Asalkan Dia Ada
Dia ada. Setiap waktu pun di sisi aku. Tak apalah jika aku tak bercakap dengannya. Tak mengapalah jika aku tidak bergurau dengannya. Tak kisahlah jika aku tak senyum padanya. Dia ada di situ. Tak pergi mana-mana pun. Kenapa perlu risau?
Ya. Dia duduk di situ. Ada di sisi aku. Sentiasa senyum dan selalu buat aku tersenyum. Indah. Romantis. Macam filem cinta yang aku tonton di tv dan wayang.
Asalkan dia ada disitu. Menjadi penghiburku, menawar kelukaanku dan mengubat dukaku. Aku bahagia. Asalkan dia ada.
6 comments:
dia ada di situ. tapi sampai bila. adakah selamanya. Bagaimana suatu hari ada orang membawanya pergi dari situ.... maka kenapa perlu menunggu, ambil dan simpannya pada kamu.. itupun jika benar kamu mahu
dia ada.. untuk mengubat.. insekuriti ku.. pada kesunyian..
waaah..terkedu
kemat : wah. speechless saya dibuatnya.
daun : oh. dia memang menjadi pengubat insekuriti ku.
peepa : hik hik. :)
*pitam*
hahha :P
Uiii sapa dia tuh? loyar? majistret ? kekekek
Alahaii... kim salam kat dia aa..
Catat Ulasan