Rabu, 14 November 2007

Si Cusp - yang Lahir Antara 2 Zodiak

Ya. Aku tahu. Ini satu lagi entri tentang sifat-sifat manusia. {TafTeh mesti geleng-geleng kepala}

Aku ada beberapa orang kawan yang lahir di antara 19, 20, 21hb - tidak kisah bulan apa pun. Yang mana mereka ini lahir di sempadan antara dua zodiak.

Aku sebagai seorang perempuan yang ekstra sensitif, aku selalu notice sifat mereka yang sering berubah-ubah. Selalunya aku sering keliru. Dan aku jadi ekstra berhati-hati dengan sebarang perubahan mendadak mereka.

Aku mula menyedari sesuatu apabila aku menilik tarikh lahir mereka. Kenapa tiba-tiba mereka berubah mood? Mengapa tiba-tiba mereka ada personaliti berbeza? Aku pun mula meng-google serta me-wiki.

Aku jumpa satu definasi untuk mereka yang lahir antara dua zodiak.

"Being born in between signs is Rasi Sandhi*. It is a Grey area. Traits of both signs are seen in a personality."

Ataupun dikenali sebagai cusp. Cusp merupakan terma di dalam astrologi yang bermaksud satu garis imaginari yang menyempadani antara dua zodiak.

Wiki oke! Wiki!

Seseorang yang lahir dalam sempadan dua zodiak selalunya mempunyai ciri-ciri yang terdapat dalam kedua-dua zodiak. Juga membuatkan mereka mempunyai personaliti yang unik. Dibawah pengaruh dua zodiak yang dinaungi membawa kepelbagaian dan perbezaan dalam personaliti dan emosi mereka. Jadi, bila anda membaca horoskop, anda kena baca kedua-dua zodiak sekali.

Sebagai contoh mudah, Aries ini sifatnya cergas, sedangkan Pisces sifatnya berhati-hati. Element Aries api sedangkan elemen si Pisces, tanah. Jadi kadang-kadang sifat agresif Aries dilambatkan oleh sifat berhati-hati Pisces. Gabungan api dan tanah menjadikan mereka kukuh dan sukar ditewaskan. Ferrrrr.....

Oke. Sekarang baru aku betul-betul faham tentang mereka yang lahir antara dua zodiak ini. Dan aku perlu ekstra hati-hati. Imajinlah mereka punya gabungan sifat dua zodiak. Hebat tau! ;-)

Ha! Pergi periksa tarikh lahir kawan-kawan kau, dan rujuklah mana-mana link yang aku berikan di bawah ini. Tak perlu susah-susah google lagi. :-)

*Rasi Sandhi is when a planet is moving from 36th degree to 1st degree of the next sign.

Rujukan :
1. Constellation Chamber
2. Born on Cusp written by Carol Squires, Astrologer
3. Astrology - Senarai sifat-sifat cusp mengikut gabungan dua zodiak.

17 comments:

effa 15 November 2007 9:05 PG  

wah...terbayang amyz macam witch lady yang raba2 bola kristal tu,haha..kemudian terbang ke langit malam2 naik penyapu...haha..

Anonymous 15 November 2007 10:05 PG  

Orang yang membuat ramalan-ramalan 'horror scope' ni pandai...

Katakan untuk Saggitarius..disenaraikan 20 sifat yang am.

dan aku membacanya..satu sampai tujuh..tak kena. Ahh..no. lapan kena!..sembilan sampai duabelas tak kena.

tigabelas kena!.

Ramalan hapaa! Itu namanya serkap jarang.

kan?

The Miruxx 15 November 2007 10:47 PG  

Ok, lepas ni kau kena belajar Colourlogy pula. Cepat! Mula me-wiki.

Ini data aku:
Sebelum 2006: Merah (Hampir berbelas tahun)
2006- Hijau pucuk pisang.
2007- Oren.

Aku sekarang into pink dan purple lavendar.

walids 15 November 2007 11:44 PG  

wahhhhhhhhhhhhhhhh
cam best lak dengar hahahaha
FYI walid lahir 21hb :p

Amy Z! 15 November 2007 12:00 PTG  

effa : hahaha. imajin aku pakai topi tinggi dan runcing. tapi aku tak pandai gerak-gerak hidung macam samantha dalam bewitched! Hahaha.

Abisla penyapu lidi mak aku kena jampi-jampi lepas nih. Hahaha. Keji la kau!

Uncle Po : Hahahaha. Nama pun ramalan ye tak? Hahaha. Cuba tengok 'horror scope' majalah lain pula, mana tau 'kena'. Haha.

Tafteh : Wah.. belum habis belajar astrologi nih.. Hahaha. Takpe. Nanti aku wiki dan google. Hahaha.

walids : Wahhhh.. oke. tambah sorang lagi kawan yang cusp. Hihi. BTW, walis cusp antara dua zodiak apa yach? Boleh amyz tilik-tilik. Hahaha.

walids 15 November 2007 2:47 PTG  

sagi/capri ha tengok2 sket muahahahaha

Amy Z! 15 November 2007 2:58 PTG  

walids : Woww... ciri-ciri sagi/capri sangat mengagumkan. ;-)

sinaganaga 15 November 2007 4:27 PTG  

aku lahir 18 April. tahun? tahun kambing. kalau kau tanya Cina - apa kambing itu tau hah tauke? dia mesti jawab, "haiya!!!! manyak ong punya kambing la lu! *smiles*

Amy Z! 15 November 2007 5:36 PTG  

naga : horoskop cina aku tak belajar lagiiiiii... hahahaha.

madulebah 16 November 2007 8:47 PG  

eerrr aku si Libra yang seimbang kan?

ahahaha...

Amy Z! 16 November 2007 8:54 PG  

nida : Hahaha. Ya. Aku boleh nampak tang mana yang seimbang. Wahahahaha.

de5lin 16 November 2007 10:14 PG  

heheheheheh.....

kadang2 bile tgk cermin
terasa diri macam Niki Sanders

yeah, they plastic, stoned, swing...

but what the heck, they are powerfull

hahahhahaha (takbur sungguh gaye nye nieh)

Amy Z! 16 November 2007 10:33 PG  

de5lin : Waa.. tak abis2 cerita heroes dia. :-p

Niki Sanders cool okee!!!

Pencarut Keji 17 November 2007 3:16 PTG  

huhuhu.. :) dorang buat ramalan bukan base on sorang aje ler..
name pun ramalan.. tak sume nye mesti tepat.. mayb dalam 20 ramalan setiap satu ramalan dari dari seorang individu.. hueh!! kamon!

sapa suh caya?

Amy Z! 19 November 2007 10:12 PG  

Kata²Keji : namapun ramalan. :)

ayobkelubi 21 November 2007 4:27 PTG  

wah aku pun salah satu kawan ko yang lahir antara dua zodiak.patutlah aku pun selalu konpius.

aku lahir 21hb...

Amy Z! 21 November 2007 6:17 PTG  

ayob : aaaa.. bulan berapa agak2nya ya? :>

Cerita Lama Amyz