Ahad, 28 Oktober 2007

Pupus

Aku berada di dalam dilema bilamana ada antara kawan-kawan perempuan aku yang bujang, comel, bekerja bagus, cantik, molek dan mempunyai masa depan yang cerah - sedikit sebanyak mengadu pada aku - mana nak cari teman-lelaki?

Well, they're not desperate sangat pun nak cari teman-lelaki untuk berkahwin, let say next year. Sebab perkataan KOMITMEN sangat menakutkan kaum adam, so I have to put that disclaimer here.

By the way, aku bukan match-maker. Yalah. Kalau apa-apa jadi nanti, takut pula mereka salahkan aku. I'm just trying to help.

Aku pun browse direktori dalam telefon bimbit untuk menyenarai-pendek calon-calon teman-lelaki untuk kawan-kawan aku itu. Manalah tahu ada nombor telefon kawan-kawan lelaki aku yang bujang yang bekerjaya tetap, kacak dan mempunyai masa depan yang cerah di dalam telefon ini.

Dah kahwin, dah bertunang, dah ada girlfriend, aku keluarkan dari senarai. Buat senarai pendek - lelaki-lelaki bujang sahaja. (Naga, kau telah out dari senarai ya!)

Lelaki-lelaki bujang - tak ada teman wanita, bekerjaya tetap, kacak, gentleman dan mempunyai masa depan yang cerah - di dalam direktori aku kurang dari 10 orang. Tolak 2-3 nama-nama yang aku tak sanggup nak telefon atas sebab-sebab munasabah. Ehehe.

Tinggallah beberapa nama. Kemudian, tengok umur pula, atas 26 tahun - Nil. Zero. Ceh! Macam mana nak match-maker kan dengan kawan-kawan perempuan aku?

Lalu aku buat kesimpulan untuk memberitahu kawan-kawan yang mahu teman-lelaki itu. Bahawasanya: lelaki yang kacak, bujang, berumur lebih dari 26 tahun, bekerjaya tetap dan mempunyai masa depan yang cerah. Sudah pupus. Dalam direktori telefon aku.

Er, kawan-kawan - mahu aku iklankan? ;-) Haha.

22 comments:

.vvy|na. 30 Oktober 2007 9:17 PG  

tak tau la 'kawan-kawan' akak tu nak cari boyfriend cemaner kan tapi awin nak just for ONE DAY. bley?

hahaha. nak date yang cute, smart, funny, caring untuk teman awin tengok citer indiana jones baru kat wayang on may 2008.

:D

bley? :p

The Miruxx 30 Oktober 2007 10:08 PG  

Ini kerja part-time atau sekadar sukarela tolong?

lazu 30 Oktober 2007 11:14 PG  

ye ke semua lelaki takut komitmen?

Amy Z! 30 Oktober 2007 11:59 PG  

awin : hahaha. choosy. :-p aaa.. nanti akak tolong iklan kan. hahaha.

tifani : hahaha. sukarela tolong kawan-kawan. lu berminat ke?

lazu : most of them. most of them. :-)

Blur Clairvoyance 30 Oktober 2007 12:53 PTG  

hahahahahahhahaha........

ok yg tak mo komit pun x pe...ble masuk senarai balik....
*sadis sebenarnye sbb spesis itu telah pupus.... dan bertukar menjadi spesis lain???

hahahahahahahhahahah.........

cute-cat 30 Oktober 2007 1:22 PTG  

mungkinkah otromen telah mempupuskan lelaki-lelaki seperti itu? :D

hehehehehe...

newrin 30 Oktober 2007 1:51 PTG  

man are like parking space, the best one are taken the rest are disable :P

The Miruxx 30 Oktober 2007 2:18 PTG  

Wow! Takperlah Cik Sri Amyz, i dah terlebih komitmen ni...

saharil 30 Oktober 2007 2:31 PTG  

cara amyz perihalkan kawan2 tu 'comel, cantik, molek' macam thesaurus untuk 'cun melecun'. apakah benar lagi sahih? ehehe.

ayobkelubi 30 Oktober 2007 4:14 PTG  

aisehhhhhh, pupus dah aku nie hah!. ;)

tudungperiuk 30 Oktober 2007 5:35 PTG  

ada.. ada.. belum pupus lagi!

my so-called profesor Jerman kacak bergaya.. rambut coklat keperangan (siapa kata profesor mesti tak ada rambut?), mata biru kehijauan, senyum manis bak gula.. kacak. bujang. berumur lebih 26 tahun. berkerjaya tetap. punya masa depan yang cerah.

amacam? *wink wink*

Amy Z! 30 Oktober 2007 11:40 PTG  

blur : hahaha. lelaki yg nak flirting around je nih. mahu? betul ni? cik salmah jangan menyesal.. hahahaha.

stranger : hahahaha. otoromen bukan menghapuskan reksakse je ke? lelaki pun dorang hapuskan ke? oh, malangnya wanitaaaa... waaa..

newrin : hahahaha. disable?? wahahahha..

tifani : hahahaha. :-p

saharil : uish. betul encik saharil. mereka memang cun melecun lah! tapi jgn pandang rupa. pandanglah hati budi sekali.. hahaha.

ayob : kalo lelaki dah kahwin, out of list. tak pupus. lelaki belum kahwin je yg pupus. hahaha.

kak-tudung : aaaaa... German jauhhhh la kak.. mak ayah mesti tak restu punyaaaa... waaaa.. frust la kawan2 saya.. hahahaha.

madulebah 31 Oktober 2007 9:47 PG  

Babe, beberapa ketika dulu aku pun rasa spesis ini dah pupus..

Tapi..

Satu hari aku telah dipertemukan olehNya..

Aku tak mahu lepaskan peluang yang ada!!!

Chaiyok!!

Amy Z! 31 Oktober 2007 9:50 PG  

madu : ya. peluang yg ada jgn dilepaskan.

sebenarnya mereka ada. tak pupus. kita saja tak nampak~ :-p

Blur Clairvoyance 31 Oktober 2007 10:02 PG  

ya cik kuntum
cik salmah tak menyesal
hahahahahahah


at least something rather than notting ;) aite?

Amy Z! 31 Oktober 2007 10:13 PG  

blur : hahahaha. :-p pandai laaa.. nanti akak bagi no phone nya. :-p

sinaganaga 1 November 2007 2:34 PTG  

apsal lak aku dah terkeluar dari senarai? hish! ciau ciau ciau chong cai chiau chiau kwai le... haiyah! ini tidak adil!!!!!!!

Amy Z! 1 November 2007 2:45 PTG  

naga : hellooo.. org dah kawen, keluar dari senarai ya!! :-p bluuehh!!

iwan 4 November 2007 4:43 PTG  

*ahem.. ahem*

Amy Z! 4 November 2007 11:23 PTG  

iwan : ye. ye. nama ko dalam senarai lelaki bujang, berusia 26 tahun ke atas, hensem, mempunyai masa depan cerah..
tapi ko cerewet. nak awek hot je. :-p

Anonymous 7 Disember 2007 9:39 PG  

saya seorg lelaki berusia 29 thn. bujang. tiada girlfriend. berkerjaya tetap, sudah establish. ada sebuah rumah bungalow di shah alam. 2 biji kereta. Satu honda civic, satu myvii. berkerja sebagai regional sales manager di Sinopec Shanghai Petrochemical. Saya kini menetap di Shanghai dan balik ke Malaysia tak menentu. Rumah di shah alam dibiarkan kosong shj. Telefon saya di 0129703710 utk berkenalan.

Amy Z! 7 Disember 2007 9:48 PG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Cerita Lama Amyz