Rabu, 5 September 2007

Baca Personaliti

Semua orang akan cuba membaca personaliti kita. Masing-masing. Cuba baca kau ini orang yang bagaimana? Panas baran kah? Romantis kah? Dan lain-lain lagi. Bila tekaan kau tepat, wah! Terujanya. Macam tok nujum boleh meramal-ramal kayaknya.

Pasti kalian ada baca tentang kajian Dr Fadhilah Kamsah tentang bulan dan personaliti seseorang. Kajian selama 10 tahun tu. Lama tau Dr Fadhilah Kamsah ambil masa untuk membaca personaliti orang. Kalian dapat ilmu tu tak sampai 5 minit pun.

Tapi sifat-sifat tersebut tidak secara keseluruhan. Hanya persamaan yang ada antara beberapa orang yang lahir di bulan yang sama. Bagaimana jika tahun yang sama? Bagaimana jika tarikhnya bernombor genap? Bagaimana pula dengan tarikh bernombor ganjil? Mungkin lain personalitinya.

Aku pernah jumpa beberapa orang yang lahir pada bulan yang sama, tetapi berbeza personalitinya. Aku pun suka membaca personaliti orang. Tapi aku lebih suka bertanya sendiri pada orang tersebut. Bukan apa, dalam proses kenal-hati-budi ini, eloknya kita tanya sendiri. Kalau teka-teka bukan betul pun. Kita bukan ahli nujum nak ramal-ramal hati orang lain. Kan?

Minggu lepas sewaktu berkursus, ada dua-tiga cara diajarkan oleh fasilitator tentang mengenal personaliti seseorang. Aku nak buat ujian. Siapa sudi jadi tikus makmal? :-)

8 comments:

lazu 4 September 2007 6:57 PTG  

aku jadi tikus kau, kau jadi tikus aku. mahu? :)

The Miruxx 5 September 2007 3:08 PTG  

ok, aku mahu... jadi subjek eksperimen Amyz.

13may 5 September 2007 5:46 PTG  

kalo berminat, nak kena isi borang tak???

Amy Z! 6 September 2007 7:51 PG  

lazu : oh begitu ke? haha. boleh. baru adil.

tifani : wow! i adore ur spirit! baik. nanti kita buat ujikaji.

13may : tak payah isi borang apa2. just sit and relax.. haha.

effa 6 September 2007 3:53 PTG  

kita sama amyz...tahun monyet..hahaha

Amy Z! 6 September 2007 5:12 PTG  

effa : hahahahahahahahaha.

tuan tanah 8 September 2007 5:05 PG  

Nak!

Sebagai pencinta haiwan, saya rela ditikusmakmalkan asalkan ujian ini tidak diuji ke atas haiwan.

Hoho.

Amy Z! 11 September 2007 12:21 PTG  

TT : Wah! Inilah semangat yang kita perlukan!! Cayalah!

Cerita Lama Amyz