Sabtu, 20 Oktober 2007

Tak Mahu Buat Dosa

Wah~ jangan muntah-darah bila baca tajuk ini. Ye. Aku tahu aku bukan baik, alim dan warak.

Tapi bulan Syawal ini, tak mahulah aku buat dosa pada orang lain. Kan, bulan Raya ni bulan mulia, di mana semua orang saling memaafkan dan menghilangkan dosa orang lain terhadap kita. Kosong, kosong ye? Bak kata kawan aku.

Jadi, minta maaf, emak dan ayah. Aku tak mampu untuk ke rumah-rumah makcik-pakcik dan saudara-mara yang mana selalunya akan bertanya tentang jodoh aku. Dan aku bukan seorang yang baik - sama ada aku akan mengeluarkan ayat kurang manis ataupun mereka akan dimaki secara hebatnya di dalam hati - which is, dosa kepada orang juga kan?

Oh. Ini juga merupakan alasan untuk mengelat dari mengikut emak dan ayah beraya di rumah saudara mara. Ihiks! :-p

But I guess I'm old enough to tail 'em, aight?

Ya. Di kampung hari itu. Aku ikut mak dan ayah beraya di salah sebuah rumah saudara yang jauh. Bau-bau bacang ke mangga ke, aku tak pasti. Mereka tidaklah bertanya pasal jodoh aku - since tak berapa kenal. Tetapi, yang memalukan ialah - aku dapat duit raya. What the ....? Aku bawa duit raya ok! Nak bagi-bagi kat anak-anak mereka!! Instead aku yang dapat duit raya?? How embarrassing!!

Isk.

7 comments:

newrin 21 Oktober 2007 1:42 PG  

hahaha ko laser kan ajer makcik2s tu..kadang2 diorg ni terlalu busy body terlampau..

hahah dapat duit raya? aku pernah masa 1st raya as a wife, pegi umah sedara fauzi..tup tup dpt duit raya, kelasss gitu (maksudnya aku nmpk muda remaja hahah perasan terlebih)

che nad 21 Oktober 2007 11:28 PTG  

itu muda remaja namanya =)

raya ke3 jln2 kt menara alor star. skali ada budak datang peluk dari blakang...'mak, nak pi bilik ayaq'. terasanya!!! huhuhu... *bdk tu kemudian berlari tersipu2 malu*

Amy Z! 22 Oktober 2007 3:51 PTG  

newrin : tulah kan? makcik2 mmg macamtu. patutnya aku ignore saja. aku saja yg emo sgt. hehe.

ko takpe. ko kecik dan comel. dapat duit raya pun, kira ok lagi la.. tapi aku yg vogue nih. malu weh! haha.

che nad : muda tak muda sangatlah. kalo anak buah dah panggil mama. tak nampak muda dah.. haha.

alahai.. cian budak kecik tu. salah org. comelnya. hahaha.

lazu 22 Oktober 2007 8:12 PTG  

malu ke? kalau aku dgn penuh gembira dan wajah yang berseri-seri aku terima duit raya tu.

Amy Z! 22 Oktober 2007 11:25 PTG  

Lazu : Kalo ada puluh2 di dalam sampul, berseri2 gaklah muka aku ni. hahahaha.

ayobkelubi 23 Oktober 2007 11:52 PG  

tipikal melayu ah girl, mmg tipikal,bila kita sound,diaorg akan balas balik macam ni

"bukan menyibuk,tapi amik berat"

tapi

dlm masa yg sama dok mengata

"eeeei,si amyz tu kan,dah lebih suku abad,bila tah nak kawin, banyak sgt ker pakwe dia tu?"

gitulah, kalau ikut style aku,aku jawap balik

"pergilah mampus,aku tak mintah duit korang pun"

or

"pergilah mampus,tak berdarah pun korang punya ______ (depend pada yg sound tu".

sbb tu makcik2 pakcik2 aku tak berani sound aku.hahahaha.

tapi

they all still love me!. hahaha

eh

ko dapat duit raya?.yeah baby!. hahaha.

Amy Z! 23 Oktober 2007 11:58 PG  

ayob : Hahahahahaha. Kira aku ni masih baik lagi. sebab aku tak sound cuma aku buat muka je kalo orang tanya2 tu. menyampah sehhhhh..

duit raya? :-p malu ahhhh..

Cerita Lama Amyz