Jumaat, 28 September 2007

Tak Tahu yang Mana Satu

Bila mahu membeli kasut sering menjadi masalah kepada aku. Keliru. Memang aku suka dengan stilettos yang tingginya dua inci dan bertali-tali membelit buku lali. Seksi.

Takkanlah mahu menyarung stilettos bertali-tali untuk ke kompleks membeli-belah? Parah dibuatnya bila memcuba kasut di kedai kasut. Meleraikan tali stilettos, masanya lebih lama dari memcuba kasut itu sendiri.

Itulah sebabnya aku mahu ada sepasang dua sandal. Untuk digunakan waktu berjalan dan membeli-belah.

Masalah major aku selalunya keliru. Bila niat aku mahu membeli sandal, aku akan ke seksyen kasut tinggi juga selepas melihat-lihat sandal dan tidak berkenan. Mencuba. Paling teruk, aku terus membelinya. Padahal fokus utama aku adalah membeli sandal. Stilettos aku lebih banyak dari sandal. Bukan selalu guna pun. :-(

Akan tetapi apabila terbeli sandal bertumit 1 1/2 inci. Pun sama juga kan? Macam beli kasut tinggi juga, kan? Cuma rendah sedikit saja.

Lepas ini nak beli sandal. Ingat ya, sandal! Yang flat dan senang disarungkan.

10 comments:

pjoe 28 September 2007 6:04 PTG  

converse chuck taylor kan ada
hehe
salam

Amy Z! 28 September 2007 9:14 PTG  

nezjoe : aku tak pandai pakai kasut snickers. hahaha.

neeziee 29 September 2007 11:18 PTG  

aku cuma pakai asadi ultra lite dalam semua acara.termasuk la pergi kenduri kawen kemat hari tu.pelbagai guna.ke jamban?ke kompleks membeli belah?ke mana2 saja.RM10 aje kat pasar malam.hehe.

cik easy 30 September 2007 10:47 PG  

Fokus amyz..fokus.....

madulebah 1 Oktober 2007 9:00 PG  

ha ha ha..

orang yang mudah terpengaruh macam tu la :p

cik puan daun 1 Oktober 2007 1:15 PTG  

amyzzz.. fokus ok.. dan contohi aku bab kasut... bab lain jangan ikut.. ahaha

The Miruxx 1 Oktober 2007 2:38 PTG  

Kau kena bawa duit kurang RM20 semasa bershopping sandal.


Tapi... ATM ada di merata-rata tempat yek...

Amy Z! 2 Oktober 2007 7:47 PG  

neezie : wahhh. senangnyaaa... satu kasut utk semua function. indahnya hidup kalau aku tak kompleks macam tu.

easy : hahaha. :-p

nida : :-p biasalah wa..

daun : Bab kasut je wa contohi lu. bab lain~ haha.

tafteh : ya. credit card lagi... ferrrrr....

p.e.e.p.a 3 Oktober 2007 12:30 PTG  

amyz..ape salahny gi shopping pakai hi-heel..i dulu berjalan kaki dr KLCC ke bkt bintang dgn my 3inches.hihi..dr chow kit ke pudu pn penah tp dgn 2 1/2 je la..=P

~ala time blaja, xkesah sgt sbb skit kaki dr berjln tu kejap je..esok gi class bole pkai kasut-flat-ibu-mengandung tu smula =P

Amy Z! 3 Oktober 2007 2:11 PTG  

Peepa : salah tu tak. tapiii.. tapiii.. letih la sayang~ pakai stiletoes ke shopping complex. dulu pernah buat. sekarang dah taubat. Haha.

Cerita Lama Amyz