Selasa, 6 November 2007

Benda Kecil yang Meretakkan Hubungan

Wah. Macam artikel dalam majalah saja tajuk aku ingin kupaskan kali ini. Ya, aku patut menulis untuk majalah-majalah fesyen macam Saharil. Naaa... Aku tak layak la beb!

Actually, Spyz ada bagi aku baca artikel bertajuk 'Fatal Habits', tulisan Hazel Parry. Spyz hulurkan artikel itu pada aku bila aku cakap, lelaki memang macam tu. Bila isterinya merungut tentang perangai dia. Haha.

You know something about woman?

They are like magnifier. See small thing, big. That's why!! {Ini pula Tok Rimau yang beri pada aku. Bila aku complaint lelaki macam bon kerajaan - lambat mature. Haha.}

Jadi, bila kamu lelaki - seorang yang ringkas, tak ambil port, kurang sensitif. Perempuan cepat rimas. Cepat marah dan cepat angin satu badan. Bila perempuan merungut-rungut di sebelah waktu kamu memandu, kamu buat muka stone. Dia akan rasa bahawa kamu tidak peduli tentang dia. Sound familiar, aight?

Benda-benda kecil seperti kamu, LELAKI suka buat. Fatal habit. Seperti menyepahkan cd-cd. Atau kamu tak tutup lampu bilik air. Atau kamu biarkan TV terpasang, sedang kamu tertidur di ruang tamu. Atau, segala pemberian si dia kamu letak di dalam laci, di bawah katil dan tempat yang si dia rasa kamu tak hargai pemberiannya. Atau, kamu membiarkan mug yang berisi nescafe semalaman di meja ruang tamu, dan semut telah menghurungi mug tersebut, tambahan pula mug tersebut merupakan mug pemberian si dia kepada kamu. Peh!!

Sakitnya hati si perempuan!

Tapi, aku bukan mahu bagi tips pada kamu ya. Si adam dan hawa. Aku mahu beritahu kamu lelaki, apa kata kamu berubah dan wanita, apa kata kamu tolong dia berubah.

Naga bagitau aku - tak logik sangat ayat : terimalah diriku seadanya. Kerana manusia berubah.

Kalau berubah untuk menjadi lebih baik, tak salah kan?

Fatal habit kamu - lelaki, sebenarnya selalunya dipandang berat oleh wanita kamu. Terkadang perkara itu membawa kepada putusnya dan retaknya suatu perhubungan. Oleh sebab sikap kamu yang selalunya memadang fatal habit kamu itu suatu perkara enteng!

Like you already know, woman are like magnifier, aight?

Nasihat aku satu : Berubah!

9 comments:

tuan tanah 6 November 2007 4:27 PG  

Perempuan, perfectionist kot.

Lelaki ada tak yang perfectionist?

Amy Z! 6 November 2007 7:37 PG  

TT : Ada. Sgt perfectionist. Saya ada jumpa. Nanti saya cerita. Hihi. :-)

Anonymous 6 November 2007 10:06 PG  

Entahlah..kadang-kadang lelaki menjadi ralat.

Adakah dia perlu berubah kerana dia kena ubah atau perempuan yang seharusnya menerima dia sebagaimana dia?

Bagi aku, lelaki ini bagaikan sekilau, hanya kembang bila ada saingan.

mungkin?

samurai 6 November 2007 10:56 PG  

Lelaki tau. Perempuan yg akan tlg buat semua2 tu. Itu sebab lelaki tak buat. Nanti perempuan tak tau nak buat apa pulak. :D

sinaganaga 6 November 2007 11:21 PG  

Oit2! Kau rekod ke apa aku cakap? HA HA.

cute-cat 6 November 2007 11:49 PG  

Lelaki begitu, perempuan begini. Fitrahnya berlainan agar mampu menarik antara 1 sama lain, untuk mencapai persefahaman dan bukan mencari kesalahan...


erkk... akukah yang bersuara? :p

Amy Z! 6 November 2007 2:05 PTG  

Uncle Po : ada certain things, kita kena terima seadanya. macam rupanya. macam tingginya. tapi, sifat adalah pembolehubah. perkara yg boleh berubah. lagipun, berubah utk menjadi baik tidak salahkan?

kalau ada saingan baru nak berubah pun bagus juga. jika tidak dapat yg dikejar itu, yg datang kemudian akan berasa bangga. :)

samurai : kalau semua perempuan kena buat, lama2 lelaki naik lemak la. boroi tak hensem tau!

naga : aku siap archivekan lagi. haha. henpon aku ada voice recorder tau.. hahaha.

adikku stranger : feh. sekali keluar falsafah! cewah!

lelaki dan perempuan berbeza. tapi sama. spt perasaan. emosi. dan lain-lain lagi. cuma bagaimana kita mahu kelainan antara lelaki dan perempuan itu menjadi satu kemanisan yg tidak merosakkan hubungan. :)

ayobkelubi 9 November 2007 10:38 PG  

komen aku untuk entri ini sila rujuk entri aku dlm JIWA KACAU bernombor 73. barangkali ada jawapannya disitu. ;)

Amy Z! 9 November 2007 10:54 PG  

ayob : balik nanti aku baca. nanti aku komen lagi. haha. :-)

siap promote jiwakacau lagi tu. :-p

Cerita Lama Amyz