Selasa, 27 November 2007

Sesat

Jangan percaya sangat dengan Google atau mana-mana enjin carian. Ia kadang-kala mencari sesuatu yang tiada di dalam blog aku.

Blog ini tidak mengandungi unsur-unsur atau perkara-perkara seperti di bawah :
1. Tarikh lahir Fadhilah Kamsah
2. Personaliti ikut zodiak
3. Sek*s
4. Anak angkat
5. Iklan raya paling sedih
6. Kempen budi bahasa
7. Anuar Zain Gay
8. Sayang awek
9. Downpayment kereta kancil guna kad kredit
10. Zodiak dan horoskop

Yang paling aku kelakar; Cari teman lelaki. Adik sayang.. Jangan cari teman lelaki di blog akak. Tak akan jumpa. Kalau nak teman lelaki, akak ada seorang calon sesuai. Nama dia Iwan. Sila lawat blog beliau.

Ramai juga orang yang sesat ke blog aku bila meng-google perkataan-perkataan seperti di atas.

Aku mengaku. Aku ada tulis tentang perkara di atas kecuali sek*s. Lagi pula ianya hanya perkataan. Bila Google lihat ada kunci perkataan yang sama, lalu ia pun menyenaraikan blog aku ke dalam senarai carian. Hanya perkataan. Tanpa makna.

Walaubagaimanapun, terima kasih atas lawatan kalian sekaligus menaikkan hit pelawat aku. Haha.

Bagus sitemeter ini. Dia beritahu aku info orang yang melawat blog aku. Terima kasih sitemeter! Walaupun kalian masuk blog aku tak tinggal pesan. Tinggalan jejak kalian, sitemeter aku simpan.

Sesat-sesatlah lagi di sini. ;-)

7 comments:

The Miruxx 28 November 2007 3:50 PTG  

ok, wa pun nak sitemeter la...

Anonymous 28 November 2007 3:54 PTG  

kalau pakai sitemeter di kira sebagai ikhlas atau tidak dalam menulis blog?

Amy Z! 28 November 2007 5:48 PTG  

tafteh : register cepat! :D

d'arkampo : Tulis dan sitemeter adalah dua perkara berbeza.

Kadang2, kita mahu kenal orang datang lawat blog kita. :)

sya 28 November 2007 11:27 PTG  

akak, try statcounter. segala ceruk dia cungkil keluar. hehehehe...

Amy Z! 29 November 2007 8:38 PG  

sya : alahai.. dah guna sitemeter ni. malas plak nak tukar2. hehehehe. ;-)

ayobkelubi 29 November 2007 10:03 PG  

sepatutnya mereka yang googlekan cari teman lelaki tu kena tukar sikit ayat tu. contohnya seperti carikan amyz teman lelaki.baru tepat!.hahahaha.

nie buat aku nak belek statcounter aku nie.lama tak jenguk.

Amy Z! 30 November 2007 9:53 PG  

ayob : hahahahaha. teman lelaki baru? wahahaha. :-p

waktu belek2 sitemeter, aku suka tengok carian google ke blog aku. kadang buat aku gelak golek2. hahaha.

Cerita Lama Amyz