Selasa, 2 Oktober 2007

Lagu Raya, Iklan Raya

Memang lagu raya ni nostalgiknya dengan aku. Ya lah. Orang yang tidak teruja balik kampung beraya, lagu raya sajalah yang mengujakan aku dan adik beradik.

Tetapi, tak adalah hari pertama puasa dah pasang lagu raya - macam kawan-kawan aku di sini. Teruja sangat nak raya nampak? Puasa tu buat dulu. Tahulah zaman canggih ni, lagu raya boleh di dengar di corong speaker komputer saja.

Aku kira, aku lagi teruja bila dapat dengar lagu raya di corong radio. Adik beradik aku pun macam tu. Bila dengar lagu raya di radio, sibuk nak kuatkan volume. Mak aku pun sama. Feel dia lagi seronok bila dapat dengar lagu raya di radio sebab ianya tidak dijangka. Kalau di komputer kan boleh tahu lagu apa lepas ni and so on. Rasa teruja tu dah hilang. Walaupun punya koleksi lagu raya di dalam cakera keras komputer ini. Tak seronok dengar di komputer. Baik aku layan CD Anuar Zain yang baru aku dapat ini. Ihiks!

Selain dari lagu raya di corong radio, perkara tentang raya yang mengujakan aku ialah iklan raya.

Iklan raya dari Petronas, Telekom (Sekadar menyebut beberapa nama) belum keluar di TV lagi kan? Alahai. Aku seronok tengok iklan-iklan raya. Kelakar ada, sedih ada. Macam cerita pendek yang kau boleh dapat moral dari situ. Haha.

Iklan raya tahun lepas yang sangat aku minat ialah iklan dari PNB. Boleh tengok di sini.
Hari ini, hari yang kau tunggu..
Mana baju..? Mana baju..?

Comel sangat iklan ini. I liiioookkkeee..!!

Baru-baru ini aku terima iklan Raya Proton di email. Aku percaya kalian dah tengok. Ada hantu ok! Hahaha. Kelakar tu kelakar juga. Tapi, bila pandu kereta seorang, mulalah aku fobia. Manalah tahu ada penumpang. Damn it!

Kalau ada hantu nak naik kereta aku, aku nasihatkan tak payahlah. Kereta kancil aku tak ada tali pinggang di tempat duduk penumpang belakang.

14 comments:

madulebah 3 Oktober 2007 8:11 PG  

Aku dengki kau DAPAT Album Anuar Zain occay..

Eh, entry ni pasal Anuar Zain ke pasal iklan raya atau lagu raya?

ha ha ha

Amy Z! 3 Oktober 2007 12:18 PTG  

nida : ko ni tak fokus lah. ini entri pasal lagu raya dan iklan raya. bukan anuar zain. hahahaha. aku pun sama gak, saja selitkan nama anuar zain kat sini utk tarik perhatian orang. hahahaha.

lazu 3 Oktober 2007 9:38 PTG  

aku ban lagu raya yg sedih2 dari senarai iTunes laptop aku. hanya lagu-lagu yang ceria dan bernada gembira aje yang diluluskan.

iklan yang paling terkesan di hati aku adalah iklan petronas 1999, 'tak perlu bayar' walaupun dah lama, iklan tu jugak yang aku rasa paling best.

Amy Z! 3 Oktober 2007 10:02 PTG  

lazu : iklan raya tak perlu bayar tu memang buat aku menangis.
kesian kat kau jauh dari keluarga. lagu raya yang sedih memang tak boleh dengar time2 macam ni. syahdu!

13may 4 Oktober 2007 9:06 PG  

aku suka lagu sudirman :)

madulebah 4 Oktober 2007 9:11 PG  

ok aku fokus..

aku mesti la suka lagu raya Anuar Zain..

ha ha ha

Amy Z! 4 Oktober 2007 9:30 PG  

13may : Suka lagu yang mana? balik kampung eh? haha.

Nida : Hahaha. Nak juga masukkan nama Anuar Zain. Aku suka Anuar Zain nyanyi lagu raya, bersabarlah sayang. Aduh, suara dia mendayu-dayu ok!!

de5lin 4 Oktober 2007 10:36 PG  

fobia ker??
heheheh alahai...

Amy Z! 4 Oktober 2007 11:17 PG  

lin : fobia ok!! hahaha. bayangkan drive sorang-sorang, ada pula 'orang' kat belakang. akak dah la selalu drive malam-malam sorang-sorang. uwaa..!!

The Miruxx 5 Oktober 2007 2:00 PTG  

Aaaaa... Kau tahu tak aku pun suka Anuar Zain?

newrin 5 Oktober 2007 2:18 PTG  

kenapa la anuar zain tak jadi model iklan hari raya...

kenapa la anuar zain tak selit kan satu lagu raya dlm cd baru dia

kan best kalo anuar zain nyanyi lagu raya dia masa kecik2 tu balik, boleh kita bezakan balik

amcm?? focus tak

sorry aku peminat anuar zain :)

Amy Z! 5 Oktober 2007 3:21 PTG  

Ah.. korang. Sebut Anuar Zain, benda lain semua lupa. Hahaha.

TaffTeh : Wa tau. Adakah kita akan berebut Anuar Zain?

Newrin : Hahaha. Memang tak boleh fokus langsung. Tapi itulah, kenapa Anuar Zain tak jadi pengacara tv? pembaca berita? dj radio? alangkah bestnya kalau Anuar Zain di semua tempat. Aku tak jemu sehhhhhh...

tuan tanah 7 Oktober 2007 6:45 PG  

Haha.
Iklan hantu tu lawak siot...

Eh.. itu iklan raya ke? Ke iklan keselamatan jalan raya?

Amy Z! 7 Oktober 2007 3:19 PTG  

TT : Lawak time tengok. Bila bawa kereta sorang2, rasa fobia pulak. Haha.

Err. Entah ye? Tak tulis selamat hari raya pun kat ending iklan tu kan? Hihi.

Cerita Lama Amyz