Rabu, 24 Oktober 2007

Crush

Define Crush :
a strong but temporary attraction for someone.


Tak adalah. Aku bukan mahu bercerita aku ada crush dengan sesiapa pun sekarang ni. (Matilah kalau buat confession!)

Cuma pada hari-hari cuti raya minggu lepas. Sewaktu memandu di kawasan rumah, aku terpandang seseorang yang aku kenal sangat semenjak usiaku 11 tahun. Berdiri di depan rumahnya dan bertertawa dengan rakan-rakan. He just a crush. My crush.

Dunia kecil aku sempit. Dia sahajalah lelaki paling kacak dalam hidup aku buat masa itu. Tetapi aku cuma the ugly duckling. Manalah dia nak pandang, ye tak? Dia, tentulah mengejar si cantik manis berkulit putih mulus dan rambut panjang bertocang dua. Aku? Si ulat buku yang comot hanya duduk di perpustakaan mengulit buku pada waktu rehat.

Tapi kami rapat. Itupun sebab dia nak tiru kerja rumah aku. Biasalah tu. Sehinggalah di sekolah menengah pun. Kami tetap bertegur sapa, walaupun tak rapat macam dulu-dulu. Dia makin dewasa dan makin kacak. Dan bertukar ganti teman-wanita. Aku pula, masih si pustakawan comot.

Sekarang ini, rasa crush dah lama hilang. Sejak bila aku tak pasti. Lama dah. Cuma bila terpandang dia waktu aku memandu di kawasan rumah, cuti raya lalu. Aku teringat hal ini dan senyum sendiri. Cerita terbarunya yang aku dengar. Sudahpun bertunang.

Dia masih kacak seperti dulu. Cuma.. cuma.. berisi 2 kali ganda dari dulu. Ibaratnya dulu badannya lebih kurang Fahrin Ahmad. Sekarang ni double Fahrin Ahmad. Fehhhh...

Nasib baik tak jadi boyfriend aku kan? Ahaks!!

10 comments:

.vvy|na. 24 Oktober 2007 11:34 PG  

emm. crush. lepas tu kita yang kena crushed. LOL.

cute-cat 24 Oktober 2007 1:25 PTG  

crush tu apa? *buat-buat tak tau* macam coconut crunchy tu ke? *asek ingat beskut raya* :p

kalau dah double fahrin ahmad tu dah kira cam hulk hogan lah eh? hikhikhik...

sorrylah kak, saya asek teringat nuor jen je... hahahaha

newrin 24 Oktober 2007 10:23 PTG  

ehem..aku kenal ker "ex-crush" ko ni??? hehehehhehe

aku nak cuba teka la :)

Amy Z! 25 Oktober 2007 10:01 PG  

awin : hahaha. kadang-kadang crush ni, tak berpanjangan pun. kita just suka dia untuk waktu itu sahaja. lepas tu, takde feeling dah. :-p kira save laa.

sya : beskot raya coconut crunchy memang sedap. ada lagi tak? nak cikit.

anuar zain tetap menjadi pojaan hati ku. hihihi.

newrin : hahaha. aku rasa time ko masuk sekolah tu, dia dah pindah. nyiieaahh. hahaha.

lazu 27 Oktober 2007 9:58 PTG  

Kalau dia mengejar kaulah dulu, agak2 crush tu boleh develop menjadi sesuatu tak?

Amy Z! 28 Oktober 2007 5:12 PTG  

lazu : hahaha. mungkin tidak. kalau ada pun, putus di tengah jalan. hahaha

ayobkelubi 29 Oktober 2007 9:38 PG  

crush? seb baik tak crash. hehehe

Amy Z! 29 Oktober 2007 12:03 PTG  

ayob : kalo crash, aku yg teruk. hahaha

sinaganaga 29 Oktober 2007 2:05 PTG  

Oit!

Amy Z! 29 Oktober 2007 2:42 PTG  

Naga : Oit. Oit. :-p

Cerita Lama Amyz