Selepas Raya
Raya ketiga. Di KL. Bosan. Baru daftar sebagai ahli Facebook sebab kebosanan. Nampak lebih 'sejuk' sedikit dari Friendster. Hihi.
Siapalah yang rajin nak update blog waktu hari raya?
Aku. Hampir-hampir. Nyaris mahu update blog di hari raya pertama. Sebabnya, aku lambat bertolak balik Melaka - kereta ada masalah. Biasalah kereta lama.
Tapi, nasib baik tak update. Laptop dah simpan dalam beg. Malas nak keluarkan. Elok juga tak update. Waktu tengah marah, bengang dan emosi.
Oh. Lupakan cerita update blog di hari raya pertama dan kereta.
Sebulan tak makan waktu siang. Bila tiba raya pertama, menjamah ketupat dan lemang buat perut aku meragam. Macam menolak makanan keluar dari dalam perut. Melalui mulut. Bukan. Aku tidak ada penyakit Bulimia. Tetapi perut seolah tidak menerima makanan yang aku telan. Uwek. Uwek.
Tak dapat menikmati makanan sangat untuk dua hari raya pertama. Tapi tadi waktu makan malam, TER-tambah nasi dua kali. Damn! Plan nak kekalkan berat badan 48kg boleh hancur macam ni.
Tengoklah berat badan seminggu selepas raya ni nanti.
8 comments:
dugaan untuk awin pulak kan, orang bagi kek secret recipe berkotak-kotak, i mean REALLY berkotak-kotak, and all i can do is tengok je.
gua takot nak makan beb. baru je sedara mara cakap dah slim sikit dan dah comel.
tapi ada aiskrim cake..
:((
awin : tu betul2 dugaan tu.. waaa. kalo akak pun, akak menangis2 nak makan.. uwaaa..
inilah untung jadi lelaki. makanlah apa sahaja. tak perlu fikir pasal jaga badan :)
lazu :Ha.. senang jadi lelaki. kalo gemuk pun, wife tak kan cari lain punya~ :-p
raya nih asyik makaaaan jek..mcm xhenti2 plak.heee
peepa : yelah. lepas tu perut pun meragam je.. huhu.
Tapikan.... wa teringin nak gebu la beb. Gebu itu aaaa.... kewl!
tafteh : hahaha. wa dah gebu-gebu nih. tapi wa nak maintain nih.. 48kg berat badan yg cun untuk wa. lu nak gebu-gebu, makan coklat selalu lah. :)
Catat Ulasan