Dia Sayang Kamulah
Kamu merungut-rungut dia tak beri perhatian pada kamu. Kamu merajuk-rajuk dia tak luangkan masa dengan kamu. Kamu juga marah-marah bila dia pentingkan kerja dan kawan-kawan dari kamu.
Tapi kamu tidak tahu dia sayang kamu dengan cara dia sendiri. Dengan cara dia. Bukan cara kamu.
Kerana kamu menyayangi dia dengan cara yang lain. Dia pula menyayangi kamu dengan cara lain. Bukanlah bermakna dia tidak menyayangi kamu. Dia sayang. Cuma caranya lain.
Dia bagi perhatian pada kamu. Dia fikir tentang kamu. Dia sanggup kena marah dengan boss dia kerana mahu berjumpa kamu. Dan ada beberapa perkara dia sanggup lakukan untuk kamu. Tetapi kadang-kadang itupun kamu susah nak hargai.
Lagipun waktu mula-mula kamu menerima dia, adakah kamu menetapkan syarat bagaimana untuk menyayangi kamu? Tidak bukan?
Jadi, terimalah cara bagaimana dia menyayangi kamu, walaupun berbeza dari cara kamu. Asalkan dia menyayangi kamu. ;-)
14 comments:
:p
oh lupa.
tapi mula-mula kena pastikan sama ada dia sayang kamu atau tidak..
ahahahhahaha :p
awin : hahaha. mula2 nak tahu dia sayang kat kita ke tak tu punnnn~ satu konflik.
tapi bila dah tahu sayang.. then start satu demi satu konflik. hahaha.
setuju. bila dah tahu sayang, lagi bertambah-tambah konfliknya.
sayang itu universal. cinta juga universal. cara menyayangi juga universal, bukan milik kamu seorang. kalau semua orang menyayangi hanya dengan 1 cara, dunia ini pastinya bosan, tiada variasi!
sya : yaaaaaa... betul...!!! hahahaha. dasyat juga sya berfalsafah. ;-)
Haha.
Sayangkan anak tangan-tangankan.
Oh...
sya? ni bukan sya lah. ini the other part of sya yang menulis.
hhihihihi.
sya tu apa tau? berangan je... :P
kunci : sayang anak lain.. sayang kekasih lain.. haha.
teh : :-) begitulah.
stranger : wah.. ada split personality? hahaha.
Lelaki dan kawan-kawan sudah sebati.tidak boleh dipisahkan.
wanita mmg selalu merungut. :)
as long as you love me gitu? ;P
siew : biasalah tu.
ayob : hahahaha. :-p
kereta akan berjalan juga walau apa juga jenis minyak yang di isi.Patronas,Mubil, Ass so,Shall whatever...
yang penting kereta berjalan.
kan?
Susahnya, kalau tak isi minyak tapi mahu berjalan berbatu-batu jauhnya.
d'arkampo : hahaha. metafora ini sangat manis. :)
Catat Ulasan