Rabu, 31 Oktober 2007

Hari Akhir Oktober

Esok masuk 1 November. Bulan kedua terakhir untuk tahun 2007. Akhir tahun hampir tiba. 2007 bakal berakhir. Tak lama lagi. Pejam celik. Pejam celik.

Naa.. Aku bukan seorang yang terlalu mengikut perasaan. Walaupun kadang-kadang aku begitu. Tetapi untuk masa depan, aku selalunya fikir untuk lakukan yang terbaik bagi aku menjadi anak yang baik untuk mak ayah aku.

Laut ada pasang surut. Hidup ada up and down. Langit tak semestinya cerah - Ah, aku dah hafal perumpamaan-perumpamaan seperti ini. Dah jelak.

Yang pastinya, cinta, hidup, selalunya menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.

Jumpa lagi nanti.

10 comments:

.vvy|na. 31 Oktober 2007 11:21 PG  

kadang-kadang, kerana sayangkan ibu bapa kita akan tersepit dalam beberapa situasi. yang kita tidak suka.

selalu berfikir yang saya berhak untuk memilih jalan hidup saya sendiri tapi.. hmm.. susah kan. i'm sure u understand what i'm talking about :)

takpe kak. saya doakan untuk kebahagian akak no matter what ok.

cute-cat 31 Oktober 2007 4:09 PTG  

Hidup ini satu perjalanan yang panjang. Terhenti apabila ajal menjemput :D

Amy Z! 31 Oktober 2007 7:22 PTG  

awin : thanks sweetheart. semua yg berlaku ada rahmatnya. Insya Allah.

stranger : ya. selagi bernyawa, kita tak kan berhenti diujiNya.

sinaganaga 1 November 2007 2:30 PTG  

suatu ketika nanti kau akan merasai macamana makan mi hun goreng dengan tanpa mempunyai perasaan. ha ha.

am coming am cominggg...

tik! tik! tik!

yes bos?

kau salah lagi tu, Naga

yang betulnya?

welcome to the club, beb! bukannya am coming am cominggg...

ooo...

Amy Z! 1 November 2007 2:44 PTG  

naga : err.. club tu ada moto kan? moto yang kau bagitau malam tadi. s** macam best. Hahaha. kalau club tu, aku suka nak join. hahaha.

BooK 4 November 2007 7:09 PG  

kak amyz. aku yang budak lagi ni cuma tau. metafora apa yang kita pakaikan pada hidup. merupakan persepsi kita terhadap hidup. dan hidup tak pernah gagal untuk memenuhi ciri-ciri metafora itu. nanti-nanti.

Amy Z! 4 November 2007 11:22 PTG  

book : metafora... metafora..

Anonymous 5 November 2007 9:12 PG  

kak amyz,

(he he)

kadang-kadang lebih mudah mengambil pendekatan; harungi cabaran apabila ianya berada di depan.

Tak perlu susah-susah fikirkan apa yang akan ditentang berjuta batu di depan.

Tapi, yelah..kadang-kadang.

13may 5 November 2007 12:38 PTG  

hidup ini umpama roda....
lama lama botak!

Jaga diri :D

Amy Z! 5 November 2007 10:25 PTG  

Po : Yelah. Manusia ini lupa. Utk bersedia.

13May : Hehe. Thank u bebeh.

Cerita Lama Amyz