Selasa, 25 September 2007

Maaf, Aku lagi Emosi

Mungkin aku agak emosional di sini. Di entri kali ini. Walaupun aku cuba sedaya upaya membuang rasa emosional aku di dalam mana-mana entri. Di blog ini. Tetapi, sebagai manusia biasa, wanita terutamanya. Emosional dan aku umpama isi dengan kuku. Sukar untuk dipisahkan.

Seperti seluruh Malaysia tahu dan sedar serta sedih dengan kehilangan adik Nurin Jazlin yang didera secara seksual sehingga maut oleh haiwan bertopeng manusia yang patutnya dihukum dengan menyumbat anusnya dengan durian, memotong anunya dan membakarnya hidup-hidup itu, aku sendiri pun seperti seluruh warga Malaysia yang lain, menangis di depan kaca tv bila jasad kecil itu dikebumi.

Dan entri aku ini, tentang anak. Anak rezeki Allah.

Bila cerita tentang anak, aku jadi sensitif. Emosi. Bila bayi kena buang, aku marah. Bila lihat anak terbiar, aku marah. Bila lihat anak yatim, aku menangis. Lihat saja. Belum jumpa diorang lagi. Agaknya tak boleh jumpa anak yatim. Tangisan aku hanya menambahkan penderitaan mereka sahaja.

Masa aku mengikuti satu program self-development - Developing True Potential. Fasilitator di situ berkongsi pengalaman membawa anak-anak yatim ke Melaka. Bagaimana anak-anak itu memanggil dia ayah, bagaimana anak-anak yatim itu bermain, bergembira, makan. Dia menangis. Kalian imajinlah, anak-anak yatim itu dijamu 3 ketul ayam KFC. 1 dimakan, 2 disimpan. Katanya, sedap sangat Ayah. Nak simpan untuk makan malam. Entah bila boleh dapat makan lagi. Aku? Jangan cakaplah. Air mata aku non-stop.

Kak Ngah. Segala macam usaha telah dilakukan. Wang ringgit tidak menjadi persoalan. 7 tahun dia menunggu. Segala perlian, kata-kata orang yang menyakitkan hadam ditelan. Orang tak faham. Tak akan faham. Ada suatu hari dia ceritakan segala apa yang dia rasa dan sembunyikan pada aku. Aku dan dia sama-sama menangis.

Orang kata, aku masih teruja kerana anak buah baru 2 orang. Tetapi, bukan sebab baru 2 orang. Sebab kami sekeluarga lama menunggu. 4 tahun. Baru Atiya dan Yana datang dalam keluarga kami. Merekalah yang kami cherish, manjakan dan momen-momen bersama merekalah, kami hargai. Mereka racun, mereka penawar. Telatah dan kerenah merekalah menjadi penghibur kami sekeluarga. Pada mereka, aku curahkan segala kasih sayang aku. Buat sementara ini.

Sebab aku tak tahu, bila aku dah kahwin kelak, aku tidak tahu sama ada aku akan punya anak ataupun tidak...

Jika ada, alhamdulillah.

Jika tidak?

*sigh*

16 comments:

ayobkelubi 26 September 2007 1:49 PTG  

amyz, aku simpat pada kak ngah mu. aku pun mengalami nasib yang serupa, 4 tahun menunggu baru dikurniakan rezeki, kepada mereka yang tak faham tu,pedulikkan, terkena diri sendiri baru ngerti.

yang penting, kita hanya mampu merancang sahaja. sekian

The Miruxx 26 September 2007 3:04 PTG  

juga simpati untuk Adik wa. 9 tahun, belum ada anak...

The Miruxx 26 September 2007 3:04 PTG  

juga simpati untuk Adik wa. 9 tahun, belum ada anak...

The Miruxx 26 September 2007 3:04 PTG  

juga simpati untuk Adik wa. 9 tahun, belum ada anak...

Amy Z! 26 September 2007 8:56 PTG  

Ayob : Ya. Org tak akan faham.

TafTeh : 9 tahun? :-(

madulebah 27 September 2007 8:53 PG  

Babe, ya semuanya kuasa Allah..

Walaupun aku ada 10 orang adik beradik, 30 orang anak saudara, tapi dalam 9 orang yang dah kawin tu, sorang kakak aku belum lagi dikurniakan rezeki. Rasanya hampir 6 tahun gak menikah..

Dan.. nasib aku belum tahu lagi..

uhuk.. uhuk..

13may 27 September 2007 10:39 PG  

adesss....sayu ajer aku baca entri nih...

cik puan daun 27 September 2007 12:15 PTG  

insaf.. gua kawin pon belom.. apetah lagi nak dpt anak.. uhuks..

newrin 27 September 2007 1:22 PTG  

haaa... org mcm ni mmg keji.. aku yg mmg plan nk dpt anak lmbt pun org sibuk tnyer2, padahal masa tu baru setahun lebih..

terlalu bz body sgt, sibuk tak habis2, kena kuatkan semangat, slalunya ada sebab kenapa Allah tu blm kurniakan anak.. tp itu la some people are very insensitive..

Amy Z! 27 September 2007 2:30 PTG  

nida : kita sama2 usaha dan tawakal.. :) semua rezeki Allah yg beri.

13May : terima kasih atas perhatian.

daun : Uhuks..

newrin : kena kuatkan semangat. mcm kakak aku tu. org keji2 sekrang ni dia maki balik. uhuhu.

lazu 27 September 2007 9:44 PTG  

org yg mengeji tu barangkali tak terasa sebab tak terkena batang hidung sendiri...

Amy Z! 28 September 2007 9:17 PG  

lazu : mmg. itu sebab mereka pandai mengata.. :-(

.vvy|na. 28 September 2007 11:23 PTG  

hm.. persoalan yg selalu kt kepala.

Amy Z! 29 September 2007 10:18 PTG  

awin : skrg ni mcm2 things yg boleh buat perempuan tak blh pregnant. :-(

.vvy|na. 30 September 2007 9:29 PG  

kak, apa nasib perempuan yg tak boleh or susah nak pregnant? takan kawin sampai tua la eh?

Amy Z! 2 Oktober 2007 12:26 PG  

awin : Sayang, kita tak tahu kita boleh pregnant atau tidak. Itu semua kehendak Allah. Takpe. Kahwin je. Rugi pula tak kahwin kan? Hahaha.

It's ok. Kalau tak ada anak, harap2 suami dpt terima kita seadanya. Kalau dia nak kahwin lain.. :-(

Cerita Lama Amyz