Isnin, 12 November 2007

Cetek

Jumaat lepas kala malam, di kaca tv channel 3 menayangkan Shallow Hal. Aku pernah tonton filem ini di wayang sekali dan di vcd dua kali. Tapi ini bukan rebiu tentang filem tersebut.

Aku terfikir tentang manusia, atau kita semua ini, ada yang singkat akal dan cetek pemikiran. (Kadang-kadang aku jua begitu dalam sesetengah situasi.)

Aku rasa media dan persekitaran kita banyak membentuk fikiran kita. Mengset minda kita dan mahu membentuk acuan kita. Sekiranya kita ini tidak punya pendirian sendiri, nescaya kita akan terbentuk menjadi seperti apa yang persekitaran kita mahukan.

Ala. Macam mak, ayah, saudara-mara, jiran tetangga selalu bilang pada remaja-remaja yang baru lepas graduasi untuk isi borang sp_a untuk bekerja sebagai kakitangan kera_jaan. Kononnya masa depan dah terjamin dan senang nak dapat pinjaman. (Damn! aku pun dah terikut acuan persekitaran!) Itu satu contoh bagaimana persekitaran cuba mengset minda kita. Sedangkan ini hidup kita, kita yang tentukan halanya.

Dan aku cukup-cukup benci dengan iklan-iklan mencantikkan diri, memutihkan kulit, menguruskan badan serta mempunyai rambut panjang lurus berkilat. Semua itu cuba setkan dalam minda perempuan bahawa yang cantik, putih, kurus dan rambut lurus berkilat itu akan digilai oleh lelaki. Bukan set minda untuk perempuan sahaja, lelaki juga yang terpengaruh dengan iklan itu mempercayai bahawa itulah ciri-ciri wanita sempurna.

Oh, ceteknya pemikiran! Macam Shallow Hal. Hati dan budi yang baik - tidak lagi dipandang. (Hypnotize baru tahu!)

Tapi aku tak adalah suruh kalian boikot semua produk kecantikan dan menjadi selekeh. Wanita mana tidak mahu nampak cantik? Cantik tidak salah. Tetapi jangan biarkan kita terlalu obses dengannya. Terpengaruh dengan iklan-iklan tersebut. Sampai biarkan kita diacu menjadi sesuatu yang bukan diri kita.

Macam masyarakat kita yang terlalu percaya kerja kera_jaan ini menjamin masa depan. :-p

9 comments:

13may 13 November 2007 2:38 PTG  

hehhe....mana dapat perkataan nih "Mengset"...

mula mula jenuh aku pikir...apabenda perkataan nih...bila baca ayat baru paham :D

The Miruxx 13 November 2007 3:05 PTG  

Eh, memang betul laaaa... perempuan cantik, putih, kurus dan rambut panjang digilai lelaki.

Iklan sebegitu tidak berbohong.

Amy Z! 13 November 2007 3:20 PTG  

13may : Meng-set. Ada la perkataan tu. Aku jumpa dalam majalah fesyen. :-p

taf teh : iklan itu tak berbohong pada mereka yang berfikiran seperti itu.

Anonymous 13 November 2007 3:43 PTG  

Persekitaran tidak salah.Tidak pernah salah.

Kerana kita sendiri yang membentuk persekitaran itu.

..dan kita dibentuk oleh paradigma.

Paradigma itu yang seharusnya dibentuk, dipupuk dan dijeruk.

paradoks kan?

Amy Z! 13 November 2007 3:57 PTG  

d'arkampo : kemudian ditambah dengan propaganda. menjadikan paradigma itu betul di mata mereka.

The Miruxx 13 November 2007 5:28 PTG  

Kau ada rasa tercabar ke.. dengan perempuan ala-ala model internasional?

Amy Z! 13 November 2007 5:38 PTG  

tafteh : hahaha. tak pernah rasa tercabar. tapi menyampah dengan mereka yang tak internasional ini cuba menjadi ala-ala model internasional.

zizie ali 13 November 2007 6:14 PTG  

pengaruh media arus perdana memang hebat. mampu membentuk mindset.
"stereotype!aku suka kelainan" kata jusoh jendul yg punya isteri agak gempal dan berambut kerinting.

Amy Z! 13 November 2007 11:48 PTG  

zizie : hahahaha. setuju!

Cerita Lama Amyz