Selasa, 4 September 2007

Manja Konon

Kalau kau sering mengikuti siri Manjalara di TV3 setiap petang Isnin - Khamis, pasti kau kenal Auntie Zaza si Manja, lakonan Abby. Mula-mula dulu aku tengok siri ini, bila Abby muncul sahaja, aku jerit-jerit depan tv, Ya Ampunnnnnn.. Mangsa Fesyen!! Kau tahulah aku ini tak boleh tengok orang yang pakai baju tak kena tempat, masa dan keadaan. Aku gelar itu bencana fesyen.

Satu hal lagi ialah karektornya yang manja-manja dan gedik-gedik. Aduh, mula-mula tengok dulu memang meluat gila dengan Auntie Zaza ni. Sampai aku berdoa aku tak jumpa orang sebegini di dunia nyata. Biar hanya dalam tv sahaja.

Tapi.. Tapi.. Rupa-rupanya, wujud juga manusia seperti Auntie Zaza itu di dunia nyata ini.

Hamba Allah ini, aku tak mahu cakaplah siapa nama dia, demi menjaga maruah dia. Cerita benar dalam majalah Mastika pun tak cerita siapa nama sebenar mangsa atau pun pemangsa ye tak?

Sepertimana karektor Auntie Zaza dalam siri TV Manjalara sebegitulah dia. Cakap manja-manja, ketawa yang kecil dan menutup mulut, suka bergaya, pakai kasut tumit tinggi 2 inci hari-hari, tak pernah tak bersolek, bila diusik tersipu-sipu. Pergi kedai pun pakai kasut tinggi, for God sake!

Nasib baik dia tak berpakaian seperti Auntie Zaza - keluar berjalan pun nak pakai stokin warna merah jambu. Oh, bencana fesyen! Pengsan aku kalau dia pakai macam tu.

Kalau bercakap, mimik mukanya dengan tangan-tangannya. Seperti Auntie Zaza, kadang-kala siap bernyanyi-nyanyi lagi. Ah, tak mahu lah aku terangkan panjang lebar tentang dia di sini. Kau tonton saja Manjalara untuk mendapat idea tentang hamba Allah ini. Kalau tidak pun, nanti kita jumpa, aku boleh ajuk cara dia bercakap. Mahu?

Aku tidaklah mengutuk dia. Dia baik, cuma.. cuma.. Kan aku dah bilang tadi, aku harap aku hanya lihat orang seperti itu di kaca TV. Tapi antara dia dan Auntie Zaza, karektor Auntie Zaza dua kali lebih dasyat dari hamba Allah tersebut. Phewww..

6 comments:

madulebah 4 September 2007 6:43 PTG  

bila kau kata orang tu tak pernah tak bersolek dan pergi kedai pun pakai kasut tinggi, aku yakin itu bukan aku.

ha ha ha

Amy Z! 6 September 2007 7:52 PG  

madulebah : kau memang bukan seperti itu, nida. percayalah itu bukan kamu.

Anonymous 6 September 2007 10:04 PG  

suka karakter zaza coz takdelah over...

Amy Z! 6 September 2007 5:25 PTG  

anonymous : :-) suka juga tapi.. tapi.. hahaha. Jgn ambil hati sangat ok?

ayobkelubi 13 September 2007 8:06 PG  

tapi manjalara dah abis dan aku tidak ada alasan lagi untuk balik awal. hehehe.

Amy Z! 13 September 2007 11:28 PG  

ayob : hahaha. mesti ada ganti dengan cerita lain punya.. haha.

Cerita Lama Amyz