Jumaat, 14 September 2007

Ghost Whisperer : Lupa Tarikh

Sebenarnya aku kurang menonton siri-siri di kaca TV, kecuali Gol & Gincu. Dulu, antara menjadi kegemaran ialah CSI, Smallville, Charmed dan Desperate Housewife. Ha, imajin la berapa lama aku tak layan siri TV sekarang ni? Aku sering keluar malam. Dalam seminggu 2-3 kali. Bila terlepas satu-dua episod, aku jadi malas nak layan episod-episod seterusnya. Tambahan pula, ada siri-siri yang aku suka, macam Smallville dah jadi ridiculous. Menyampah pula nak tengok. Sebab itulah kawan-kawan aku yang rajin tengok siri TV bercerita, aku ternganga.

Tapi kadang-kadang layan juga. Waktu-waktu tak keluar merayap di malam hari dan bosan dengan filem-filem yang ditayangkan di Astro berulangkali.

Malam itu, aku entah bagaimana, tukar-tukar channel TV, dan tertayanglah Ghost Whisperer di kaca TV. Ya. Aku tahu Jennifer Love Hewitt yang panas itu berlakon dalam siri itu sebagai watak utama. Aku statik di depan TV. Jika aku tak tengok cerita itu tentang apa, aku perhati baju-baju terutama baju tidur yang JLH pakai sepanjang cerita itu ditayangkan. Haha. Hey, puasa ni. Jangan imajin lebih-lebih ok!



Malam itu, episod The Night We Met di mana Melinda menyelesaikan masalah seorang lelaki yang mati terbakar di dalam restorannya. Sampingannya pula, flash-back perkenalan dia dengan Jim.

Aku tak kisah bagaimana dia menolong si mati itu cross-over, tetapi.. tetapi.. nak tengok apa konklusinya bila seorang lelaki terlupa tarikh perkenalaan mereka. Lelaki kan sering lupa tarikh~

Aku benar-benar fikir Jim terlupakan tarikh mereka berkenalan. Mereka keluar untuk pertama kali dan makan di Umbrella Room, yang rupanya gerai hotdog di tepi jalan. Kalau kat Malaysia, boleh buat cerita seperti itu di gerai burger pula. Kadang-kadang romantik juga. Asyik makan kat hotel saja tak mampu la aku weh.

Pada hari ulangtahun itu, Melinda memberikan Jim replika Umbrella Room. Jim tanya, apa istimewanya hari itu. Tak kan Melinda nak beritahu? Melinda hanya katakan tiada apa yang istimewa. Hey, aku pun tak beritahu tau. Kau, lelaki - MESTI ingat tarikh penting OK!

Tetapi, Jim tak lupa kerana di dalam closet, rupanya terletaknya payung Melinda yang rosak waktu pertemuan mereka hari itu.

Dengan mata yang berkaca-kaca, Melinda berkata, "I thought you forget." Jim senyum dan berkata, "How can I forget?", sambil kiss Melinda. Damn sweet! Sampai aku pun menangis sekali. Ah, bukan aku seorang saja yang menangis tau! :-p

Biasanya lelaki memang lupa tarikh-tarikh penting ni. Dulu, sekali si teman-lelaki pernah terlupa birthday aku. BIRTHDAY ok! Kalau tarikh jumpa tu, lainlah cerita. Ini birthday. Aku marah. Tapi rajukku reda bila dia belikan kek black-forest sebagai tanda maaf. Hik Hik. Sweet la kononnya.

Lupa tarikh adalah suatu perkara yang tidak dimaafkan. Ingat ya lelaki. :-)

12 comments:

kingbinjai 14 September 2007 2:23 PTG  

tu yang aku pelik tu. apa la yang penting sangat tarikh tu?

pompuan pun kadang kadang lupa juga tapi lelaki tak kisah pun

Amy Z! 14 September 2007 3:35 PTG  

king : hahaha. Penting wo! sebab lelaki tak kisah, pempuan lupa pun tak apa. hahaha

tuan tanah 15 September 2007 6:46 PG  

Melinda ni blouse2 dia semua macam lowered dan kembang semacam je. Dia pregnant ke apa ha?

ezham 16 September 2007 3:22 PTG  

demmmm.. aku lupa birthday anak aku.

OoOOOoOoO

Sama dengan MatJan.

Amy Z! 17 September 2007 7:52 PG  

TT : Hahaha. Fesyen kot? Tapi cantik2. Huhu.

Am : Cess! Birthday anak lupa?

ayobkelubi 17 September 2007 5:06 PTG  

itulah bila bab-bab tarikh ni semua lelaki salah tapi kalau pompuan lupa tarikh,apa yang kami boleh buat?.

senyum dan kata, takpelah sayang,tahun depan ada lagik.

baik bukan?. hahaha

lazu 17 September 2007 9:30 PTG  

mujurlah aku ini spesies lelaki pengingat tarikh :)

Amy Z! 18 September 2007 7:41 PG  

ayob : lelaki camtu, sweet! ihiks!

lazu : wow! untunglah awek~ hakhak!

newrin 18 September 2007 9:00 PG  

tht's why aku pilih wedding date aku on 1st Jan, kalo x ingat jugak mmg nak kena belasah :)

aku pengikut Ghost Whisperer since season 1, tapi kalo tgk jln citer dia, JLH ni mcm syok sendiri, sebab dia one of the producer, suka2 hati dia jer create jln citer yang kurang logic..

tak pyh keje susah, bukak kedai antik jer(itupun selalu tutup kedai) pun blh ala2 kaya gitu.

tapi yg paling obvious, watak husband tu mcm watak lelaki dlm novel, mana ada beb lelaki yang betul2 understanding and supportive mcm tu, very loving, romantic..semua laa serious watak lelaki mcm tu cuma ada dlm novel jer, novel yg writernya org perempuan...berpijak dibumi yang nyata, mana ada org yg perfect..

terpanjang lak komen gue :)

selamat berpuasa amyz!

Amy Z! 18 September 2007 9:26 PG  

newrin : Ha. Kalo tak ingat, memang nak kena belasah!

Hahahahahaha. Ala. Cerita hantu dia pun mmg tak logik. Yg lain2 tu lagikkkk la tak logik. Lelaki perfect mcm tu mmg tak ada kat real world ni. Disebabkan tak adalah JLH tu create lelaki mcm tu kat GW. Agaknyalah.

Takpe. Layan jelah. Sebagai hiburan.

Selamat berpuasa juga. :-)

13may 18 September 2007 11:19 PG  

betulll...baju tido JLH sgt sgt la cantik.... 8)

Amy Z! 18 September 2007 12:09 PTG  

13May : Hahaha. OO.. tgk itu je ye?? :-p

Cerita Lama Amyz