PG  

amyzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

*wink*

Amy Z! 12 November 2007 10:35 PG  

iwan : hihihi. rindu aku yach? ;-)

newrin 12 November 2007 11:46 PG  

aku lah salah seorng dari org2 yang susah nk mengaku salah :)

ayobkelubi 12 November 2007 12:32 PTG  

kenapa entri ko sejak2 kebelakangan ni ada saja kaitan dgn entri aku dlm JK?

aku komen entri ni berdasarkan entri aku number 76 dlm JK.

matilah ko muntah darah lepas nie.asyik soh rujuk buku JK jek. hahaha.

jgn marah ah!. ;)

The Miruxx 12 November 2007 1:56 PTG  

Amyz, dulu ada belajar subjek psychology yek?

Banyak betul entri yang mengupas perangai manusia.

de5lin 12 November 2007 2:10 PTG  

kdang2 kalau kita mintak maaf macam nie pun orang bukan pandang selarik mata pun....

so choose to be ego with ego peeps ;)

Amy Z! 12 November 2007 3:41 PTG  

newrin : :-p fozi kena sabar lah byk2. haha.

ayob : oh ye ke? aku tak rujuk JK pun bila nak tulis entri ini. mungkin otak kita ada sync sesama sendiri.

takpe. nanti aku rujuk JK balik. haha.

*tulisan aku dlm JK, takde sapa buat rujukan ke? muahahahaha.*

tafteh : sebab tak belajarlah, skrg ni sedang belajar ttg perangai manusia. cuba memahamkan. hihi. :-)

de5lin @ deslin (haha) : yg penting kita dah minta maaf. tak nak maaf kan, terpulang. kalau dia ego sangat, suruh dia duduk dalam hutan. :-)

sinaganaga 12 November 2007 6:03 PTG  

aku rasa macam ada silaplah, bukan ke... kalau kita minta maaf kat orang dan orang tu tak maafkan kita - sampai bila2 pun kita yang buat salah tu akan berdosa or tak kosong - kosong kan?

tapi, kena semak dgn ustaz or pak imam le kemusykilan aku ni. anybody, please!

rasanya, ia taklah ada "ok since kau yang tak maafkan aku but aku dah minta maaf kat kau - so, lantak kaulah! hutang aku dah lepas!"

aku rasa mcm ada silaplah. cuba sapa2 rujuk al-Quran!

Amy Z! 12 November 2007 6:58 PTG  

naga : ooo. betullah kata ko tu. kalo dia tak maafkan kita. sampai bebila kita berdosa dengan org tersebut.

kawan aku kata; lambatla ko masuk nak syurga kalo org tu tak maafkan ko!

aaa.. macam kawan ko ada kata gak, bila ada org nak minta maaf; lantaklah! kita jumpa kat akhirat je nanti!

haha.

Cerita Lama Amyz